Cara Menambah Fortune Message Pada Terminal Ubuntu Seperti Linux Mint
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Cara Menambah Fortune Message Pada Terminal Ubuntu Seperti Linux Mint

Cara Menambah Fortune Message Pada Terminal Ubuntu Seperti Linux Mint

0
Mobile Ads

Pernahkah anda melihat Terminal Linux Mint? Jika pernah, sudah tentu anda tahu yang ia mempunyai mesej-mesej tertentu setiap kali ia dibuka, dan ia kelihatan lebih menarik begitu. Adakah anda mahu menjadikan Terminal Ubuntu seperti Linux Mint? Lihat pada gambar di bawah:

Cara Menjadikan Terminal Ubuntu Seperti Linux Mint:

1. Gunakan baris perintah ini:

sudo apt-get install fortune cowsay figlet

2.  Untuk menjadikan setiap mesej itu tampil secara rawak setiap kali Terminal dibuka, anda perlu sunting fail /etc/bash.bashrc:

sudo gedit /etc/bash.bashrc

3. Masukkan baris berikut pada baris terakhir fail tersebut:

# Spicing up Terminal
fortune | cowsay -n
echo

4. Jika anda hendak menjadikan ia satu perkataan yang statik, gunakan baris berikut:

# Spicing up Terminal
cowsay Ayat Anda Di sini
echo

5. Jika anda hendak mencantikkan lagi Terminal dengan figlet, serta mesej-mesej rawak dari fortune, gunakan baris ini:

# Spicing up Terminal
fortune | cowsay -n
figlet -n Ayat Anda Di sini
echo

6. Cowsay mempunyai pelbagai kartun untuk dipilih di /usr/share/cowsay/cows/

Jika anda sukakan kartun naga seperti paparan gambar 1, gunakan baris ini (contoh):


fortune | cowsay -n -f dragon.cow

7. Figlet pula boleh ditukar-tukar font. Ia boleh dilihat di /usr/share/figlet

Sebagai contoh:


figlet -f bubble Ayat Anda Di sini

Oleh itu gabungan keduanya akan menjadi:

# Spicing up Terminal
fortune | cowsay -n
figlet -f bubble Ayat Anda Di sini
echo

8. Untuk menjadikan Terminal transparent, rujuk artikel INI.

9. Selesai sudah tutorial hari ini! Terminal anda bakal menjadi lebih cantik dari Terminal Linux Mint!

Mobile Ads

Exit mobile version