Monday, 22 September 2025
UtamaTips Dan TutorialCara Memasang Windows 7 Pada USB

Cara Memasang Windows 7 Pada USB

Views: 0

Cara Memasang (Install) Windows 7 Pada Peranti USB (Pendrive)

Berikut adalah cara pemasangan (Installation) Windows 7 ke dalam peranti USB dengan cara manual. Kebiasaannya fail berformat ISO akan dipasang pada CD/DVD untuk dipasangkan pula pada komputer atau laptop yang digunakan. Tetapi bagi pengguna netbook yang tidak mempunyai ruang untuk cakera CD/DVD, maka kaedah ini boleh digunakan oleh anda.

Benda/bahan yang diperlukan untuk kaedah pemasangan ini ialah:

1. USB Pendrive dengan kapasiti storan 4GB (minimum)
2. DVD Windows 7
3. Komputer yang mempunyai perakam DVD (DVD Burner)

Langkah-langkah pemasangan:

1. Masukkan pendrive anda kepada port USB di komputer (sebelum itu, backup data terlebih dahulu)

2. Buka Command Prompt. Jika anda menggunakan Windows Vista, sila buka/jalankan sebagai ‘Administrator’:

Start -> All Programs -> Accessories -> Klik kanan pada ‘Command Prompt’ dan pilih ‘Run as Administrator’

Atau boleh juga klik pada Start -> Run… -> taipkan cmd

Atau klik pada kekunci keyboard yang berlambang ‘Windows’ dan tekan huruf ‘R’ lalu taipkan cmd

3. Taipkan baris perintah berikut satu demi satu:

DISKPART

LIST DISK

SELECT DISK #

P/S: # Adalah nombor peranti USB anda. Kebiasaannya 0 adalah nombor cakera keras (hard disk) anda. Sila pilih nombor yang mewakili peranti USB anda setelah senarai disk dikeluarkan melalui baris perintah ‘LIST DISK’

4. Kemudian, taipkan pula baris perintah berikut satu demi satu:

CLEAN

CREATE PARTITION PRIMARY

SELECT PARTITION 1

ACTIVE

FORMAT FS=NTFS QUICK

ASSIGN

EXIT

5. Masukkan DVD pemasangan Windows 7 dan lihat pada huruf pemacu/perakam DVD anda, sebagai contoh dalam tutorial ini ialah ‘H’. Setelah itu, taipkan baris perintah berikut:

H: CD BOOT

CD BOOT

BOOTSECT.EXE /NT60 E:

EXIT

P/S: ‘E’ Ialah huruf peranti USB anda. Gantikannya sekiranya ia berbeza.

6. Salin kandungan dalam DVD pemasangan Windows 7 anda ke dalam peranti USB.

7. Selesai.

Apa? Mahu cara yang lebih senang? Jika anda sudah mempunyai fail ISO Windows 7 dan ingin memasangnya ke dalam peranti USB dengan cara yang lebih mudah, anda boleh gunakan
Windows 7 USB/DVD Download Tool, iaitu tool rasmi untuk memasang Windows 7 ke dalam peranti USB dari Microsoft.

Anda boleh dapatkannya pada pautan ini -> Windows 7 USB/DVD Download Tool

Cara menggunakannya adalah amat mudah. Anda hanya perlu klik pada tool tersebut dan ikut arahan pada GUI yang terpapar. Selamat mencuba!

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com
Artikel Berkaitan
- Advertisment -

Paling Popular