Cara Memasang KDE 4.8 Pada Ubuntu 11.10
AMP Ads
Mobile Ads
Home Tips Dan Tutorial Cara Memasang KDE 4.8 Pada Ubuntu 11.10

Cara Memasang KDE 4.8 Pada Ubuntu 11.10

0
Mobile Ads

KDE ialah singkatan dari K Desktop Environment. Mr.Hac menyukai KDE sejak keluarnya versi 4.8 kerana begitu banyak pembaharuan yang hebat dapat dilihat sama ada dari segi antaramuka pengguna grafik ataupun penambahbaikan dari segi fungsi, alat-alat, bugs, dan cara mengendalikannya.

Cuba anda tonton terlebih dahulu kehebatan KDE 4.8 melalui video di bawah:

Mr.Hac telah memasangnya pada Ubuntu 11.10 kerana enggan beralih dari Unity, supaya nanti ada pilihan sama ada mahu menggunakan Unity ataupun KDE. Berikut adalah PPA yang digunakan oleh Mr.Hac untuk memasangnya.

sudo apt-add-repository ppa:kubuntu-ppa/backports
sudo apt-get update
sudo apt-get install kubuntu-desktop

Sila taipkan huruf ‘y’ dan tekan Enter untuk meneruskan pemasangan:

1. Pada waktu pemasangan berlangsung, anda akan diminta untuk memilih Display Manager yang ingin anda gunakan. Pilihlah KDM (K Display Manager) jika anda sukakannya.

2. Selepas siap memasangnya, mulai semula (Restart) PC anda dan pada Display Manager yang telah anda pilih, sila klik pada ‘KDE Plasma Workspace’ untuk masuk ke persekitaran desktop KDE.

3. Itu sahaja. Sekian.

Mobile Ads

Exit mobile version