Salam..entry ini Hac tujukan untuk mereka yang selalu perlahan internetnya, hasil dari perkongsian rangkaian contohnya di kolej, di tempat kerja, ataupun di rumah..
Apa-apa pun Hac nak buat penafian dulu ya, Hac tidak akan bertanggungjawab terhadap segala masalah anda nanti..ini kerana Hac tidak bersetuju sangat dengan perbuatan ni dan tidak menyokongnya..tetapi gunakanlah ia untuk tujuan pembelajaran..
1. Muat turun terlebih dahulu perisian NetCut di sini —> NetCut
2. Ekstrakkannya dan pasang seperti biasa.
3. Buka perisian NetCut dan anda akan dapat lihat rangkaian PC dalam talian.
4. Pilih sahaja mana-mana PC yang ingin anda ‘matikan’ sambungan internetnya dan klik pada ‘Cut Off’..
5. Selesai..sekarang anda sudah dapat melayari internet dengan pantas kerana setiap bandwith disalurkan kepada PC anda..
Ia bertindak berdasarkan kepada ARP Spoofing..ia amat digemari oleh mereka yang suka kepada WiFi percuma (yang kena hack tu tak kira lagi tu)..
Boleh di atasi dengan perisian Anti NetCut (Google sendiri)..
Angry Birds Rio For PC Full Cracked!! Salam..ahaha..jangan marah haaa..ni memang entry nak kejar SEO ya..maklum la..game ni sedang ‘hot’ dan melotop cakap ngko..so Hac nak bagi la game ni versi penuh, cracked..versi portable pun ada tau!
Jadi tak payah la nak susah-susah beli game ni kalau dah ada yang crack kan?
baru tadi Hac cari sebenarnya..agak menarik juga kerana paparannya sudah berubah, dan lebih cantik dari yang dahulu serta matlamat game juga sudah berubah..
Jangan cakap banyak la kan? jom sama-sama kita download game ni dan main sekarang!
Dalam tu dah siap ada patch dan serial number..pertama sekali, kena patch dahulu..kemudian, baru diikuti dengan memasukkan serial number..siap! dah boleh main Versi Penuh a.k.a Full Version!
Tiada akaun premium? tak mengapa..klik sini —> Hlusoe
Doxing ialah proses mendapatkan maklumat tentang seseorang atau sesuatu dari sumber carian internet..
Mungkin ada antara anda yang terfikir, secara asasnya, kita mendapatkan maklumat dengan mencari e-mel seseorang di enjin carian seperti Google..secara logik akalnya, ya..akan tetapi, ada cara yang lebih mudah dari itu, iaitu dengan menggunakan sebuah laman web —> PIPL..
Pipl membenarkan anda mencari nama penuh, e-mel, username, bahkan juga nombor telefon..ada juga yang menggunakan Facebook, kerana Facebook membenarkan anda mencari nama penuh, namun kebanyakan penggodam menggunakannya untuk mencari e-mel pengguna..
Matlamat utama ialah untuk mencari e-mel pengguna (jika anda tidak mempunyainya)..e-mel adalah satu keperluan wajib ketika anda di dalam talian (online)..ia ibarat passport online, anda mendaftar masuk ke mana-mana laman web, forum, atau blog dengan menggunakannya, dan jika seseorang itu mempunyai akses terhadapnya, mereka boleh bertindak seolah-olah yang menggunakan akaun itu adalah anda..apabila seseorang penggodam mempunyai e-mel anda, mereka boleh memasukkannya pada Facebook atau Pipl, dan mereka akan dapat mencari anda, dengan menganggap e-mel yang dipunyai oleh mereka ketika itu terhubung dengan beberapa lagi akaun yang anda ada dalam talian..di sebalik itu, untuk mendapatkan e-mel anda, seseorang penggodam akan mencarinya dengan cara meneka alamat e-mel anda, menjadi rakan anda di Facebook atau menggodam akaun rakan anda yang telah terancam (vulnerable) dan melihat e-mel anda di disitu..
Mungkin ada juga antara anda yang terfikir, “Bagaimana mereka boleh menggodam akaun saya dengan mendapat e-mel saya sahaja?” Di sinilah kaedah Doxing membantu..jika penggodam boleh melihat akaun Facebook anda, atau dapat mencari maklumat mengenai anda di Pipl, mereka boleh membuat satu proses yang dinamakan sebagai ‘Reverting’..Reverting ialah proses menggunakan ciri ‘Soalan Pemulihan Kata Laluan’ pada e-mel sasaran (E-mel recovery question)..ada pula pertanyaan “Bagaimana mereka hendak meneka soalan pemulihan kata laluan akaun saya?”..Ok..lihatlah kembali kepada soalan tersebut dan tanya diri anda, “Dapatkah seseorang mencari soalan dan jawapan ini dalam talian?”..jika anda jawab ya, maka anda terdedah kepada ancaman teknik Reverting..
Jika anda adalah seorang penggodam yang tidak pernah tahu mengenai teknik ini, mungkin anda akan berkata “Teknik ini tidak akan berkesan”..akan tetapi anda perlu ingat, kita semua adalah manusia dan kita sering melakukan kesilapan..apa yang mengejutkan, teknik ini lebih berkesan dari kebanyakan teknik yang lain, cuma ia hanya sesuai kepada mereka yang RAJIN sahaja kerana teknik ini perlukan masa untuk mencari kesemua maklumat..
Entry ini adalah menjawab kepada persoalan yang dilontarkan oleh kawan baik Mr.Hac iaitu Azrael yang bertanyakan kaedah Mr.Hac mencari laman blog copy-paste..cuma cara yang Mr.Hac gunakan lebih advance dan lebih menyeluruh lagi..apa yang penting, anda perlu memanfaatkan keseluruhan kemudahan yang anda ada untuk menjadi seorang Doxer yang mahir..renung-renungkan, dan selamat mencuba!
Salam..Hac nak bagi tutor yang mudah dan simple je ni..biasa sebelum ni Mr.Hac ajar cara bagaimana nak buat laman phishing..cuma bezanya kali ni, Hac nak ajar pula bagaimana cara untuk mengesan laman phishing atau laman palsu ini..
Tutorialnya ringkas..cuma tutorial ini hanya sesuai untuk mereka yang menggunakan pelayar web (web browser) Mozilla Firefox atau Lunascape, kerana cara ini menggunakan add-on dari laman pembangun add-on Mozilla Firefox..
Muat turun dan pasang add-on anda di sini —> DontPhishMe
Add-on ini telah dibuat oleh pakar-pakar IT dari Malaysia Computer Emergency Response Team atau MyCERT..
Selepas siap memasangnya pada pelayar anda, anda boleh mencuba sendiri mana-mana laman phishing yang menyerupai laman log masuk bank..anda akan diberi amaran terlebih dahulu oleh pelayar web anda dengan menyatakan bahawa ia berkemungkinan laman log masuk palsu..(contohnya lebih kurang kat bawah ni la nohhh)
Kalau anda mahukan lebih lagi add-on dengan fungsi yang serupa, anda boleh mencarinya sendiri dengan kata kunci ‘phishing’..selamat mencuba!
Salam..sebelum ini, Hac pernah buat satu tool yang ringkas untuk menyembunyikan folder dan melindungi fail di dalamnya daripada dijangkiti virus yang bertindak melalui fail autorun yang dinamakan Safety Folder 1.0 dan juga Safety Folder 1.1..namun, ia hanya berguna untuk melindungi fail penting dari dijangkiti virus, ITU SAHAJA..fail yang tersembunyi masih boleh diakses oleh sesiapa sahaja dengan menggunakan ‘Folder Options…’..
Jadi Mr.Hac, macam mana nak sembunyikan folder atau fail sulit/peribadi dalam pendrive ataupun dalam komputer? hmm..senang je tu..ada cara yang mudah, dan yang paling penting, PERCUMA untuk anda semua..
Bagaimana caranya tu Mr.Hac? ok..anda cuma perlu menggunakan perisian PERCUMA yang bernama WinMend Folder Hidden (v 1.4.4)..disebabkan ianya adalah percuma, maka anda tidak lagi perlu bersusah payah mencari perisian crack..
Dengan perisian ini, apa yang paling penting ialah ciri-ciri yang diberikan adalah sangat berbaloi..antaranya ialah:
1. Boleh menyembunyikan folder dan fail sama ada dalam komputer atau dalam pendrive..
2. Setiap folder atau fail yang disembunyikan tidak terhad saiznya..
3. Menyembunyikan folder/fail dengan pantas..
4. Setelah ia disembunyikan, folder atau fail tersebut tidak akan dapat diakses oleh sesiapa walaupun mereka cuba menggunakan ‘Folder Options…’..
5. Ia juga tidak terhad kepada PC yang telah dipasang perisian WinMend Folder Hidden..kesemua PC yang tidak dipasang juga akan tidak dapat mengakses kepada folder serta fail yang telah disembunyikan itu..
Cara menggunakannya juga sangat mudah..untuk pertama kali setelah memasangnya, anda perlu memasukkan kata laluan, yang akan digunakan setiap kali anda ingin membuka perisian ini..setelah itu, anda hanya perlu klik pada ‘Hide Folder’, cari folder yang ingin anda sembunyikan dan klik padanya..sama juga jika anda ingin sembunyikan fail, klik pada ‘Hide File(s)’, pilih fail yang ingin disembunyikan dan klik padanya..mudah kan?
IDM Optimizer..satu tool/aplikasi bersaiz kecil yang telah dicipta oleh anak muda dari Indonesia, sebuah negara yang anak-anak mudanya berbakat besar dalam bidang komputer, hacking dan pemprograman..kalau dilihat pada kreditnya, ia tertulis ‘by zmachmobile‘..jangan tanya Mr.Hac la ya siapa dia..memang Hac tak kenal langsung..tapi sungguh Hac berterima kasih kepada beliau atas tool yang amat mudah digunakan ini..
Cara Menggunakan IDM Optimizer:
1. Pastikan anda tutup (exit) IDM terlebih dahulu.
2. Klik pada Maximize Now! (yang Hac letakkan kotak warna merah tu)
3. Restart IDM anda (buka semula IDM)
4. Selesai!
5. Cuba muat turun mana-mana fail..
P/S: Tolong berikan feedback anda setelah menggunakannya ya..Hac nak buat survey..
Salam..Hac kembali lagi dengan satu lagi perisian yang amat berguna untuk melajukan sambungan internet anda!
Banyak entry Mr.Hac sebelum ini membincangkan mengenai cara terbaik untuk melajukan PC dan melajukan sambungan internet sama ada menggunakan perisian ataupun tidak..untuk hari ini, SpeedConnect Internet Accelerator v.8.0 adalah jawapan yang terbaik..dalam entry Jom Lajukan Internet dan Browser Anda!, kita menggunakan perisian Versis Full Speed Boost untuk melajukan sambungan internet dan secara tidak langsung melajukan browser pada masa yang sama..SpeedConnect Internet Accelerator juga berfungsi lebih kurang sama, iaitu dengan mengoptimasikan Windows, dengan cara membaiki Sistem Registry, mengoptimalkan parameter TPC/IP disamping menganalisa kelemahan tetapan komputer pada waktu itu..
Pendek kata, kesemua yang berkaitan dengan internet seperti browsing (melayari laman-laman web), downloading (muat turun), uploading (muat naik), streaming, online gaming (permainan dalam talian), sending and receiving email (e-mel lebih laju laaa..) dioptimalkan dan dilajukan berbanding tetapan asal..
Cakap banyak tak guna kan? apa kata kita cuba sama-sama dan berikan pendapat anda ya!
Apa yang boleh Hac katakan, setiap percubaan/ujikaji yang anda ingin lakukan, buatlah ia selama seminggu (macam kata-kata tok bomoh pulak)..
konsistenkan ujian anda kepada satu-satu perisian selama seminggu, dan jika anda tidak berpuas hati dengan prestasinya, beralihlah semula kepada perisian yang asal..contohnya anda menggunakan perisian SpeedConnect ini, cuba ia selama seminggu..kalau puas hati, teruskan..kalau tidak, anda beralihlah semula kepada Versis Full Speed Boost..
Berita di TV3 malam semalam telah membuat Hac bergegas mencari maklumat..
Nampaknya, sistem Jabatan Pertahanan negara yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Polis Dunia‘ tidaklah begitu hebat seperti yang selalu diwar-warkan..seorang hacker bernama ‘sl1nk‘ telah menceroboh masuk ke dalam sistem pertahanan US dan agensi-agensi yang lain..ikuti laporan penuh di bawah..
sl1nk mendakwa beliau telah mempunyai akses ke laman-laman berikut:
1. SSH access to a Network of 140 machine’s layer 1 to 3 in the Pentagon
2. Access to APACS (Automated Personel Air Clearance System)
3. Thousand’s of documents ranging from seizure of a vehicle up to private encryption key request forms.
4. Database of all usernames/passwords of Webmail of Nasa.
5. Access to ASSIST (Database for Military Specifications and Military Standards)
6. Data Transformation Corporation’s FAA Sponsored DUAT Service
7. Access to Government Gateway at http://www.gateway.gov.uk/
8. Access to applicationmanager.gov
9. Login access to HM Revenue & Customs (HMRC)
10. Login to Central Data Exchange | US EPA
sl1nk juga mendakwa beliau mempunyai akses SSH (Secure Shell) terhadap IP/Server berikut dan telah disahkan oleh THN Team (The Hacker News):
Area 54 : 207.60.16.0 – 207.60.16.255
Department of the Navy, Space and Naval Warfare System Command : 205.0.0.0 – 205.117.255.0
Salam..atas permintaan, Hac nak berikan anda perisian yang dapat memecahkan atau mencari kata laluan pada fail RAR dengan mudah (takde la mudah sangat pun..)..
Hac sebenarnya dah cuba segala macam jenis RAR Password Remover, RAR Password Recovery, RAR Password Cracker, dan RAR Password Finder..tetapi semuanya tak menarik..haha..tak menarik macam mana tu Mr.Hac? ye la..tak menarik sama ada sebab ia GAGAL recover semula kata laluan fail RAR, ataupun serial number tidak lagi valid untuk tahun 2011 ini..biasalah..sekarang semua perisian suka gunakan server check seperti IDM..hmmm..
Ok la..pendek cerita, daripada banyak-banyak perisian yang Hac dah cuba tu, hanya ada 2-3 jenis sahaja yang ok..yang lain macam takde harapan lagi dah..bosan betul..
sebelum ni dah ada entry pasal perisian RAR Password Recovery ni..
Petua Hac yang paling mudah untuk mencari perisian seperti ini, sila layari Youtube dan taipkan apa sahaja nama perisian yang anda mahu..kalau bernasib baik, anda akan jumpa apa yang anda cari..tetapi perlu juga berhati-hati supaya anda tidak memuat turun virus atau malware..
Jadi, silalah muat turun terlebih dahulu perisian di atas..cuba dahulu untuk mengetahui mana yang terbaik, dan selepas itu berikan komen ya!
Sekian..salam hormat dari Hac..
Anda yang mengikuti blog ini pasti tahu betapa Mr.Hac obses dengan perisian ini..Internet Download Manager 6.06 Beta Full ini tidak lain tidak bukan merupakan perisian download manager terbaik yang pernah Hac gunakan setakat ini..tapi, biasalah, kalau nak beli, rasa macam malas..jadi cari punya cari, jumpa juga dengan versi Silent Installation ini..
Cara installationnya juga adalah senang..anda cuma perlu klik dua kali (double klik) pada installernya dan tunggu beberapa saat..setelah itu biarkan komputer anda restart dengan sendirinya..nah..anda sudahpun memiliki IDM versi penuh tanpa perlu berbuat apa-apa..