Telah banyak sebelum ini Mr.Hac post beberapa siri entry untuk kaedah melepasi sekatan terhadap laman web..jadi, jangan hairan sekiranya bulan Jun ini penuh dengan entry-entry seperti ini..Mr.Hac ingin mendedikasikan entry-entry akan datang kepada anda semua yang mahu melayari laman-laman web yang disekat, mahu melayari laman-laman web secara anonymous, dan mahukan kebebasan serta privasi..
Mr.Hac akan post-kan seberapa banyak kaedah yang Mr.Hac tahu, jumpa, atau yang telah Mr.Hac kaji dengan lebih mendalam..buat masa ini sekiranya anda ada apa-apa masalah, sila terus ajukan pertanyaan kepada Mr.Hac melalui ruangan komen atau ruangan Hubungi Admin..Hac akan cuba bantu sedaya upaya..buat mereka yang gagal mendaftarkan akaun di Shellmix.com untuk membuat SSH Tunneling supaya dapat melayari laman web yang disekat, anda boleh minta bantuan Hac..Hac akan tolong buatkan satu akaun untuk anda..amacam cuti panjang? best? eh…salah dialog..apsal dialog KL Gengster plak yang keluar ni..hmmm..amacam? puas hati tak? haaa..ok..jom sambung tengok apa yang Mr.Hac nak bagi kali ini..
Operator (Opera TOR) ialah sebuah pelayar web Opera versi mudah alih yang menggabungkan pelayar web Opera + TOR + Privoxy untuk membolehkan anda melayari internet secara anonymous dan melepasi sekatan dari firewall..
Kelebihan Operator @ Opera Tor:
1. Mudah digunakan..hanya perlu klik pada fail exe yang dinamakan ‘OperaTor’..
2. Berkesan mengubah IP dan membantu melayari laman web secara anonymous..lihat pada screenshot di bawah..
3. Berkesan melayari laman-laman web yang disekat..
4. Ia akan memadamkan jejak (History, cookies, cache) secara automatik apabila ditutup..(melainkan anda set semula tetapannya)
5. Menggunakan pelayar Opera yang dikenali kerana ketahanannya dari crash..
Kekurangan?? Mr.Hac tidak mahu beri tahu..anda kaji dan tentukan sendiri, dan berikan feedback anda pada ruangan komen di bawah!
Selamat mencuba!
Assalamualaikum semua..atas permintaan dari Admin Forum Silent Hackers (SH), Mr.Hac post entry ini untuk membuat sedikit pengumuman bahawa Forum Silent Hackers sudah kembali beroperasi dengan jayanya..sebelum ini forum ‘tenggelam’ dengan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan..forum tidak digodam atau diceroboh, cuma Mr.Hac difahamkan Admin mengalami masalah dengan server..pada waktu itu kesemua data yang berada di dalam database sudah tiada..jika anda pernah mendaftar di forum SH, anda perlu mendaftar semula supaya dapat memasuki forum dan dapat mula membuat post..
Pertama sekali, ketika masuk ke forum, anda akan berhadapan dengan ‘Firewall Check’ seperti gambar di bawah..apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada bahagian tengah-tengah paparan..
Kemudian, log masuk seperti biasa (setelah selesai mendaftar)..paparan seperti di bawah pula akan muncul (gambar di bawah hanya separuh paparan sahaja yang Mr.Hac ambil) :
Kalau ingin pelajari tips-tips mudah, anda boleh datang ke blog Mr.Hac ini..tetapi kalau inginkan tips dan teknik hacking yang lebih advance, Mr.Hac sarankan anda menimba ilmu dalam forum..di sana ramai yang jauh lebih hebat dan banyak ilmunya..tak rugi jika kita bermula dari bawah..Mr.Hac ucapkan selamat berforum kepada anda semua..semoga anda mendapat manfaat yang besar daripada kewujudan forum Silent Hackers Malaysia..
Anda boleh melayari laman forum pada pautan di bawah:
Penafian: Entry hari ini tiada kena mengena dengan fahaman politik..
Serabut..serius serabut hari ni..bukan pasal tak tahu nak post apa, tapi lebih kepada situasi kebebasan internet yang mula disekat sedikit demi sedikit..mula-mula dari pejabat kerajaan..ok lah..alasannya untuk meningkatkan produktiviti..baguslah tu..Mr.Hac pun setuju..kemudian bermula dengan sekatan terhadap 10 laman file sharing/hosting dari ISP Malaysia..apa cerita ni?? alasannya untuk mengelakkan piracy..aduhai..sungguh dangkal pemikiran kamu-kamu semua..baru hari ni belajar buka internet, dah menyalak sakan tentang piracy..dah menyalak sakan tentang itu dan ini..apa yang kamu tahu tentang internet?? apa yang kamu sedar tentang kebebasan berinternet?? tak sudah-sudah..kadang-kadang Mr.Hac hampir berputus asa dalam memperjuangkan kebebasan berinternet yang sepatutnya dimiliki oleh sekalian rakyat..sudah-sudah la tu..hentikan sekatan, atau kamu semua bakal mencipta musuh..siapa? RAKYAT yang mahukan PERUBAHAN..bayar yuran internet bagai nak rak jumlahnya, tapi tersekat di sana sini..
Ok lah..cukup lah tu..masing-masing dengan fahaman sendiri..jangan kusutkan fikiran..mari kita jadi pemerhati sahaja..malas dah Mr.Hac nak baca isu ini di merata-rata..naik muak dan meluat..cukup-cukup lah..kepada semua followers blog ini, iaitu The Hykerz a.k.a The Aryan Nation, ingin Mr.Hac berikan kepada anda semua dua buah e-book dalam bentuk pdf, yang kedua-duanya memberikan maklumat terperinci mengenai SSH Tunneling..jadi boleh lah anda semua kaji dengan lebih mendalam lagi bab ini ya..sila lihat maklumat mengenai e-book ini pada pautan yang Mr.Hac berikan dibawah..
Apakah Anonymous?.. SIAPAKAH ANONYMOUS HACKERS? dari segi kamus, Anonymous ialah Orang yang tidak di kenali atau tiada nama dan tiada identiti.. Lebih mudah tahu ialah Anonymous Ialah ORANG YANG TIDAK DIKENALI..Apakah Anonymous hackers?. Hacker?.. Cracker?.. atau pun pak cik sebelah rumah?.. sememangnya bukan.. Anonymous hackers bukan sebuah organisasi.. Bukan sebuah Kelab.. Bukan Sebuah badan bukan kerajaan.. Anonymous tiada ketua.. tiada guru.. tiada ideologi malah tiada apa-apa ideologi yang terikat..
Semua Ahli Anonymous tidak mempunyai pejabat atau sebagainya.. mereka adalah sekumpulan orang yang berkumpul di mana-mana sahaja.. di dalam bas.. kereta api malah di tepi jalan..tetapi tujuan yang sama iaitu hendak mencapai apa yang di inginkan dan mengubah dunia.. tiada siapa boleh cakap anda ialah ahli Anonymous atau anda masuk atau anda keluar..
Untuk berinteraksi bersama Anonymous.. Mudah.. mereka hanya menggunakan social network yang terkenal dan hanya perlu mancari keyword ‘anonymous’ atau ‘anonops’ atau yang berkaitan dengan aktiviti Anonymous..
Siapakah Anonymous?
Anonymous datang dari semua tempat.. mungkin Bos anda.. mungkin pekerja anda.. mungkin jiran sebelah malah mungkin anak anda malah boleh menjadi sesiapa sahaja… sama ada crackers..hackers..atau pak cik driver bawak lori malah blogger…Menyertai Anonymous tidak salah dari segi undang-undang.. malah jika anda melanggar undang-undang anda tetap tidak bersalah kerana anda ialah Anonymous..
Adakah Anonymous melakukan tindakan betul?
Dalam Anonymous..keputusan itu terletak pada diri sendiri..jika anda rasa ianya betul maka betullah ia..Anonymous tiada ketua dan tiada sesiapa yang membuat keputusan untuk anda..
Berapakah Ahli Anonymous?
We are more than you think. We are more than anybody thinks. We are many.
“Kami Adalah Lebih Dari Yang Anda Fikirkan,Kami Lebih Dari Semua Orang Fikir, Kami Ramai”
Terdapat juga beberapa spekulasi mengenai Anonymous di mana telah menggodam Play Station Network.. Tahukah kenapa Anonymous hack PSN?..
KERANA Anonymous mahu menghalang PSN dari mengambil untung dengan menyuruh pengguna untuk mengemaskini firmware baru dan jika tidak seseorang itu tidak dapat menggunakan PSN..Orang yang sudah mencipta jail break Play Station 3 sudah di tangkap dan Semua IP yang memasuki web untuk mendapatkan jailbreak tersebut sudah di ambil oleh pihak Sony untuk tindakan lanjut..Anonymous ada juga menghantar video bahawa akan mengganggu Sony lagi kerana menyalahkan orang lain yang memasuki web tersebut..Anonymous mengganggu SONY hanya untuk membantu pengguna, dan bukan nak menyakiti pengguna…
Setelah membaca ini..apakah anda rasa tentang Anonymous?
Anonymous ialah semua orang yang berasa mereka ialah Anonymous Hacker..
tidak kisah siapa atau di mana..
PETALING JAYA : Sekumpulan penggodam mengancam akan menyerang laman Malaysia.Gov.My..
Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Anonymous, mengatakan akan melancarkan serangan pada jam 7.30pm GMT hari Rabu (3.30am hari Khamis waktu tempatan) dan telah menamakan serangan ini sebagai ‘Operation Malaysia‘..
Mereka membuat post ancaman tersebut pada laman ini —> PTFWh
Setakat ini masih tidak dapat dipastikan sebab-sebab yang kukuh mengapa kumpulan Anonymous ini hendak menyerang portal kerajaan..misteri?
nantikan entry seterusnya!
Untuk membaca berita penuh, sila layari laman ini —> The Star
Kredit kepada Azrael kerana telah menyampaikan berita hangat ini!
Assalamualaikum semua..EKSKLUSIF!! hahaha..Mr.Hac rasa cukup seronok hari ni..sebab setelah puas google berjam-jam lamanya, dan setelah puas bertanya kepada sahabat-sahabat hackers dari luar negara seperti India dan U.S (tak lupa juga rakan hackers senegara), maka dapatlah Hac buat satu lagi tutorial untuk melayari internet tanpa sekatan dan juga dalam masa yang sama melayari internet secara anonymous! ya..sungguh Mr.Hac berasa sangat lelah, sangat penat, sangat mengantuk, sakit jari, sakit mata, semua ada..tapi demi anda semua, Hac kembali menaip di blog ini dengan satu tutorial cara membuat SSH Tunneling yang LENGKAP..
Sebelum ini, tutorial yang Hac tulis dah lengkap, cuma BELUM CUKUP lengkap lagi..oleh itu, mari kita sama-sama belajar dan kuasai bagaimana cara sebaiknya untuk melindungi privasi ketika dalam talian, dengan melayari internet secara anonymous, dan melepasi segala sekatan Websense, SKMM, mahupun perisian website blocking yang lain!
Gambar di bawah adalah satu senario menunjukkan bagaimana SSH Tunneling berfungsi melepasi firewall..
Apa Yang Diperlukan Untuk Membuat SSH Tunneling?
1. Akaun Shell (Shell Account). anda boleh mendapatkannya di sini : Shellmix
2. PuTTy – Digunakan untuk menyambung (connect) ke akaun Shell..
Cara Melakukannya:
1. Pertama sekali sila daftarkan akaun Shell anda terlebih dahulu..sekiranya ia juga disekat oleh Websense, sila cuba daftarkannya di tempat lain seperti Cyber Cafe, rumah kawan, mahupun rumah jiran yang ada internet..haha..terpulang la!
cara mendaftar? lihat sini —> Cara Mendaftarkan Akaun Di Shellmix.com..
cara mendaftarkan akaun Shell di Shellmix agak sedikit rumit..kerana itu Hac katakan dari awal cara ini agak advance berbanding menggunakan perisian percuma seperti Ultrasurf ataupun TOR..cuma kaedah ini lebih SELAMAT berbanding menggunakan pelayan proksi (proxy server) atau kaedah-kaedah yang lain..jadi anda mahu selamat? USAHAKAN IA!
2. Setelah BERJAYA membuat satu akaun, sila buka PuTTy yang telah dimuat turun tadi..IKUT tetapan yang ditunjukkan oleh Mr.Hac dalam gambar dibawah..pada Host Name (or IP address), sila masukkan shellmix.com dan pada Port masukkan nombor 22 (sekiranya tiada nombor)..boleh juga masukkan alamat IP shellmix.com..
Cara mendapatkan IP shellmix.com ialah pergi ke Start —> Run —> taipkan command/cmd
dan tekan Enter..
kemudian taipkan : ping shellmix.com
dah dapat IP? masukkan ke Host Name (or IP address)..
3. Dalam kotak Saved Sessions, masukkan nama yang anda inginkan..contohnya Mr.Hac namakan ia sebagai Freedom (Tribute to angeltech)..pada Host Name (or IP address), masukkan nama server SSH iaitu shellmix.com atau alamat IP nya seperti yang telah Mr.Hac bagi tahu tadi..gunakan default Port iaitu 22..sekiranya firewall di pejabat anda menyekat port 22, boleh juga digantikan dengan port 443 asalkan server SSH yang digunakan menyokong port ini..kemudian, klik Save..
4. Setelah itu, klik pada Connection dan sila ikut seperti tetapan di bawah (Seconds between keepalives ialah 60, klik pada Enable TCP_keepalives dan IPv4):
5. Klik pada SSH dan tukarkan tetapan anda seperti di bawah (2 only):
6. Klik pada Tunnels, dan tukarkan tetapan anda seperti di bawah (Source port 443, Dynamic dan IPv4):
7. Setelah anda klik Add, nombor seperti gambar di bawah akan muncul:
8. Ini ialah langkah yang PALING PENTING..anda perlu menyimpan tetapan ini supaya pada masa akan datang, anda tidak perlu lagi menetapkan semula kesemua tetapan tersebut..
(menjengkelkan kan kalau kena buat benda ni berulang-ulang? heheh..)
Klik pada Session, dan klik Save..
9. Selesai tetapan untuk PuTTy! daripada sini, langkah seterusnya ialah menguji sambungan SSH yang telah kita buat..
10. Klik pada Open atau klik dua kali pada perkataan Freedom (atau apa jua nama yang anda dah namakan, ok?)
Sila pastikan anda berjaya log masuk..sekiranya gagal, jangan teruskan langkah di bawah..log masuk sehingga berjaya..ok?
P/S: Kata laluan (password) memang tidak kelihatan..tapi teruskan menaip..jangan bimbang..dah habis menaip, terus tekan kekunci Enter..mesti ok!
Membuat tetapan untuk pelayar web (web browser)
1. Seperti biasa Hac gunakan Mozilla Firefox sebagai contoh..
pergi ke Tools —> Options —> Advanced —> Network —> Settings
Sila ikut seperti tetapan di bawah:
Menguji Seluruh Tetapan dan Keberkesanannya:
Sila pastikan anda telah menutup kedua-duanya iaitu PuTTy dan pelayar web anda (Firefox)..
1. Jalankan PuTTy terlebih dahulu dan klik dua kali pada Freedom (atau nama yang telah anda tetapkan sendiri)
2. Selepas anda berjaya log masuk, biarkan tetingkap PuTTy ini terbuka atau minimize ia tetapi jangan sekali-kali menutupnya.
3. Buka pelayar Firefox anda, dan cubalah membuka laman-laman yang telah disekat. sekiranya anda gagal, sila cuba sekali lagi atau periksa semua tetapan yang telah anda buat..selamat mencuba!
Mengapa melayari internet secara anonymous itu penting??
kerana dari IP lah segala-galanya bermula!
Seperti biasa, sekiranya anda sudah berjaya melayari internet tanpa masalah, sila periksa IP anda di sini —> What Is My IP Address
Sekiranya alamat IP anda sudah bertukar/berubah, itu bermakna anda sudah berjaya dalam tutorial ini! Mr.Hac harap anda semua berjaya hendaknya!
sebarang masalah, sila maklumkan kepada Mr.Hac..
MADRID/BOSTON (Reuters) – Polis Sepanyol menahan 3 lelaki disyaki ahli kumpulan Anonymous Hacker, Jumaat lalu, atas tuduhan mengendalikan serangan siber ke atas Sony Corp, bank dan laman-laman kerajaan, namun bukan tuduhan menggodam Sony Playstation Network..
Anonymous membalas dengan ‘mengugut’ akan membuat serangan balas ke atas penangkapan itu dengan berkata : “We are Legion, so EXPECT us”
Hmm..kena tangkap juga akhirnya..isk..takut pulak..se ‘anonymous’ sekalipun, boleh dikesan dan ditahan..apetah lagi yang tak ambil kisah pasal IP, pasal jejak..apa kata anda pula? adakah anda ambil kisah tentang privasi anda ketika dalam talian (online)..adakah anda sudah baca e-book Mr.Hac?
Membuat satu laman sosial bukanlah kerja mudah..ia memerlukan ketekunan serta kepakaran yang tinggi..kerana itulah Mr.Hac ingin highlightkan di sini, sebuah laman sosial yang dibangunkan sepenuhnya oleh anak-anak tempatan, buatan Malaysia, myfriends2u.com..
Telah bertapak sejak tahun 2010, ia telah dibangunkan oleh NetXpert Sdn.Bhd dan popularitinya semakin berkembang dengan baik..menurut Ketua Pegawai Eksekutif NetXpert Sdn.Bhd, Che Onn Ismail, laman sosial ini dibina berdasarkan kepada kehendak dan keperluan pengguna yang mahukan platform setempat mudah, yang bukan sahaja membolehkan pengguna berhubung malah boleh melakukan lebih daripada itu menerusi satu akses (sumber Majalah PC Nov 2010)..
Siapa kata anak watan tidak mampu melakukan sesuatu yang hebat? siapa kata anak tempata kita tidak mampu mencipta sejarahnya yang tersendiri..myfriends2u membuktikan sebaliknya apabila pelbagai fungsi dicipta untuk menandingi kehebatan penangan laman sosial Facebook..biarpun masih belum digunakan sebagai akaun rasmi untuk mana-mana acara atau syarikat dalam Malaysia contohnya Rancangan Mentor, Radio HotFM dan sebagainya, myfriends2u sekarang sedang melonjak naik dengan baik dan kepelbagaian fungsinya serta mudah digunakan membuatkan ia semakin diterima ramai..
Myfriends2u menawarkan My Places sebagai rujukan tempat-tempat menarik, My MarketPlace untuk orang ramai mengembangkan bisnes dalam talian, My Career sebagai tempat carian pekerja atau mengiklankan diri di dunia kerjaya, U Life yang mengumpulkan penuntut-penuntut Universiti pada satu tempat dan banyak lagi yang boleh diterokai oleh anda sendiri..sekiranya anda sudah mendaftarkan diri, anda akan dapati tidak terdapat banyak perbezaan ketara dengan laman sosial Facebook, cuma ‘suasananya’ lebih ‘Malaysia’..ini yang kita mahukan!
Jadi apa tunggu lagi? buat lah satu akaun sekarang dan mulalah berhubung dengan rakan talian yang lain! rasai perbezaan dan kehangatan myfriends2u.com!
Salam..jom kita lajukan buffering Youtube dengan cara yang mudah ini! cara melajukan Youtube ini juga berkesan untuk mana-mana laman video streaming contohnya Metacafe, Veoh, Hulu, Tonton, dan lain-lain lagi..
Cara-Caranya:
Kalau anda terlepas pandang pada entry Mr.Hac sebelumnya, sila klik di sini untuk pergi ke entry tersebut : Melajukan Buffering Youtube
Ok..sudah?
Selepas itu, pergi ke Start —> Run… —> taipkan system.ini [system (dot) ini]
satu fail notepad akan terbuka dan menunjukkan code berikut:
; for 16-bit app support [drivers] wave=mmdrv.dll timer=timer.drv [mci] [driver32] [386enh] woafont=dosapp.FON EGA80WOA.FON=EGA80WOA.FON EGA40WOA.FON=EGA40WOA.FON CGA80WOA.FON=CGA80WOA.FON CGA40WOA.FON=CGA40WOA.FON [vicax] msacm711=35753 msacm811=72261 msacm911=42405
(mungkin ada yang sama, mungkin ada yang sedikit berbeza..tiada masalah!)
Apa yang perlu anda lakukan ialah salin (copy) code di bawah dan tampal (paste) di bawahnya:
Salam semua..setelah 4 hari Mr.Hac meletakkan widget apesal, Mr.Hac berasa lega akhirnya kerana trafik dah ‘melimpah’ masuk dalam blog ni..Hac tunjuk bukan tujuan nak berlagak, tidak! tapi nak semua blogger yang masuk ke sini tahu, bahawa apesal.com memang banyak membantu dalam menaikkan trafik disamping menghubungkan blogger-blogger seluruh Malaysia..
Ye la..blogger Malaysia ada dalam 1 juta lebih..dalam 1 juta lebih tu nak kenal dengan 1000 blogger pun susah..jadi sedikit sebanyak dapat la jugak apesal ni membantu kita untuk kenal-kenal dengan blogger/blog yang lain..jom kita tengok sedikit sebanyak apa yang apesal dah bantu Mr.Hac ya!
Selepas hari pertama memasang widget apesal
Masa ni tak cukup teruja lagi..sebab kalau anda perasan, hari-hari sebelumnya pun trafik yang datang ke blog ni dah berjaya mencecah 600++ UV..
Hari kedua
Haaa..masa ni teruja la jugak..ye lah..tak pernah dapat pun trafik macam ni..genre kecik la katakan!
Hari ketiga
Trafik menurun sedikit tetapi masih memuaskan..
Trafik 1 jam
Dalam sejam boleh la masuk 100 UV..nak cerita pun segan..
Hari ke empat
Alhamdulillah..hasrat Mr.Hac nak jana trafik ke blog ni ke arah 1000++ UV tercapai..terima kasih apesal!