Friday, 7 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 13

Si Kitol yang Berlagak nak Jadi Penyelamat Umat Manusia

0

Watak sebegini pasti ada dalam setiap skim penipuan. Cara mudah mengenal mereka, mereka ini pasti ada ketaksuban melampau terhadap sosok pengasas skim penipuan tersebut. Pengasas pula tak perlu buat, dia yang terlebih sudu dari kuah buat promosi ajak orang masuk beramai-ramai.

Bila ada yang persoalkan, pasti akan dilabel macam-macam yang bertanya. Biasanya akan bawa satu falasi yakni perbuatan menentang logik akal dengan cara menyeleweng fakta dan tumpuan logik ke arah lain. Kaedah paling popular seperti ad-hominem, iaitu dengan menyerang peribadi si penanya atau melabel penanya dengan tuduhan-tuduhan peribadi buruk dan tidak berasas.

  1. Dalam scam emas, bawa naratif matawang sunnah dan elak riba.
  2. Dalam scam NFT, bawa naratif orang kita bodoh tak nak terima aset digital.
  3. Dalam scam kripto, bawa naratif orang kita tak pandai IT untuk faham blockchain.
  4. Dalam scam buat task dapat duit, bawa naratif orang kita pemalas.
  5. Dalam scam pelaburan, bawa naratif sampai bila nak makan gaji dan hidup miskin.
  6. Dalam scam agama, bawa naratif mereka adalah keturunan mulia dan berdosa jika dipersoalkan.

Apa persamaan kesemua scam ini? Semua tersontot dan watak “mesiah” ini kemudiannya hidup senang lenang makan hasil promosi scam. Yang mengikut rugi, yang mengajak tak habis modal siap untung.

Secara psikologinya, watak si kitol sebegini bukanlah kompleks sangat. Cuma mereka saja diri mereka sangat deep, rumit, tak boleh dibaca dan penuh dengan aura seorang yang alpha. Hakikatnya, mereka ini kebiasaannya miskin pencapaian. Apabila berjumpa satu watak yang menimbulkan ketaksuban, mereka dengan mudah menjadi pengikut dan seterusnya cuba mewujudkan satu kultus mengagungkan watak yang ditaksubkan tadi.

Apa yang menyebabkan mereka mudah taksub? Mudah. Kekayaan. Golongan mereka ini, akan mengiyakan segala benda yang keluar dari watak “dewa” mereka dan akan membawa doktrin dari “dewa” mereka ini ke dalam kumpulan kultus mereka. Malah siap ada tokok tambah lagi bagi meningkatkan imej ke”dewa”an pujaan mereka.

Sebab itulah, susah untuk berdiskusi dengan golongan mereka. Nasihat tak nak dengar. Bila ditanya dengan logik, kita akan dimaki dan dikutuk tak ada ilmu. Paling parah, mereka akan bawa ayat “yang tahu je tahu”. YTJT ini pun, tak lain tak bukan hanyalah alat doktrin dan propaganda bagi mengurung ahli supaya hanya mendengar arahannya dan tidak berfikir dengan logik.

Di sini, kami tak suka cerita panjang-panjang, tulis perkataan dan terma pelik-pelik nak tunjuk kamu pandai. Kami lebih suka tulis dalam bahasa laymen supaya mudah difahami. Kalau anda hanya boleh bertutur dalam jargon, tak payahlah nak dakwa anda berilmu.

Semakin berilmu anda, semakin mudah anda boleh bawa topik berat kepada segenap lapisan masyarakat.

Jadi persoalannya di sini adalah,

“tak serik-seriK ke?”

Sekian. Begitulah.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Amerika Syarikat Bercadang Sekat Jualan Peranti TP-Link

0
DCIM101MEDIADJI_0157.JPG

Kerajaan Amerika Syarikat sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan penjualan peranti TP-Link, pengeluar router internet dari China, atas kebimbangan keselamatan negara.

Langkah ini diambil selepas laporan bahawa router TP-Link digunakan dalam serangan siber yang dikaitkan dengan penggodam dari China.

Beberapa agensi persekutuan, termasuk Jabatan Perdagangan, Pertahanan, dan Kehakiman, sedang menyiasat TP-Link.

Jabatan Kehakiman juga meneliti sama ada TP-Link terlibat dalam amalan anti-persaingan dengan menjual router di bawah kos pengeluaran.

TP-Link menguasai kira-kira 65% pasaran router untuk kediaman dan perniagaan kecil di AS. Sekiranya larangan ini dilaksanakan, ia akan memberi kesan besar kepada pengguna yang bergantung pada peranti TP-Link untuk sambungan internet mereka.

TP-Link telah dikritik kerana gagal menangani kelemahan keselamatan dalam produknya, yang dilaporkan dieksploitasi oleh penggodam yang dikaitkan dengan kerajaan China.

Syarikat itu menegaskan bahawa mereka mematuhi piawaian keselamatan industri dan komited untuk menangani kebimbangan keselamatan negara AS.

Sumber:

  1. New York Post
  2. CNET

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Apa justifikasi MyEG bekerjasama dengan Worldcoin?

0

Apa Perlunya Konsesi Kerajaan MyEG Bekerjasama Dengan Pihak Luar Worldcoin Foundation Dalam Projek Berisiko Tinggi Dalam Keselamatan Data Peribadi?

Kalau nak kata Worldcoin ni bagus sebab Sam Altman miliki OpenAI, ketahuilah Elon Musk yang miliki TESLA dan SpaceX pun sontot pelabur Dogecoin. Sam Altman pun dah banyak terima saman undang-undang dan bukanlah manusia beretika. Kes dengan Scarlett Johansson pun tak selesai lagi.

Bayangkan, anda serahkan data sensitif anda dan cuma dibayar dengan kripto. Kripto yang dicipta sendiri oleh Worldcoin tanpa sebarang modal. Bab ini, geng yang kutuk wang fiat boleh pula pakat masuk ramai-ramai. Bagi data iris, hanya untuk sedikit token kripto WLD. Begitu murahnya nilai keselamatan data, data peribadi dan biometrik unik anda!

MySejahtera kita dibangunkan oleh kontraktor di Singapura. Data pengenalan diri retina mata hasil kerjasama MyEG dan Worldcoin ni pula? Apa jaminan data peribadi ini selamat? Laporan tahunan kebocoran data tahun 2023 pun dedahkan majoriti kes kebocoran data adalah daripada sektor kerajaan.

Ditambah lagi dengan servis Starlink tanpa kawalan. Apa nak jadi dengan tahap keselamatan digital negara ni? Janganlah nampak macam darat sangat kita dengan teknologi. Sampai semua pun nak sauk. Jangan FOMO.

Kalau nak sembang bab blockchain pun, apa kelebihan blockchain Worldcoin dan MyEG ini? Nilai dan keperluan sebenar blockchain adalah open ledger dan decentralization. Kalau semua nak centralized, apa keperluan blockchain tersebut? Boleh disebut sebagai blockchain lagi kah?

Ironinya, PADU dan myDigitalID yang dukutuk-kutuk tak selamat itulah yang hakikatnya paling selamat antara semua. Dibina oleh penjawat awam negara dan data disimpan sendiri di server kementerian.

Mohon fahamkan saya.

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Pelancaran Nothing OS 3.0

0

Dikuasakan oleh Android 15, sistem operasi ini direka untuk memperkukuhkan identiti unik Nothing sambil meningkatkan pengalaman pengguna.

Fungsi Utama & Ciri Baharu

  1. Aplikasi Galeri Native Baharu
    • Carian Lanjutan: Membolehkan pengguna mencari foto dengan lebih cepat.
    • Alat Penyuntingan Dipertingkat: Termasuk penapis, markup, dan cadangan.
  2. Widget Baharu & Interaksi Sosial
    • Shared Widgets:
      • Membolehkan interaksi dengan rakan dan keluarga melalui widget yang boleh dikongsi.
      • Dipaparkan pada skrin kunci yang boleh disesuaikan sepenuhnya.
      • Sokongan awal untuk perkongsian hanya pada peranti Nothing.
    • Countdown Widget:
      • Membantu pengguna mengurus masa dengan lebih baik.
      • Akan tersedia di Google Play melalui aplikasi Nothing Widgets hujung bulan ini.
  3. Drawer Pintar Berkuasa AI
    • Mengkategorikan aplikasi secara automatik untuk organisasi lebih cekap.

Penambahbaikan Tambahan

  • Tetapan Pantas yang Dipertingkat.
  • Paparan Pop-up Baharu.
  • Peningkatan Visual dan Prestasi.
  • Tipografi yang Dikemaskini.

Jadual Pelancaran

  • Nothing Phone (2) dan Phone (2a): Dilancarkan secara berperingkat menjelang akhir tahun 2024.
  • Nothing Phone (1), Phone (2a) Plus, dan CMF Phone 1: Akan menerima NOS 3.0 pada awal 2025.

Nota: Fungsi Shared Widgets kini hanya menyokong perkongsian Photo Widgets dalam format segi empat sama. Sokongan untuk widget lain sedang dibangunkan.

NOS 3.0 menampilkan gabungan fungsi inovatif dan reka bentuk minimalis yang mencerminkan falsafah unik jenama Nothing.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Astro Peroleh Hak Penyiaran Liga Perdana Inggeris & Piala FA Emirates Sehingga 2028

0

Kuala Lumpur, 11 Disember 2024 –Astro, peneraju destinasi hiburan Malaysia hari ini telah mengumumkan kejayaan dalam memperoleh hak penyiaran ekslusif Liga Perdana Inggeris dan juga Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datan datang, 2025/26 sehingga 2027/28. Kesinambungan ini adalah hasil daripada kerjasama erat diantara Astro dan juga pihak Liga Perdana Inggeris, bagi memastikan peminat bola sepak sentiasa dapat menyaksikan kandungan menarik liga bola sepak antarabangsa.

Euan Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, berkata, “Kami teruja meneruskan kerjasama dengan Liga Perdana Inggeris dan juga Piala FA Emirates untuk membawakan 3 musim berikutnya selepas kempen terkini. Pembaharuan ini membuktikan komitmen kami dalam terus menyediakan kandungan sukan terbaik buat rakyat Malaysia. Liga Perdana Inggeris adalah kandungan sukan terbaik kami, dan kami berharap dapat membawakan penonton kami lebih dekat dengan aksi menerusi liputan meluas, rancangan inovatif dan pengalaman yang menarik.”

“Kami amat bangga dengan peningkatan tontonan kepada 70% bagi musim 23/24, membuktikan bahawa ia mencerminkan kualiti servis, yang memberikan lagi tarikan tambahan kepada Liga Perdana Inggeris di mata rakyat Malaysia.” Tambah Euan.

Paul Molnar, Ketua Pegawai Media, Liga Perdana Inggeris, berkata: “Kami gembira memperbaharui kerjasama dengan Astro, selaku salah satu rakan kongsi paling lama di Asia, dan untuk tiga musim berikutnya. Astro telah memainkan peranan penting dalam membawa Liga Perdana kepada peminat Malaysia selama lebih daripada sedekad, menyiarkan pertandingan dengan konsisten, berkualiti dan bersemangat. Pembaharuan ini mencerminkan komitmen kerjasama kami dalam membawakan hiburan bola sepak bertaraf antarabangsa kepada para penyokong di serata Malaysia. Kami berharap untuk terus menjalin hubungan erat dengan Astro untuk membawakan pengalaman terbaik untu buat semua peminat Liga Perdana Inggeris di rantau ini.”

Pembaharuan ini akan menyaksikan Astro bakal menyiarkan kesemua 380 perlawanan Liga Perdana Inggeris dalam HD dan perlawanan terpilih dalam 4K UHD, bersama dengan perlawanan Piala FA Emirates. Dengan liputan menyeluruh kami, para pelanggan boleh merasakan keterujaan perlawanan diantara pasukan terkuat, cetakan gol terbaik, dan juga suasana ikonik tidak kira masa, di mana jua. Strim perlawanan di peranti kegemaran anda atau nikmati di skrin kegemaran anda di rumah.

Dengan tambahan siaran langsung perlawanan, Pelanggan Astro boleh melihat inisiatif lain seperti:

  • Kandungan Original dan Tempatan: Selain dari siaran langsung, Astro juga akan terus menghasilkan kandungan original seperti program majalah, temu bual ekslusif, dan persembahan dari padang. Bersama Liga Perdana Inggeris, Astro akan menayangkan siri kedua rancangan hangat, “From KL to PL” pada Januari 2025, sebuah rancangan realiti pengembaraan yang menampilkan bakat hiburan dan sukan Malaysia merasai pengalaman menyaksikan Liga Perdana Inggeris di UK.
  • Pengalaman yang tidak ternilai: Pelanggan Astro akan terus mendapat akses barisan hadapan buat semua pesta tontonan esklusif di kedai makan, hospitaliti, dan perniagaan lain, Pakar bola sepak kami juga akan turut mengambil bahagian dalam pertandingan dengan hadiah menarik dan barangan ekslusif yang juga sebahagian dari program Astro Rewards.

Astro dan Liga Perdana Inggeris akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam melindungi hak harta intelek dan juga membasmi cetak rompak. Dengan kerjasama ini, ia akan menggunakan strategi dari pelbagai aspek termasuk kempen kesedaran mengenai bahaya akibat dari menjalankan penstriman haram. Mengekang cetak rompak adalah penting buat Astro dan Liga Perdana Inggeris untuk terus melabur dalam hak penyiaran bagi perlawanan dan juga pengalaman yang mereka berikan kepada para peminat.

Kesemua pelanggan Astro boleh menonton Liga Perdana Inggeris menerusi Pek Sukan Astro One, pilihan kandungan sukan setempat buat peminat untuk menyaksikan siaran langsung sukan termasuk Liga Perdana Inggeris, Program BWF, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP, NBA, Kriket, Tenis dan banyak lagi. Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Untuk info lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Meizu Kembali Ke Malaysia Dengan Swap Asia Sebagai Pengedar Eksklusif

0

Kuala Lumpur, 10 Disember 2024 — Penantian sudah berakhir! SWAP Asia, peneraju dalam inovasi rantaian bekalan dan perkhidmatan nilai tambahan, dengan bangganya membawa Meizu kembali ke Malaysia sebagai pengedar rasminya. Terkenal untuk penyampaian teknologi termaju pada nilai yang tiada tandingan, Meizu bersedia untuk mentakrifkan semula pasaran telefon pintar di Malaysia. Dengan empat model mengagumkan yang memenuhi pelbagai keperluan dan belanjawan, rakyat Malaysia boleh menantikan ketibaan inovasi baharu yang digandingkan dengan tawaran dan perlindungan yang terhebat.

Kerjasama SWAP Asia dengan Meizu menandakan permulaan bab yang baharu bagi jenama tersebut di Malaysia dengan pengenalan telefon pintar yang menggabungkan prestasi lancar dengan reka bentuk anggun dan kuasa AI. Dikuasakan dengan Flyme OS, peranti Android terbaharu ini menawarkan pengalaman pengguna intuitif yang dipertingkatkan lagi dengan kamera canggih dan penyelesaian bateri pintar.

“Kami sangat teruja untuk dilantik sebagai pengedar rasmi Meizu di Malaysia. Kerjasama ini menandakan satu kejayaan yang mengujakan dengan peluang untuk memperkenalkan pelbagai ekosistem Dream Smart inovatif yang bermula dengan telefon pintar Meizu ke pasaran. Kami berharap untuk mentakrifkan semula pengalaman telefon pintar untuk rakyat Malaysia dengan nilai luar biasa Meizu dan teknologi yang tiada bandingan,” kata Raymond Tan, Pengarah Eksekutif Kumpulan SWAP Asia.

Barisan model telefon pintar Meizu yang boleh didapatkan di Malaysia termasuk:

  1. Meizu Note 21

Gabungan sempurna prestasi dan kemampumilikan, Meizu Note 21 menawarkan paparan HD+ 6.74” dan cipset Unisoc T606 untuk operasi yang lancar. Bateri 6000mAh yang teguh dengan pengecasan pantas 18W memastikan penggunaan tanpa gangguan. Dengan kamera utama 50MP dan kamera hadapan 8MP, pengguna boleh merakam momen terbaik kehidupan. Berharga RM549, ia boleh didapati dalam warna Titan Blue, Titan Black dan Angel White.

  1. Meizu Note 21 Pro

Direka bentuk untuk mereka yang mahukan yang lebih , Note 21 Pro menawarkan paparan FHD+ 6.78” dengan kadar penyegaran 120Hz untuk menghasilkan visual yang menakjubkan. Dikuasakan oleh cipset Mediatek G99, ia menampilkan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 30W. Kamera utama 64MP dan kamera hadapan 13MP menjadikan model ini pilihan yang menonjol, berharga RM699 dan tersedia dalam warna Hawkeye Blue, Hitam dan Putih.

  1. Meizu Mblu 21

Pada harga RM399, Mblu 21 membuktikan bahawa kemampumilikan tidak semestinya menjejaskan kualiti. Didatangkan dengan paparan HD 6.79”, cipset Unisoc T606 dan teknologi Smart Engine memanjangkan hayat bateri untuk kebolehpercayaan yang menjimatkan kos. Kamera utama 13MP memastikan gambar yang jelas, manakala kamera hadapan 8MP sesuai untuk panggilan video dan swafoto. Tersedia dalam warna Oceanic Blue, Pearl White dan Stellar Black.

  1. Meizu 21 (256GB)/ (512 GB)

Peranti utama Meizu 21 menggabungkan teknologi termaju dan reka bentuk yang diperhalusi. Menampilkan paparan AMOLED 6.55” dengan kadar penyegaran 120Hz dan visual HDR10+, ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Gen 3. Sistem tiga kameranya termasuk penderia utama 200MP untuk foto dan video berkualiti profesional. Pada harga RM1,999 untuk 256GB dan RM2,299 untuk 512GB, Meizu 21 boleh didapati dalam warna Infinite Black, Dynamic Purple dan Meizu White.

Untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna, SWAP Asia memperkenalkan Swap Protect, pelan perlindungan peranti yang menawarkan jaminan lanjutan 1 tahun di samping waranti standard Meizu 1 tahun untuk jaminan keseluruhan selama 2 tahun dan perlindungan skrin tahun pertama untuk satu keretakan skrin.

Mulai hari ini, rakyat Malaysia boleh meneroka barisan penuh Meizu di semua pengedar sah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan untuk mencari pengedar sah, sila layari https://swap-asia.com/brands/meizu/.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Astro Lancar Pakej Hiburan Fleksibel Dengan Astro One

0

Kuala Lumpur, 9 Disember 2024 – Astro terus mengubah landskap hiburan Malaysia dengan memperkenalkan Astro One, rangkaian tiga pakej hiburan yang dipermudahkan khas untuk isi rumah di Malaysia. Bermula dengan hanya RM49.99, pakej utama seperti Entertainment Pack, Sports Pack dan Epic Pack menjadikan hiburan lebih mudah, fleksibel dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia. Menggabungkan saluran TV terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan tambahan jalur lebar yang fleksibel, Astro One membawa perubahan besar dalam cara keluarga Malaysia menikmati kandungan hiburan.

Astro One mencerminkan falsafah Astro untuk mempermudah penstriman kandungan bagi keluarga di Malaysia dengan menawarkan harga yang berpatutan, pilihan yang lebih mudah dan akses mudah kepada hiburan tanpa henti. Ia menggabungkan kandungan antarabangsa, serantau dan tempatan bersama produksi Astro yang terkenal di Malaysia. Pakej-pakej ini turut mengambil kira minat yang berbeza dan keperluan kandungan yang pelbagai mengikuti situasi, genre serta tabiat tontonan setiap ahli keluarga dengan menyedari bahawa tontonan kini berlaku melalui telefon bimbit, tablet, komputer riba dan televisyen.

CEO Kumpulan Astro, Euan Smith, berkata “Astro One dihasilkan dengan meletakkan fokus kepada pelanggan untuk memenuhi keperluan dan kehendak isi rumah di Malaysia yang sentiasa berubah. Ia memudahkan pengalaman hiburan dengan menggabungkan semua dalam satu perkhidmatan yang lengkap. Pakej-pakej ini menawarkan lebih nilai, serta membolehkan para pelanggan mengubah suai langganan mereka dengan pilihan tambahan yang lebih jelas dan berbaloi, termasuk aplikasi penstriman kegemaran mereka dan jalur lebar berkelajuan tinggi. Kesemuanya memberikan pengalaman yang lebih peribadi, mudah diurus dan pada harga yang berpatutan.”

“Strategi keseluruhan Astro adalah untuk memastikan semua segmen penonton mendapat perhatian yang sewajarnya. Astro One direka khusus untuk keluarga, perkhidmatan penstrimannya, sementara sooka, lebih sesuai bagi individu yang mencari kandungan ringkas.

Astro One merupakan satu pencapaian besar dalam misi Astro untuk terus kekal sebagai Destinasi Hiburan di Malaysia, menetapkan piawaian baharu dalam industri ini.”

Astro One juga menandakan perubahan dalam peranan Astro sebagai platform untuk rakan penstriman, menjadikannya lebih fleksibel, menawarkan nilai yang lebih baik dan memudahkan akses kepada kandungan bertaraf dunia di satu tempat, sekaligus mengukuhkan kedudukan Astro sebagai destinasi utama kandungan di Malaysia.

Astro One menawarkan kemudahan dan fleksibiliti yang lebih tinggi, memenuhi pelbagai keperluan hiburan. Pakej-pakej yang disediakan adalah:

  • Entertainment Pack: Menyediakan pelbagai hiburan tempatan untuk seluruh keluarga, termasuk rancangan Signature Astro seperti Gegar Vaganza dan Attam, Astro Originals seperti Project; Exit dan The Best of Us, rancangan kanak-kanak, serta program dari Korea, Cina, India, dan antarabangsa.
  • Sports Pack: Pakej yang penuh dengan hiburan sukan untuk peminat sukan secara LANGSUNG seperti Liga Perdana, Kejohanan BWF, Liga Malaysia, Liga Sepak Takraw, Formula 1, MotoGP, NBA, Kriket, Tenis dan banyak lagi. Nikmati pengalaman sukan terbaik selain kandungan-kandungan dalam Entertainment Pack dan akses ke beIN SPORTS CONNECT.
  • Epic Pack: Dicipta untuk semua, termasuk peminat filem, dengan akses ke Netflix, Max, Disney+ Hotstar, BBC Player, iQIYI, kandungan kanak-kanak dan pelbagai rancangan hiburan, di samping semua kandungan dalam Pek Sports dan Pek Entertainment. Para pelanggan boleh menonton rancangan popular dari rakan penstriman kami seperti Squid Game 2, Deadpool & Wolverine, Starlight Boys dan Nigella’s Amsterdam Christmas.

Setiap pakej boleh disesuaikan dengan tambahan mudah, termasuk:

  • Lebih 11 aplikasi penstriman popular, seperti Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South, dan banyak lagi.
  • Pakej kandungan khas yang disesuaikan mengikut minat tertentu, seperti Variety, Kanak-kanak, Berita dan Dokumentari, Sports Extra, serta saluran HBO dengan kandungan Max.
  • Perkhidmatan tambahan termasuk GO+, Multiroom, dan pilihan Jalur Lebar dengan kelajuan dari 100 Mbps hingga 800 Mbps.

Para pelanggan boleh mengubah langganan mereka melalui aplikasi My Astro, termasuk mengemas kini pakej, menukar antara pilihan tambahan dan perkhidmatan penstriman atau memilih pek yang baharu pada bila-bila masa yang mereka mahu. Dengan Ultra dan Ulti Box, para pelanggan dapat menikmati penstriman tanpa had dan menemui lebih banyak kandungan kegemaran mereka di Astro. Pengalaman pelanggan dipertingkatkan lagi dengan penambahan jalur lebar berkelajuan tinggi Astro Fibre.

Astro terus berkomitmen untuk menjadikan hiburan lebih mudah dan menyeronokkan bagi rumah tangga di Malaysia, serta menyokong industri kreatif tempatan. Astro One menggambarkan komitmen ini dengan menawarkan nilai yang lebih baik, kejelasan dan kemudahan, menjadikan ia lebih mudah untuk seisi keluarga menonton rancangan kegemaran mereka di mana-mana skrin, pada bila-bila masa. Dengan Astro One, para pelanggan boleh menstrim sehingga empat peranti serentak di aplikasi Astro GO, membolehkan keluarga menstrim pada hingga 4 peranti pada bila-bila masa, memastikan setiap ahli keluarga mendapat apa yang mereka mahu.

Pakej Astro One boleh dilanggani sekarang. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838.

*Semua harga yang dipaparkan dalam siaran akhbar ini adalah tidak termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Nubia Z70 Ultra Tiba Di Malaysia: Era Baru AI Dan Pengimejan

0

Kuala Lumpur, Malaysia, 28 November 2024 – nubia, peneraju inovasi telefon pintar global, dengan bangganya mengumumkan pelancaran nubia Z70 Ultra di Malaysia. Telefon pintar flagship ini menetapkan penanda aras baharu industri dengan sistem Nebula AIOS, teknologi Kamera Bawah Paparan Generasi Ketujuh, dan Paparan Penuh 1.5K pertama di dunia, diperkasakan oleh Algoritma Selfie AIGC. Selain itu, ia dilengkapi Lensa Optik 35mm Generasi Keempat dengan Apertur Fizikal Boleh Laras serta Lensa Dinamik Bionik pertama yang meniru mata manusia. Dengan cip Snapdragon® 8 Elite dan bateri 6150mAh yang berkuasa, Z70 Ultra menawarkan prestasi unggul, menggabungkan kekuatan dengan ketepatan.

Generasi Ketujuh Paparan Penuh Sejati: Pengalaman Paparan dan Selfie Yang Dipertingkatkan

Telefon pintar ini memperkenalkan Paparan Ultra-clear 1.5K pertama di dunia dengan Kepadatan Piksel 430 PPI dan kadar penyegaran 144Hz, memberikan visual yang terang walaupun di bawah cahaya matahari. Teknologi UDC Ultra Independent Display Chip memastikan pengoptimuman piksel yang terbaik, manakala Kamera Depan 16MP dengan f/2.0 dan Algoritma AI Clear 7.0 menghasilkan kualiti selfie yang lebih tajam dan stabil.

Lensa Dinamik Bionik Mata Manusia: Era Baru dalam Pengimejan

Z70 Ultra memperkenalkan Lensa Dinamik Bionik Mata Manusia pertama di dunia dengan lensa 35mm khusus dan apertur berubah dari f/1.59 hingga f/4.0. Ia juga dilengkapi sensor Sony IMX 9 Series beresolusi 50MP, penstabil imej optikal (OIS), dan teknologi optik canggih untuk menghasilkan gambar dengan ketajaman dan bokeh semula jadi.

Selain itu, kamera 64MP Telefoto Periskop dan 50MP Sudut Lebar Ultra memberikan kebolehan pengimejan yang menyeluruh. Fungsi AI Ultra Clear dan AI Lightning Capture menambah baik perincian imej walaupun dalam situasi bergerak pantas.

Reka Bentuk Kosmik nubia: Gabungan Keanggunan Estetik dan Teknologi Terkini

Reka bentuk ikonik siri nubia Z, “Cosmic Window”, terus berkembang dengan Z70 Ultra yang memperkenalkan reka bentuk pusat graviti. Lingkaran merah bercahaya yang ikonik menonjolkan keupayaan pengimejan profesionalnya, sementara rangka logam penuh memberikan rupa yang anggun dan kukuh, menyerlahkan paparan unggul peranti ini. Lengkung mikro-arc melembutkan tepi untuk cengkaman yang lebih selesa, menjadikan peranti ini lebih ringan dan nipis secara keseluruhan. Panel belakang kaca hadir dengan salutan optik baharu dan ukiran, bersama kemasan pasir bercahaya lembut bertaburan bintang yang menawarkan rasa sentuhan yang halus.

Tersedia dalam tiga warna yang menarik—Hitam, Kuning, dan Biru—reka bentuk ini menonjol dengan teknik “flowing light embossing” yang eksklusif, menggabungkan sapuan berus tiga dimensi dengan ukiran mikro bintang malam beresolusi tinggi dan tekstur nano lensa. Warna-warna ini kelihatan hidup dan bersinar, memberikan sentuhan yang memukau.

Nebula AIOS Revolusi: Ciri Pintar untuk Semua Situasi

Dengan memanfaatkan fungsi AI yang berkuasa dan cekap, Nebula AIOS nubia meningkatkan pengalaman pengguna secara emosi, memberikan pengalaman yang benar-benar diperibadikan dan bermakna. Ciri AI Translate membolehkan komunikasi pelbagai bahasa tanpa halangan, memastikan interaksi tanpa batas. nubia Z70 Ultra mengintegrasikan teknologi AI ke dalam setiap butiran, menawarkan pengalaman yang mudah, pintar, dan sangat cekap. Di mana sahaja anda berada, nubia Z70 Ultra membawa teknologi lebih dekat ke kehidupan harian, menjadi rakan kongsi utama anda dalam menghadapi masa depan.

Harga dan Ketersediaan

nubia Z70 Ultra akan tersedia mulai 1 Disember hingga 5 Disember 2024 dengan promosi diskaun hingga RM800:

VarianRRPPromosi Harga Pertama
12+256GB (Hitam & Emas)RM3,899RM3,199 (-RM700)
16+512GB (Hitam & Emas)RM4,499RM3,699 (-RM800)

Telefon ini boleh didapati di Lazada, Shopee, dan Laman Web Rasmi nubia Malaysia.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Realme Note 60: Dibina Untuk Ketahanan, Dari RM399

0

Kuala Lumpur, 28 November 2024 – realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, telah melancarkan model terbaru dalam segmen telefon pintar peringkat permulaan. realme Note 60 dilengkapi dengan ciri ketahanan terkini, termasuk ArmorShell™ Protection, menetapkan penanda aras baharu untuk telefon pintar dalam kategori ini. Direka untuk menawarkan ketahanan luar biasa, ia juga memberikan pengalaman pengguna premium dengan harga yang sangat berpatutan bermula daripada RM399.

Revolusi Ketahanan dengan ArmorShell™ Protection

realme Note 60 mendefinisikan semula kemampuan telefon pintar peringkat permulaan dengan ArmorShell™ Protection. Sistem struktur kekuatan tinggi ini memastikan peranti mampu menghadapi cabaran harian. Dengan lapan peningkatan struktur utama, telefon ini tahan lenturan, tahan jatuh, tahan calar, serta kalis habuk dan air dengan penarafan IP64. Walaupun berada dalam segmen permulaan, Note 60 menawarkan ketahanan dan prestasi yang tiada tandingan, seiring dengan ciri premium pada harga yang mampu milik.

Prestasi Premium pada Harga Bajet

realme Note 60 dikuasakan oleh pemproses okta-teras paling berkuasa dalam julat harganya, membolehkan multitasking yang lancar dan pengalaman permainan tanpa lag. Dengan AI Boost Engine, ia mengurangkan kelewatan dan meningkatkan permainan kadar bingkai tinggi, memastikan prestasi yang stabil dan responsif. Telefon ini juga menawarkan sehingga 12GB RAM Dinamik dan 128GB ROM, memberikan prestasi yang konsisten walaupun selepas 48 bulan penggunaan.

Ciri Canggih dan Kualiti Terunggul

  • Kamera: Kamera 32MP Super Clear, menawarkan 146% peningkatan butiran berbanding generasi sebelumnya.
  • Bateri: Kapasiti 5000mAh, memberikan penggunaan sehingga 1.8 hari dengan satu cas, dan kekal berprestasi walaupun selepas 1000 kitaran pengecasan.
  • Paparan: Paparan 90Hz Eye Comfort yang lancar dan selesa untuk mata, bersama teknologi Rainwater Smart Touch yang membolehkan kawalan sentuhan walaupun tangan basah.

Reka Bentuk Premium dengan Nilai Hebat

realme Note 60 menggabungkan reka bentuk elegan dan keselesaan penggunaan harian. Dengan ketebalan hanya 7.84mm dan berat 187g, ia memberikan rasa ringan dan premium. Rangka tengah lurus menambah elemen estetik, menjadikan telefon ini kelihatan seperti model kelas atasan.

Maklumat Penjualan

Jualan pertama realme Note 60 akan bermula pada 29 November 2024. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut:

Warna

Harga

Platform

Promosi

realme Note 60
Voyage Blue, 

Marble Black 

RM399

(12GB* + 128GB)

Kedai Jenama realme, pengedar sah, serta platform dalam talian Shopee, Lazada, dan TikTok.Pelanggan layak untuk jaminan tambahan 1 + 1 Tahun bernilai RM149.

 

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Bitcoin Menghampiri US$100,000: MDAPA Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

0

PETALING JAYA, 26 November 2024 — Persatuan Platform Aset Digital Malaysia (MDAPA) memberi peringatan kepada para pelabur untuk lebih peka terhadap scammer berikutan dari kenaikan harga Bitcoin yang hampir mencecah US$100,000, dan juga peningkatan harga aset-aset digital alternatif lain (altcoin).

Kombinasi keyakinan pasaran dan harga mata wang kripto yang tinggi menjadikan
orang awam lebih tertarik terhadap peluang keuntungan. Susulan daripada
peningkatan tersebut, para pelabur perlu peka terhadap skim-skim tidak berlesen
yang sedang mencari mangsa untuk diperdayakan.

Scammer biasanya menyasarkan kumpulan-kumpulan berisiko, terutamanya warga emas yang menggunakan platform media sosial, mempunyai pengetahuan terhad mengenai mata wang kripto serta mudah tertarik dengan janji untuk menambah simpanan persaraan mereka.

MDAPA juga telah menerima aduan bahawa scammer akan melakukan taktik
penyamaran sebagai ejen atau proksi bagi pihak bursa aset digital diiktiraf di negara ini. Melalui penyamaran, mereka akan menawarkan bantuan kepada pelabur baharu atau para pelabur yang kurang peka, untuk melabur atau berdagang bagi pihak mangsa.

Sehingga hari ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hanya mengiktiraf enam bursa aset digital dan dua tawaran awal bursa, yang boleh disemak pada laman web rasmi di sini: Pemain Aset Digital Dikawal Selia. Senarai bursa-bursa yang diiktiraf adalah:

1. Bursa Aset Digital
a. HATA Digital Sdn Bhd
b. Luno Malaysia Sdn Bhd
c. MX Global Sdn Bhd
d. SINEGY DAX Sdn Bhd
e. Tokenize Technology (M) Sdn Bhd
f. Torum International Sdn Bhd
2. Tawaran Awal Bursa
a. Pitch Platforms Sdn Bhd
b. Kapital DX Sdn Bhd

Pihak persatuan ingin menekankan bahawa bursa aset digital diiktiraf tidak akan
menjanjikan pulangan pelaburan, menarik pelabur melalui paparan gaya hidup mewah dan menggunakan pihak ketiga untuk pembelian atau penjualan aset-aset digital. Setiap transaksi perlu dilakukan sendiri oleh pelabur melalui aplikasi atau laman web bursa.

Jika anda mengesyaki sebarang jenayah scam, laporkan segera ke pihak berkuasa
berkaitan seperti Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di talian hotline
03-26101559, atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline