Berita Baik dan Tak Berapa Baik Dari SKMM
AMP Ads
Mobile Ads
Home Berita Berita Baik dan Tak Berapa Baik Dari SKMM

Berita Baik dan Tak Berapa Baik Dari SKMM

0
Mobile Ads

SKMM telah mengumumkan penurunan harga Mandatory Standard on Access Pricing (MSAP) bagi talian fiber. Secara ringkasnya, MSAP ini adalah harga sewa yang dibayar oleh telco dan ISP untuk membekalkan internet kepada pelanggan mereka. Penurunan kos yang diumumkan dilihat agak ketara. Kali terakhir perubahan MSAP dibuat adalah pada 2018 di bawah kuasa YB Gobind Singh yang menyaksikan kelajuan asas dinaikkan daripada 5mbps kepada 30mbps.

Untuk mudah faham, ia ibarat anda menyewa sebuah kondo selama sebulan pada harga yang lebih tinggi, tetapi sewakan semula pada harga yang lebih murah. Anda akan tetap mendapat keuntungan kerana bukan setiap hari kondo anda akan diisi dengan penyewa dan harga sewa harian apabila ditambah akan melebihi harga kos sewaan sebulan anda. Mungkin sahabat lain boleh jelaskan dan beri perumpamaan yang lebih mudah difahami. Saya rasa bab ini Pendakwah Teknologi lebih pakar.

Untuk perubahan terbaru ini, jika dilihat pada julat harga, pelan paling asas 30mbps mungkin tidak akan mengalami penurunan harga yang ketara. Akan tetapi, melihat kepada perubahan harga kelajuan yang lebih tinggi, mungkin akan berlaku penurunan harga bagi pelan 300mbps dan ke atas. Perubahan harga MSAP ini berkuatkuasa pada 1 Mac 2023. Akan tetapi, masih tiada sebarang pengumuman penurunan harga fiber dari telco.

Apa berita yang tidak best?

DNB dan SKMM masih lagi dalam proses rundingan tentang kos operasi 5G. Ada juga telco yang mencabar model SWN 5G dan ingin melancarkan rangkaian 5G mereka sendiri. Masih samar-samar lagi keputusan akhir 5G walaupun liputan 5G sudah semakin meluas di Malaysia. Paling teruk, telco masih lagi berkeras untuk meminta pelanggan untuk membayar kos langganan tambahan untuk mendapatkan akses 5G.

Jadi, kita kembali ke zaman 4G semula. Saya ingat lagi di awal zaman 4G dulu. Kita diminta membayar harga lain untuk mendapatkan 4G walaupun 4G pada ketika itu kualitinya sama seperti 3G. Kini, di zaman 5G nampaknya sejarah mungkin berulang. Kena betul dengan lagu dan zamannya. Zaman-zaman rambut belah tengah.

~~~Sejarah mungkin berulanggggg~~~

Mobile Ads

Apa pendapat anda?Cancel reply

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
wpDiscuz
0
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
Exit mobile version