Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan beberapa laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan belajar menaip tanpa guru. Pembelajaran ini khususnya untuk mereka yang ingin belajar menaip secara laju tanpa melihat mahupun menjeling ke arah papan kekunci (keyboard).
Buat masa ini penulis boleh lagi menaip tanpa melihat papan kekunci. Papan kekunci pula khas untuk komputer riba. Kalau dah memasuki komputer akan jadi biasa-biasa sahaja. Dari segi kelajuan. Boleh jugalah. Kalau penulis taip kata laluan mungkin tak dapat dikesan oleh pancaindera. Hihihi. Tips,menaip laju daripada penulis ialah. Jangan sesekali anda mengangkat bahagian pangkal tapak tangan. Hanya gerakkan jari. Apabila anda sudah biasa,tanpa disedari anda mampu menaip dengan menggunakan 10 jari tangan.
Jadi,tanpa membuang masa dan tenaga kita teruskan kepada pembincangan kita berkenaan belajar menaip secara atas talian,belajar menaip menggunakan 10 jari dan belajar menaip dengan mengambil kira kelajuan.
1. WWW.TYPING-LESSONS.ORG
Peter’s Online Typing Course merupakan laman yang wajib dikunjungi oleh anda yang ingin belajar menaip menggunakan 10 jari. Laman ini akan mengajar daripada segala perkara asas yang perlu anda lakukan. Bermula dengan sebelah tangan dan akhirnya menjadikan anda seorang yang hebat dalam menaip. Kesimpulannya,sekiranya anda betul-betul ingin menguasai bidang menaip,maka laman ini perlu anda manfaatkan sepenuhnya.
2. WWW.10FASTFINGERS.COM
Jadi,segalanya terletak ditangan anda. Bagi penulis semua laman ini perlu anda manfaatkan sepenuhnya tanpa menghiraukan sebuah laman pun. Bermula dengan sekecil mancis akan mewujudkan sebuah unggun api.