Beberapa Trik Google Chrome Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

 

 

 

Dengan rilisnya Firefox Quantum, boleh dikatakan Google kembali mempunyai pesaing baru. Sebelum ni ia tidak tertanding meskipun adanya Brave, Opera, Internet Explorer. Errr..

Tetapi itu bukan bererti Chrome sudah menjadi ‘out of date’, ‘obsolete’, apatah lagi ‘expired’. Chrome masih lagi ‘bergetah’ bak kata P. Ramlee.

Banyak perkara boleh dilakukan dengan Chrome yang penggunanya tidak tahu, melainkan rajin membaca. Berikut saya cuba senaraikan beberapa ciri atau fungsi yang ada pada Chrome, barangkali anda tidak tahu pun ia boleh dilakukan.

1. Buat Pintasan Karang E-mel Baharu

Nak buat aliran kerja anda lebih laju lagi?

Anda boleh, dengan menjadikan Omnibar sebagai kawasan pintasan untuk mencipta emel baharu. Sangat mudah.
Caranya ialah dengan pergi ke bahagian tetapan (Settings) > cari atau taip ‘Search’. Klik pada bahagian ‘Manage search engines’.

Di bahagian ‘Other search engines’, klik butang ‘ADD’. Kemudian pada bahagian:
a) Search engine: Masukkan apa-apa nama yang anda mahu.

b) Keyword: Letakkan huruf ‘e’ di situ.

c) URL with %s in place of query: mailto:?subject=%s

 

Sekarang, jika anda buka tab baru, taipkan huruf ‘e’ dan tekan kekunci spacebar, ia akan menjadi seperti gambar di bawah:

 

Apa-apa yang anda taip akan menjadi subjek emel. Tekan Enter, anda akan ‘dibawa’ kepada Outlook, atau tab baru dengan paparan pengarang emel.

2. Jadikan Tab Chrome Sebagai ‘Notepad’

Kalau anda nak jadikan tab Chrome baru sebagai notepad, supaya lebih senang untuk dipantau, maka buka tab baru dan masukkan: data:text/html, <html contenteditable> lalu tekan Enter.

Ya, Notepad sedia ada dalam Windows lebih banyak ciri, tetapi ‘Notepad’ dari Chrome lebih ‘hampir’ dengan anda dan ianya tidak memerlukan anda untuk memasang apa-apa extension sekalipun.

 

 

3. Menyimpan Fail Sebagai PDF

Mungkin ada yang berkata mereka lebih sukakan Pocket, untuk menyimpan mana-mana artikel untuk dibaca kemudian. Namun ini bukan soal hendak membaca semata-mata. Jika anda memang hendak menyimpan sesebuah laman sebagai fail PDF, anda boleh lakukannya.

Hanya perlu tekan kekunci Ctrl + P, kemudian tukarkan destinasi cetakan kepada ‘Save as PDF’.

 

 

4. Menggunakan Chrome Sebagai Pemain Media/Video

Terkadang kita hanya ingin menonton sebuah video secara sementara sahaja. Jadi adakalanya penggunaan pemain media atau video seperti VLC dan SM Player agak overwhelming. Hahaha.

Apapun alasannya, anda boleh gunakan Chrome sebagai pemain video dengan hanya seret dan lepas pada tab baru. Jika anda ingin mainkan ia pada skrin yang lebih besar, klik pada menu dan tekan butang ‘Cast…’.

Menarik bukan?

5. Buka Kembali Tab Yang Telah Ditutup

Sama ada secara sengaja atau tidak, anda pasti kadangkala hendak buka semula tab yang telah ditutup. Anda boleh lakukannya dengan dua cara iaitu dengan mengklik kanan pada sudut atas Chrome, dan klik pada pilihan ‘Reopen closed tab’, atau lebih pantas lagi dengan menekan gabungan kekunci Ctrl + Shift + T.

Baiklah, saya berikan 5 trik dan tips dahulu. Saya akan tambahkan di artikel yang akan datang. Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda untuk menambah motivasi kami kembali menulis artikel lain. Terima kasih!

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img