Arch Linux : Pengakhiran Seorang ‘Distro Hopper’

Beberapa bulan perjalanan saya dalam menggunakan sistem operasi Linux, pelbagai distro telah dicuba. Usah dikata, usah ditanya, dari sekecil-kecil saiz distro, seperti Damn Small Linux, sehinggalah kepada bersaiz ‘kapal layar’ seperti Ultimate Edition. ‘Distro Hopping’ sudah jadi macam hobi. Lepas satu, satu distro dicuba sehingga naik ‘muak’. Semua nampak ‘serupa’ walau ada sedikit beza.

Suatu hari, setelah lama bergelumang dengan elementary OS Luna, tergerak hati saya untuk mencuba kembali distro yang pernah suatu ketika saya cuba pasang dahulu tetapi tidak berjaya (heheh..), iaitu Arch Linux. Berpandukan video tutorial dari Youtube yang disimpan dalam telefon, saya mula memasang dari sistem minimal sehinggalah kepada persekitaran desktop. Akhirnya sempurna..

Sejak dari hari itu saya tidak pernah ada gerak hati untuk mencuba distro lain lagi.

Soalnya, kenapa?

Iklan Google

Berikut saya cuba huraikan kenapa saya sudah ‘terpaku’ dengan Arch Linux.



Apa Itu Arch Linux?

Arch Linux ialah sebuah sistem operasi Linux yang fleksibel, ‘ringan’ dan berpegang kepada prinsip KISS (Keep It Simple, Stupid!).

Prestasi

Perkara pertama yang menjadi sebab kukuh kenapa saya tidak mahu berganjak dan akan kekalkan Arch Linux dalam setiap PC/netbook saya adalah kerana prestasinya. Saya bukan pakar atau ‘ahli dalam babnya’ untuk hal ini, tetapi cukuplah saya dapat nyatakan bahawa Arch Linux sememangnya dicipta untuk prestasi, dari sebuah sistem yang minimalistik. Terpulang kepada pengguna untuk menjadikan ia sistem yang pantas atau ‘berat’, ikutlah ‘selera’ masing-masing.

Quote dari Judd Vinet, founder Arch Linux : “[Arch Linux] is what you make it.”

Rolling-release

YEAH.. Ini juga merupakan salah satu sebab utama Arch Linux tidak akan digantikan dengan distro lain. Tidak seperti sesetengah distro yang mempunyai tempoh masa tertentu sebelum ia menjadi ‘usang’ dan perlu dinaik taraf, Arch Linux tidak perlu kepada pemasangan semula untuk menaik taraf sistemnya. Cukup sekadar satu baris perintah, Arch Linux siap menjadi distro ‘terbaru’, hasil jasa ‘rolling-release’.

Iklan Google

Rolling-release bermaksud ia tidak mempunyai waktu rilisan untuk versi terbaru. Sebagai contoh Ubuntu, yang mempunyai tempoh waktu naik taraf kepada versi baru dalam 6 bulan. Ertinya setiap 6 bulan, satu versi baru akan dilancarkan, dan jika anda hendak menggunakannya, anda perlu memasang ia semula (sebaik-baiknya, walaupun boleh naik taraf secara terus dari versi lama).

Rolling-release juga bermaksud Arch Linux ‘akan mempunyai versi baru, ‘apabila ia mempunyai versi baru’. Kalau tiada ‘versi baru’ dilancarkan, bererti apa yang sedang anda gunakan adalah ‘yang terbaru’.

‘The cutting edge, bleeding edge sofwares’

Pengguna akan sentiasa mendapat pakej perisian terbaru, dikenali dengan istilah ‘bleeding edge’. Bleeding edge tidaklah bererti pakej tidak stabil, tetapi saya lebih gemar menamakannya sebagai ‘pure awesomeness’, kerana disebabkan ia ‘paling baru’, maka ia ‘paling hebat’. Heheh..

Iklan Google

Pengguna tidak perlu berasa bimbang untuk menaik taraf sistem kerana pakej yang dimuat naik adalah stabil, dan jika terdapat ralat sekalipun, pasti akan ada pembaikan/tampalan dalam tempoh yang singkat.

ArchWiki

Belum pernah ada dokumentasi yang saya lihat lebih lengkap dari ArchWiki. Segala maklumat yang anda mahukan anda disitu, dari maklumat umum mengenai sistem Linux dan Arch Linux, sehinggalah kepada maklumat khusus yang merangkumi fail-fail sistem, yang perlu diketahui oleh para pengguna.

Apa yang lucu, pernah saya menyelesaikan masalah dalam sistem Ubuntu dengan merujuk kepada ArchWiki.

Iklan Google

Arch User Repository (AUR)

Iklan Google

Disinilah segala-gala perkara terbaik berada dalamnya untuk Arch Linux. Arch User Repository (AUR) ialah sebuah repositori yang disokong oleh komuniti khusus untuk para pengguna Arch. Melalui AUR pakej-pakej yang popular lebih pantas memasuki repositori komuniti. Ia dikelolakan oleh komuniti pengguna, untuk pengguna. Anda boleh cari pelbagai perisian, tema dan ikon di sini.

Bina Sendiri Sampai Puas Hati

Ya, pemasangan Arch Linux bermula dengan baris perintah, ia berakhir dengan baris perintah juga! Anda boleh bina Arch Linux dari sebuah sistem yang sangat minimal, satu demi satu, sehingga cukup sifat dan rupanya. Anda perlu pilih sendiri perisian apa yang anda mahu, codec, pemacu, persekitaran desktop, tema, ikon, dan lain-lain lagi. Anda boleh jadikan ia hanya dipacu oleh Window Manager seperti Openbox, atau boleh jadikan ia sistem ‘raksasa super berat’ dengan memasang KDE desktop.

Dengan pemasangan sendiri, setiap perubahan dalam tangan anda. Cantik atau hodoh, buruk atau baik anda yang tentukan. Disebabkan ia bukan sistem operasi ‘out-of-the-box’ seperti Ubuntu, maka kemungkinan ia menjadi ‘hodoh’ selepas selesai pemasangan persekitaran desktop adalah ‘cerah’, oleh itu jangan lupa pasangkan tema, sebagai contoh tema Mac OS X.

Dalam Arch Linux, anda bukan diberitahu ‘apa yang harus anda lakukan’, tetapi anda akan diberitahu ‘bagaimana cara hendak lakukan’.

Kesimpulan

Arch Linux perlukan kesabaran yang jitu, dan kesungguhan yang mendalam untuk menyiapkan ia menjadi sebuah sistem operasi yang diingini oleh pengguna. Mungkin pendekatan Arch Linux tidak begitu sesuai untuk pemula, tetapi seperti yang dikatakan jika anda ada kesungguhan, disitu ada highway The Arch Way.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img