Apa Itu Wakelock Dalam Sistem Android?

Apa Itu Wakelock?

Wakelock ialah mekanisma dalam sistem Android, yang mana apa-apa jenis aplikasi atau program yang memerlukan kepada sumber-sumber dari sistem akan menggunakan fungsi Wakelock ini untuk memastikan telefon dalam keadaan ‘berjaga’, supaya sesuatu fungsi itu dapat dijalankan, contoh paling mudah seperti penyelarasan (synchronization) e-mel.

Secara asasnya, bukan semua aplikasi yang menggunakan Wakelock ini adalah aplikasi yang ‘tidak baik’ dan menghabiskan kuasa bateri. Akan tetapi, seperti yang kita sedia maklum, bukan semua aplikasi telah di-kod secara baik, ada juga yang di-kod dengan kurang bagus (poorly coded app).

Wakelock bertujuan menyelaraskan semua aplikasi yang memerlukan penyelarasan, khususnya aplikasi seperti e-mel, aplikasi untuk berborak seperti WhatsApp, WeChat, dan juga aplikasi sosial seperti Facebook. Wakelock juga berfungsi menyelaraskan penggunaan kuasa, dan disebabkan itu, jika ia digunakan oleh aplikasi secara tidak ‘betul’, ia pasti akan menghabiskan bateri anda dengan cepat sekali.

Iklan Google

Sesetengah aplikasi tidak mempunyai ‘sela masa’ untuk membangunkan telefon anda bagi fungsi penyelarasan. Jadi di sinilah punca Wakelock-Wakelock tertentu membangunkan telefon bimbit anda dengan kerap dan tidak terkawal. Akibatnya kuasa baterilah yang menjadi mangsa.

Wakelock Detector

Kebiasaannya, perkara pertama yang kita perlu lakukan untuk mengesan aplikasi yang paling banyak menghabiskan kuasa bateri secara tidak ‘patut’, adalah dengan memasang aplikasi Wakelock Detector. Namun, bukan semua orang dapat memahami secara jelas kerana anda perlu semak satu demi satu aplikasi yang menggunakan Wakelock ini untuk mengetahui bahagian manakah yang paling banyak menyebabkan bateri anda kehabisan tanpa punca yang pasti, contohnya CPU Wakelock, Screen Wakelock, ataupun Wakeup Triggers.

Penyelesaian:

Iklan Google

Terdapat 3 jalan penyelesaian, khususnya buat pengguna yang sudah root.

1. Uninstall/Nyahpasang

2. Greenify

3. Freeze

Iklan Google

Apabila anda telah mengenalpasti aplikasi mana yang telah menyebabkan bateri anda turun laju seperti air terjun di Sungai Amazon, saya cadangkan jika ianya penting bagi anda, ada dua pilihan yang jitu iaitu sama ada anda matikan fungsi penyelarasan (synchronization) untuk aplikasi tersebut, atau anda Greenify (meletakkan aplikasi dalam keadaan hibernasi).

Jika ia jarang anda gunakan, terdapat dua juga pilihan jitu iaitu sama ada anda nyahpasang ia, atau anda Freeze (bekukan?) menggunakan mana-mana aplikasi root seperti ROM Toolbox, Titanium Backup dan lain-lain.

Saya harap sedikit penjelasan ini dapat meleraikan kekusutan anda dalam mencari punca kepada kehabisan kuasa bateri telefon bimbit pintar anda yang tidak terkawal. Semoga artikel singkat ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img