Apa Itu Rule of Thirds?

Apa Itu Rule of Thirds (ROT)

Perlu diingatkan, sebelum anda membaca penerangan mengenai Rule of Thirds (Terjemahan Google Translate – Kedaulatan Undang-Pertiga?), setiap undang-undang bukan semuanya wajib dipatuhi. Ia dicipta oleh manusia, tetap mempunyai banyak kelemahan, disamping kelebihan yang ada. Tidak mematuhi ROT bukan bererti gambar yang anda hasilkan akan menjadi tidak menarik, tetapi adalah lebih baik kita tahu dan belajar mengenainya agar sama-sama dapat memanfaatkannya di kemudian hari.

Fotografi tidak mempunyai garis panduan atau peraturan yang tetap bagi mendapatkan hasil imej yang terbaik. Dek kerana falsafah atau prinsip sebenar fotografi ialah dalam peraturan dunia fotografi, ia tidak mempunyai sebarang peraturan. Namun, ROT dicipta bagi mendapatkan komposisi penceritaan disebalik setiap petikan jari untuk mendapatkan sebuah gambar yang tidak mempunyai ‘jiwa kosong’.

Untuk memahami ROT, anda perlu membayangkan gambar dibahagikan kepada 9 bahagian, menggunakan 2 garisan yang menegak, dan 2 garisan yang melintang. ROT mengatakan bahawa, anda perlu meletakkan elemen atau elemen-elemen (lebih dari satu subjek penting) di sepanjang garisan, atau pada mana-mana tempat ianya bersilang (bertemu).

Iklan Google

Teori ROT

Jika anda meletakkan elemen penting pada garis silang atau di sepanjang garisan, gambar anda akan menjadi lebih natural, seimbang, dan akan membenarkan orang yang melihat berinteraksi dengan gambar secara lebih natural juga.

Dengan memahami komposisi letak duduknya ROT, anda akan dapati bahawa terdapat sesetengah gambar, merupakan snapshot biasa, manakala sesetengah yang lainnya pula mempunyai suatu ‘jalan cerita’. Kajian mendapati mata manusia kebiasaannya akan menghala kepada garis silang atau titik pertemuan berbanding menghala terus ke tengah gambar, dan ROT berfungsi untuk menjadikan gambar lebih mudah dihadamkan oleh mata manusia berbanding memaksanya.
Saya berharap dengan sedikit penerangan pendek mengenai ROT ini dapatlah kita manfaatkan ia bersama, dan kemudiannya memecahkan pula peraturan tersebut (breaking the Rule of Thirds). Kerana apa? Yeah, cliche, tetapi setiap peraturan dicipta untuk dipecahkan (every rules was meant to be broken).
Salam Candid Camera dari saya, dan semoga bertemu lagi di artikel seterusnya.
Sumber Gambar dan Rujukan :
Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 komen

Ruangan komen telah ditutup.

spot_imgspot_img