Album LifeBuuk Saya Dah Sampai!
AMP Ads
Mobile Ads
Home Ulasan Produk dan Gajet Album LifeBuuk Saya Dah Sampai!

Album LifeBuuk Saya Dah Sampai!

0
Mobile Ads

Akhirnya, setelah beberapa hari menunggu, sampai jua album LifeBuuk yang telah saya tempah pada minggu lepas. Tak sia-sia tempah kerana kualiti album ini memang top notch!

Kulit album dicetak dengan versi hard cover, mengikut kepada reka bentuk yang telah dipilih melalui aplikasinya. Suka untuk saya ingatkan, setiap kulit muka hadapan adalah berbeza setiap bulan, jadi kulit yang telah anda pilih itu, jika anda ‘terlepas’ dari menggunakannya pada bulan ini, maka sayonara forever!

Album turut dicetak pada kertas berkualiti tinggi anti pudar, dari teknologi Fujifilm, bersaiz 4R, dan mempunyai garisan putus-putus padanya yang memudahkan pengguna untuk mengoyak bagi tujuan meletakkan gambar tersebut dalam bingkai.

Aplikasi LifeBuuk membenarkan pengguna untuk menyunting serba sedikit gambar yang akan dicetak. Cuma dalam versi album saya sendiri, saya biarkan ‘kosong’ kerana – blur ketika pertama kali guna, juga sedikit teruja. Hahaha.

Cetakan berkualiti tinggi dari LifeBuuk ini akan membenarkan pengguna menikmati hasil dari setiap tangkapan gambar bertahan dengan lebih lama. Dalam 50 keping gambar ini, kesemuanya saya ambil dengan menggunakan Zenfone 2. Cun kan?

Jadi tunggu apa lagi? Kalau anda juga mahu album seperti saya, muat turun aplikasi LifeBuuk sekarang, sunting, muat naik, dan buatlah tempahan hari ini juga!.

Mobile Ads

Exit mobile version