Ini bukan cerita tentang penyanyi bernama Maya tu. Ini tentang cerita dan hikayat manusia Generasi Y yang mencari Pembantu Maya terbaik abad ini. Ia sentiasa berkait rapat dengan Kepintaran Tiruan (Artificial Intelligence) yang ditambah baik dari semasa ke semasa.
Walaupun buat masa ini yang dipertontonkan kepada kita hanyalah sekadar pembantu maya versi penerimaan arahan-arahan melalui suara, tetapi saya optimis yang kita akan dapat melihat Kepintaran Tiruan dalam versi yang lebih menyerupai manusia.
Pelik? Gerun? Tak mahu?
Saya mahu, tetapi kalau boleh jangan lah jenis membantah kata-kata saya. Huh..
Kita baru saja ‘diusik’ oleh Google dengan fungsi baru bagi Google Now iaitu Google Now on Tap. Tetapi ada satu pesaing baru bagi pembantu maya tidak kiralah ianya Google Now, Siri mahupun Cortana. Ianya datang dari SoundHound iaitu… Hound.
Apa-apa hal anda cuba tonton dahulu video demo Hound di bawah:
Yeahhh.. menarik bukan?
Matlamat Hound bukan sekadar menjadi pembantu maya yang diarah-arah melalui arahan suara atau apa-apa cara, tetapi penekanan yang paling penting sekali ialah ia telah cuba untuk mendekatkan jarak antara Kepintaran Tiruan dan juga manusia melalui kaedah yang seakan perbualan atau kebanyakan dari kita menggelarnya sebagai ‘Contextual Search’.
Anda boleh lihat serba-sedikit paparan skrin Hound di bawah ini:
Buat masa ini ia hanya dapat diperoleh melalui kod jemputan sahaja, dan jelasnya ia hanya boleh dimuat turun di Google Play Store untuk pengguna dari Amerika Syarikat sahaja.
Tetapi, seperti biasa kita akan juga sentiasa ada kaedah ‘workaround’. Jika anda mahukan kod jemputan, anda boleh mintanya di sini : SoundHound – Hound App
Manakala untuk fail apk pula anda boleh muat turun di sini : Hound