Monday, 22 September 2025
UtamaPilihan OMGArtikelSemasa pandemik 2020, ribuan rakyat...

Semasa pandemik 2020, ribuan rakyat…

Views: 0

Semasa pandemik 2020, ribuan rakyat New Jersey serbu sistem online untuk mohon bantuan pengangguran. Tapi sistem komputer mereka terus ‘crash’. Akhirnya, gabenor New Jersey terpaksa mengumumkan:
“Kami perlukan programmer COBOL!”

Sebabnya? Sistem kewangan kerajaan itu masih berjalan atas kod lama COBOL yang ditulis sejak 1960-an dan hampir tiada orang yang masih mahir dengan bahasa ini.

COBOL ialah bahasa pengaturcaraan dari tahun 1959 , lebih tua daripada internet, lebih tua daripada disket komputer. Sehingga hari ini, 80% transaksi kewangan bersemuka dunia masih bergantung kepada COBOL.

Kisah COBOL bermula dengan seorang wanita bernama Grace Hopper, yang digelar “Ibu COBOL”. Beliau antara orang pertama yang berani membayangkan komputer sepatutnya faham bahasa manusia, bukan hanya kod binari. Dari visi ini lahirlah COBOL, bahasa yang akhirnya jadi tulang belakang sistem kewangan, cukai, lapangan terbang, malah pasport.

Masalahnya, COBOL ni “terlalu bagus”. Ianya stabil, tahan lama, dan syarikat lebih suka “tampal sana sini” daripada membina semula sistem. Pada tahun 2000, dunia sekali lagi panik dengan isu Y2K kerana berjuta-juta kod COBOL tidak faham tarikh baru. Jutaan dolar terpaksa dibelanjakan, malah programmer lama yang sudah bersara dipanggil semula.

Hari ini, bank gergasi seperti JP Morgan dan Citibank masih guna COBOL. Ada anggaran 220 bilion baris kod COBOL masih hidup di seluruh dunia. Dunia terus bergantung pada “fosil digital” ini sebenarnya bukan kerana kita mahu, tapi kerana terlalu berisiko untuk ganti.

Jadi, setiap kali anda keluarkan duit di ATM atau beli tiket kapal terbang, besar kemungkinan anda masih bergantung pada kod berusia lebih 60 tahun.

Korang rasa, sampai bila? Atau AI dah boleh start ambil alih?

AtotheP
AtotheP
Pocoyo
Artikel Berkaitan
Subscribe
Notify of
guest

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
- Advertisment -

Paling Popular

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x