Views: 0
Tahun 2000-an dulu, pasaran telefon di China pernah jadi macam “Wild West.”
Masa tu, telefon tiruan dan pelik dipanggil ‘Shanzhai’ atau juga diberi nickname “bandit phones” ada di mana-mana. Ada yang bentuknya macam kotak rokok, ada yang pasang sampai lapan speaker dengan lampu berkelip. Kalau kat Malaysia agaknya yang popular tu yang boleh tengok TV. Min ingat lagi ada rakan-rakan yang berduit sikit sanggup tak pandang brand Nokia demi feature boleh tengok TV tu.
Semua ni bermula bila sebuah syarikat Taiwan, MediaTek (MTK), keluarkan cip mudah guna pada tahun 2005. Dengan cip ini, mana-mana bengkel atau company kecil di Shenzhen boleh hasilkan telefon sendiri dalam masa 2 – 3 bulan sahaja.
Sebelum telefon tiruan Shanzhai mula menguasai pasaran, China sebenarnya sudah ada jenama rasmi yang berjaya. Antaranya Bird, yang pernah jadi pengeluar telefon nombor 3 dunia selepas Nokia dan Motorola. Tapi kejayaan itu tak bertahan lama, akhirnya Bird tumbang kerana tersepit: telefon tiruan jauh lebih murah di bawah, jenama besar pula jauh lebih canggih di atas.
Beberapa jenama Shanzhai sempat rasa ‘kemanisan’ dalam pasaran tu. Antaranya K-Touch, yang pernah jadi pengeluar telefon paling laris di China dengan jualan jutaan unit setahun. Tapi bila era telefon pintar Android mula meletup, semua jenama Shanzhai mula tenggelam. Kemunculan Xiaomi pada 2011 dengan telefon murah berkualiti tinggi jadi pukulan terakhir , menamatkan terus zaman ‘bandit phones’.
Hari ini, semua ni tinggal nostalgia je.
Ada yang pernah pakai ke ? ke memang dari dulu followers min kaya-kaya pakai Nokia Symbian ori👽