Views: 1
Sebelum ni, page kami ada 160k jumlah followers dan sudah ada tersedia berbagai perkara yang abam kongsikan.
Tapi lepas kena benam, semua post hilang lalu tiada lagi boleh dijadikan sebagai rujukan. Kena pulak waktu abam tulis tentang WPS hari tu, ada pulak yang menggelupur.
“Woi min kenapa kau share malware ni bla bla bla. Banyak lagi software lain min.”
Pada hal kita kongsi atas sebab tak mahu lagi ada orang lain yang MEMBAYAR untuk perisian tersebut. Laju sangat nak komen tanpa mahu berfikir dulu sebab kenapa kami tuliskan sesuatu.
Nak tunjuk balik post lama dah tak boleh, maka terpaksalah abam tuliskan yang baru.
Kali ini abam nak kongsi semula tentang perisian pejabat PERCUMA dan sumber terbuka, iaitu LibreOffice (sesiapa yang kenakan caj pemasangan perisian ini, tolong starlight dahi dia, dan tunjal lampu basikal dia).
LibreOffice ini seringkali menjadi perisian lalai (default) dalam kebanyakan distro Linux, dan ada sebab yang signifikan dalam justifikasi para pembangun memilih perisian ini.
Ia berasaskan perisian asal iaitu OpenOffice, dan digelar sebagai ‘successor’ kepada perisian tersebut.
Kalau DULU, memang setiap kali kita gunakan LibreOffice, apabila disunting semula (re-edit) ke dalam perisian pejabat Microsoft seperti Word, formatting akan ‘lari’. Tak sama.
Ini yang menyebabkan kebanyakan orang enggan untuk mencuba apatah lagi terus menggunakannya.
Tetapi itu dulu. Bak kata Malique – yang dulu-dulu dah habis.
Sekarang, apabila disunting semula, ibarat anda telah mencipta dokumen tersebut seakan berasal dari perisian Microsoft itu sendiri. Mudah, memang mudah.
Abam dah pasangkan di PC pejabat, dan sudah pun cuba macam-macam dokumen. Setakat ini belum ada lagi yang ‘lari’ dari segi ‘rupa’ dan formatting.
Ehh, tadi ada cakap ia PERCUMA kan?
LibreOffice boleh dimuat turun di:
https://www.libreoffice.org/download/download-libreoffice
