Views: 1
Sembang pasal “𝐦𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐬𝐮𝐥𝐢𝐭 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐣𝐮𝐦𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐭 𝐆𝐨𝐨𝐠𝐥𝐞, 𝐒𝐜𝐫𝐢𝐛𝐝, 𝐀𝐧𝐲𝐅𝐥𝐢𝐩” ni min terus teringat satu nama legend, Fravia. Zaman sekarang, semua orang bergantung pada Google, tapi dulu ada satu golongan rare yang bukan sekadar taip-taip tekan search. Diorang betul-betul faham seni mencari maklumat.
𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐎𝐒𝐈𝐍𝐓, 𝐀𝐝𝐚 𝐅𝐫𝐚𝐯𝐢𝐚 – 𝐒𝐞𝐧𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭
𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐅𝐫𝐚𝐯𝐢𝐚?
Fravia atau nama sebenarnya Francesco Vianello bukan penggodam biasa. Dia seorang yang sangat mahir dalam seni pencarian, jenis yang boleh gali info yang orang lain ingat tak wujud pun. Dia mengasaskan laman Searchlores(dot)org, dia suka berkongsi ilmu tentang deep search dan reverse engineering. Zaman dia, kalau nak cari sesuatu, bukan sekadar taip keyword, tapi ada teknik, ada strategi.
𝐈𝐥𝐦𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐅𝐫𝐚𝐯𝐢𝐚 𝐀𝐣𝐚𝐫
𝐒𝐞𝐧𝐢 𝐜𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐞𝐩 𝐬𝐞𝐚𝐫𝐜𝐡.
Sekarang tak hairan benda ni tapi dulu dia dah start buat gabungan operator carian, enjin carian alternatif dan teknik bypass.
𝐌𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 “𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐛𝐮𝐧𝐲𝐢”.
Faham macam mana laman web simpan data dan cara manipulasi URL boleh buka akses lebih dalam.
𝐅𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐥𝐠𝐨𝐫𝐢𝐭𝐦𝐚 𝐜𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧
Tahu kenapa sesuatu muncul dalam hasil carian dan macam mana carian boleh dimanipulasi oleh faktor seperti iklan dan pengoptimuman enjin carian (SEO).
𝐊𝐫𝐢𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐄𝐧𝐣𝐢𝐧 𝐂𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐨𝐝𝐞𝐧
Fravia selalu kritik macam mana enjin carian dikomersialkan sampai hasilnya penuh iklan. Dia menentang idea “promosi produk yang tak diperlukan kepada pengguna naif” dan menggalakkan penggunaan parameter carian khusus untuk maklumat yang lebih bersih. Dia juga tekankan bahawa hasil carian yang kita nampak ni sebenarnya ditentukan oleh algoritma, tak semestinya semua maklumat yang wujud itu dipaparkan atau terjangkau.
𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐅𝐫𝐚𝐯𝐢𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐎𝐒𝐈𝐍𝐓
Walaupun Fravia tak guna istilah OSINT (Open Source Intelligence) secara langsung, banyak teknik dia selari dengan prinsip OSINT yang sekarang digunakan oleh penyelidik dan pakar keselamatan siber. Seawal 90-an lagi, dia dah ajar benda-benda ni.
𝐒𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐖𝐞𝐛 𝐅𝐫𝐚𝐯𝐢𝐚
Dulu laman masa zaman web Searchlores(dot)org dia rajin sangat menulis. Fravia memang sengaja buat laman tu macam labirin yang susah diakses, kononnya nak latih pengguna jadi lebih mahir mencari maklumat, woha !. Sebahagian besar kandungannya masih ada dalam bentuk mirror dan dokumen PDF yang dikongsi oleh komuniti peminat dia.
𝐊𝐚𝐭𝐚-𝐊𝐚𝐭𝐚 𝐇𝐢𝐤𝐦𝐚𝐡 𝐅𝐫𝐚𝐯𝐢𝐚
“The web is a labyrinth with many exits and few entrances.”
𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘪-𝘱𝘢𝘯𝘥𝘢𝘪 𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘧𝘢𝘩𝘢𝘮𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘥𝘪𝘳𝘪.
Fravia mungkin dah tiada, tapi legasi dia masih hidup untuk sesiapa yang nak betul-betul faham seni pencarian.
– funtikar