Views: 0
Google Pixel 10 hadir dengan ciri Battery Health Assistance yang diaktifkan secara lalai dan tidak boleh dimatikan oleh pengguna. Ciri ini direka untuk mengurangkan kadar pengecasan dan mengehadkan voltan bateri bagi melambatkan kerosakan sel dari masa ke masa.
Battery Health Assistance pertama kali diperkenalkan pada Pixel 9a, mula bertindak selepas 200 kitaran pengecasan dan terus menyesuaikan voltan sehingga mencapai 1,000 kitaran. Menurut laporan, perubahan ini dibuat secara berperingkat untuk membantu bateri ‘menua’ dengan lebih seragam.
Akibatnya, pemilik Pixel 10 boleh menjangkakan pengecasan yang lebih perlahan dan kapasiti bateri yang boleh digunakan menjadi berkurang berbanding sebelumnya — walaupun Google belum mendedahkan sejauh mana jumlah kapasiti yang hilang selepas 200 kitaran.

Google pada dasarnya mensasarkan supaya bateri kekal 80% daripada kapasiti asal selepas 1,000 kitaran, tetapi ciri yang sentiasa aktif ini mungkin menambah pengurangan kapasiti yang boleh digunakan.
Perbandingan dibuat dengan beberapa pengeluar lain: contohnya, telefon pintar Samsung disebut mempunyai penarafan kitaran yang lebih tinggi (sekitar 2,000 kitaran) untuk mengekalkan 80% kapasiti, menyebabkan pendekatan Google kelihatan lebih ketat.
Tindakan Google dipercayai langkah berjaga-jaga, kemungkinan sebagai respons kepada isu pemanasan yang pernah dialami model terdahulu seperti Pixel 6a.
Bagi sesetengah pengguna, keputusan Google untuk mengunci ciri ini dianggap membatasi, kerana pengeluar lain sering memberi pilihan kepada pengguna untuk mengawal tetapan bateri.
Abam: Harga nak dekat RM7k pun masih kusut pasal bateri, pasal ‘overheating’. Hek eleh.