Pengenalan Kepada BitTorrent/Torrent

Bismillahirrahmanirrahim..

Adakah anda ‘kaki Torrent’? Terlebih dahulu biarlah Mr.Hac kenalkan dengan beberapa istilah yang ada dalam ‘arena’ Torrent. Mr.Hac akan terangkan secara ringkas mengikut pemahaman Mr.Hac sendiri, so.. keep on reading guys..

Apa Itu BitTorrent?

Kerap dikenali sebagai ‘BT’, ialah satu protokol sambungan internet yang membolehkan pengguna memuat turun fail dengan lebih pantas dan efisien.

Iklan Google

Torrent: Sejenis fail metadata, iaitu fail yang mengandungi kesemua maklumat tentang data yang akan dimuat turun.

Seed/Seeder: Mesin (komputer) yang mempunyai fail yang lengkap. Contohnya jika anda sudah selesai memuat turun satu fail, anda biarkan klien Torrent anda kekal terbuka. Selepas itu ia akan mula memuat naik kembali data fail tadi, oleh itu anda adalah Seeder. Ini adalah perkongsian yang baik kerana anda membantu orang lain untuk memperolehi fail yang sama. Anda ibarat satu sumber kepada para pengguna yang lain untuk memperolehi fail yang telah lengkap.

Tracker: Mesin (komputer) yang digunakan oleh BitTorrent untuk mengenalpasti dan menjejak Peers.

Peer: Peers ialah mesin (komputer) yang masing-masing mempunyai fail tetapi dalam keadaan tidak lengkap. Fail tersebut ibarat dalam bentuk pecahan ‘puzzle’, setiap peer akan berkongsi/bertukar fail yang dimiliki dengan Peers yang lain untuk ‘melengkapkan pecahan puzzle’ tersebut dengan menggunakan klien Torrent masing-masing.

Lebih banyak istilah untuk difahami oleh anda di sini -> BitTorrent FAQ and Guide

Kenapa Pilih Torrent?

Iklan Google

BitTorrent menyelesaikan masalah muat turun yang lambat, dan kadangkala tersekat di pertengahan jalan. Ini kerana setiap orang yang memuat turun fail telah memuat turun dari SATU SUMBER yang sama. Apabila terdapat terlalu ramai yang ingin memuat turun, pelayan akan melakukan kerja yang lebih dan ini boleh membawa kepada ‘crash’.

BitTorrent menyelesaikan masalah ini dengan menukarkan setiap pemuat turun kepada SUMBER (Seeds). Dengan cara ini, perkongsian fail menjadi lebih pintar dan pantas kerana apabila terdapat ramai pemuat turun (Peers) yang terlibat, maka kelajuan muat turun juga akan bertambah (secara teorinya, walaupun belum begitu tepat).

Iklan Google

Ianya ibarat Seeds memberikan kepada setiap seorang pemuat turun satu pecahan ‘puzzle’. Setiap pemuat turun yang telah mendapat satu pecahan ini akan menjadi Peer. Setiap Peer adalah SUMBER dan memberikan/berkongsi pecahan fail yang diperolehi dengan para pemuat turun yang lain, sehinggalah pecahan tersebut menjadi satu fail yang lengkap, lalu Peers bertukar menjadi Seeds.

Download Torrent File -> Seeds -> Downloaders -> Peers -> Tracker -> Provide ‘puzzle’ file to other Peers when introduced by Tracker -> Complete File -> Become Seed

(Carta alir ni Mr.Hac tulis sendiri.. so buat-buat paham la kalau tak paham.. hehe..)

Jika anda perhatikan kepada carta alir di atas, tidak hairanlah protokol BitTorrent dipanggil sebagai
‘Peer-to-Peer’ atau ‘P2P’ File Sharing.

Iklan Google

Untuk entri akan datang, InsyaAllah Mr.Hac akan berkongsi tips memilih fail Torrent yang pantas, dan klien Torrent kegemaran Mr.Hac.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img