Sejarah Algoritma Google : Kenapa Ia Penting Untuk Blog?

Mr.Hac kali ini akan menceritakan serba sedikit sejarah Algoritma Google supaya anda akan lebih memahami mengapa ia begitu penting sekali dalam usaha memacu sebuah blog yang lebih berkualiti. Trafik hanyalah perkara sampingan, kecuali anda ingin menjana pendapatan, maka ia perlu ditukar prioriti kepada nombor 1.

Serba Sedikit Tentang Sejarah Algoritma Google : Bagaimana Ia bermula

Google 1.0 (1998-2003) -> Pautan Menguasai Keputusan/Hasil

Pada waktu ini carta hasil carian Google dikuasai oleh laman-laman web yang mempunyai lebih banyak inbound links yang berkualiti. Pemilik laman yang peka akan keadaan ini dan lebih menumpukan kepada pembinaan jaringan inbound links akan memenangi hasil carian pada Google.

Iklan Google

Google 2.0 (2003-2006) -> Kandungan Menguasai Keputusan/Hasil

Pada 18 Jun 2003 Google melancarkan program Adsense. Adsense ialah program yang membenarkan pemilik laman web untuk menayangkan iklan yang ditaja oleh Google. Ini menggalakkan para pemilik laman web untuk membuat atau mencipta halaman yang mempunyai pelbagai KANDUNGAN, agar dapat disiarkan/ditayangkan iklan Adsense. Sememangnya keuntungan dijana dengan begitu hebat sekali. Bapa saudara Mr.Hac sendiri pernah mengaut keuntungan yang berganda hasil dari pendapatan Adsense pada tahun berkenaan.

Google 3.0 (2006-Awal 2010) -> Pautan Kembali Menguasai

Disebabkan terlalu banyak laman web yang wujud dengan kandungan SPAM sebagai ‘pemacu utamanya’, akibat dari itu Google menukar algoritma dan mereka berpatah kembali kepada PAUTAN dan ketika ini KUALITI pautan juga begitu dititik beratkan. Namun, ia juga tidak lama kerana pelbagai masalah timbul disebabkan oleh pakar ‘Black Hat SEO’ yang menjana trafik melalui pelbagai cara penipuan. Contohnya membuat komen-komen ‘palsu’ di laman yang membenarkan backlink, menulis secara ‘robot’ (dengan penggunakan perisian) pelbagai artikel ‘sampah’ dan menyebarkannya melalui internet, dengan meletakkan backlink kepada laman web mereka sebagai agenda utama dan banyak lagi!

Google 4.0 (2010-2011) -> AKTIVITI Melengkapkan Algoritma!

Iklan Google

Google sekali lagi mengemaskini algoritmanya dan ia semakin bertambah kompleks dengan kehadiran satu lagi unsur iaitu : Aktiviti

Dapat diperhatikan di sini, blog yang:

1. Mendapat lebih banyak komen
2. Mendapat lebih ramai pelanggan RSS terutamanya Feedburner (yang mana ia telah dibeli oleh Google)
3. Mendapat lebih banyak trafik

Iklan Google

Akan dapat naik ke muka depan hasil carian Google dengan lebih cepat dan kekal di situ lebih lama. Anda perlu tahu sekiranya entri itu sudah jarang dibaca, atau kata mudahnya sudah tiada lagi AKTIVITI MANUSIA di situ, maka kedudukan ia pada laman Google juga akan menurun dan berubah dari masa ke semasa.

Jika anda hanya mempunyai banyak inbound links, isi kandungan entri yang hebat tetapi trafik ZERO, tiada sebarang komen padanya, maka peluang anda duduk di muka surat beribu-ribu jumlahnya pada Google adalah cerah. Tahniah!

Mungkin ada sesetengah blogger yang sedar akan hal ini dan mengambil peluang/kesempatan untuk menjana ribuan trafik sehari ke blognya dengan cara MENGGODAM FAN PAGE akaun Facebook artis/selebriti yang mempunyai ramai pengikut atau MENGGODAM BLOG yang terkenal lalu meletakkan (post) pautan kembali kepada blog mereka. Kerana apa? Kerana sememangnya trafik penting, sebab ia melambangkan AKTIVITI MANUSIA (Human Activity) pada blog mereka. (Usaha ini menyalahi etika penggodam, jadi Mr.Hac memang tidak menyetujuinya)

Mr.Hac akan mengupas lebih lanjut mengenai algoritma ketiga Google ini pada entri berikutnya. Cukup dahulu untuk setakat ini buat semua pembaca. Terima kasih kerana datang singgah. Maaf la, Milo dah habis. Beli sendiri la air tu ya! Ahahah! Hasta prontoooooo!!

Iklan Google
Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img