Bicara biasa, aku bukan sekadar bercerita,
Kongsi pengalaman, kongsi biar semua satu rasa.
Assalamualaikum.
Pernahkah anda terfikir bahawa sebenarnya IT ini bukan hanya bicara untuk orang-orang IT sahaja?
Tahukah anda IT tidaklah sukar untuk dikuasai andai anda punyai minat yang cukup kuat.
Kali ini saya ingin mengutarakan beberapa kesilapan yang biasa, sangat biasa dilakukan oleh orang-orang kita mengenai dunia IT dan juga PC yang digunakan. Mari saya ungkap beberapa daripadanya, sebagai contoh:
1. Terlalu mengharapkan orang lain khususnya ‘orang IT’ untuk membaiki, memperbetulkan komputer, mahupun perkara-perkara remeh lain yang berkaitan dengannya.
Ini adalah perkara yang kerap berlaku dalam masyarakat kita, meski orang tersebut berpangkat Pegawai sekalipun. Boleh dikatakan semua benda yang berkaitan IT/PC hendak mengharapkan pertolongan atau bantuan dari orang lain. Sepatutnya diri sendiri yang perlu menguasai masalah-masalah kecil seperti tetapan pelayar web, cara menyelesaikan masalah menggunakan Google, dan sebagainya. Jangan serahkan segalanya kepada orang lain, tiba masa anda berseorangan, anda nak cari siapa pula?
2. Menganggap mereka yang menggunakan Linux sebagai ‘techie’, ‘geek‘, ‘technician’, Ultraman.. What?
Ya. Ini satu lagi ‘masalah’ minda masyarakat kita. Mungkin ia juga masalah universal. Cuma ingin saya tegaskan di sini, sebelum saya dapat memahirkan diri dengan sistem operasi Linux, saya juga adalah insan biasa, sama seperti anda. Tak tahulah kalau-kalau anda insan luar biasa, ada tanduk di dahi, tapi yang pasti saya memang orang yang biasa-biasa sahaja. Jadi kalau orang yang ‘biasa-biasa’ seperti saya juga mampu untuk kuasai Linux, mengapa tidak anda? Oh ya.. anda punya tanduk di dahi.. lupa pula.
3. Dekstop diserabutkan dengan pintasan-pintasan (shortcuts) setiap kali selepas memasang perisian.
WOW! Perlu ke desktop tu serabut dengan pintasan? Perlu sangat ke pintasan tu, yang kononnya nak cepatkan kerja? Kan lebih bagus kalau paparan desktop anda kosong, dan anda boleh menikmati wallpaper yang indah, seperti paparan desktop saya di bawah:
Keh keh keh.. Indah kan pemandangan? Sebenarnya pintasan-pintasan yang menyerabutkan mata itu juga boleh jadi menyusahkan. Kalau anda berserabut otak melihatnya, begitu juga komputer anda. Jangan susahkan ia kerana anda yang mahu senang. Apalah guna ada Start Button kalau anda tak mahu tekan dan cari perisian yang telah anda pasang di situ? Kalau perut anda sudah gemuk kerana malas mahu bersenam, tak kan jari anda juga mahu digemukkan kerana anda malas menggerakkan mouse?
Tips-nya di sini setiap kali anda memasang sesuatu perisian, sila nyah tanda kotak untuk menyediakan pintasan pada desktop. Sekiranya kotak tersebut tiada dan ia dipasangkan secara lalai (default), sila padamkan ia dan masukkan terus ke dalam Recycle Bin untuk dinyah-kan dari hidup.
4. Pelayar berserabut pula dengan toolbar!
Huwoiii! Kalau satu atau dua toolbar yang betul-betul digunakan pada kebanyakan masa memang masih boleh diterima, seperti toolbar Cocoon! Tapi kalau dah macam gambar di bawah, guna Internet Explorer pula tu, memang aneh dan tak masuk dek akal!
Tips-nya di sini, setiap kali memasang perisian yang menyarankan anda untuk memasang juga toolbar yang disediakan, maka sila nyah-tanda kotak untuk memasangkannya. Tak perlu lah!
5. Tidak mengambil tahu perihal komputer, tetapan-tetapannya, dan komponen-komponennya.
Come on lah bro.. Kalau orang sebut ‘processor’ pun anda kata “Apa? apa benda tu?”, itu teruk sangat dah tu. Sekurang-kurangnya dah buka komputer, paling kurang kenalah tahu bagaimana cara untuk ‘bersihkan’ sampah sarap yang anda lakukan di dalamnya, format semula, atau sekurang-kurangnya tahu menjaga komputer dari dimasuki virus. Kalau sekarang umur anda 80 tahun dan mata sudah rabun jauh-dekat tahap maksima, boleh lah kita consider tak perlu ambil tahu. Ini umur baru masuk 28 tahun, bila buka PC cari Internet Explorer dulu, bila IE tak boleh buka mana-mana laman web, terkebil-kebil, macam siput sedut.
Eh, Firefox tahu tak, Google Chrome kenal tak? Apa? Tidak? Tu pun silap juga! Cuba baca entri INI, takut terbuntang pula mata tu..
Baiklah. Cukup sampai setakat ini saja. Entri ini mungkin akan jadi entri bersiri kalau ada idea yang masuk dalam kepala hotak saya. Apa pun, baiki diri, muhasabah hati, kita jumpa lagi! Ollleeeyyy!
“Bila jumpa orang lama , jangan malu bersoal,
Jika mahu kunci kuasa , harus ada modal” – Joe Flizzow