Kesilapan-Kesilapan Umum Orang Awam Berkenaan IT/PC [2]

Jika anda belum membaca bahagian pertama artikel ini, sila ikutinya melalui pautan INI.

Artikel ini adalah serius. Ya, serius. Saya cuba untuk tidak membuat jenaka. Hurm..
Mari kita tinjau sepintas lalu, apa lagi kesilapan yang kerap-kali dilakukan oleh orang-orang kita
dalam menggunakan PC dan sistem operasinya.
1. Tidak memanfaatkan sepenuhnya kesemua servis dari Google.
Ok. Bagi yang benar-benar kurang jelas, Google boleh dikatakan mempunyai kesemua yang kita perlukan dalam kehidupan sehari-hari. Google bukan setakat enjin carian terpantas lagi efisien, tetapi termasuk juga Youtube, Google+, Play Store, Google Drive, Google Maps, Google Translate, dan lain-lain lagilah! Saya jemu bila diajukan soalan ringkas sebegini:
“Bro..software ni takde crack dia ke?” Tanya seorang kawan.
“Cari la..” Saya menjawab sambil lewa.
“Nak cari kat mana ek? Software ni tak bagi crack sekali ke?” Tanya beliau kembali.
“…………………….” Saya diam tanpa kata.
Atau anda boleh juga baca situasi yang menjemukan seperti ini. Seorang lelaki peminat Kpop datang melawat sahabatnya di partition beliau bekerja, sambil ‘kagum’ melihat sahabatnya itu dapat membuka laman Youtube tanpa disekat.
“Eh..camne ko boleh bukak Youtube eh? Ajar la aku”.
“Aku bukan tak nak ajar, tapi nanti kalau kantoi dengan ICT sebab ramai sangat yang guna cara ni,
esok-esok aku jugak yang susah sebab dah tak dapat bukak”.
“Alaa. ajar la aku, aku janji tak bagitau orang”.
“Ko Google je la”.
“Nak Google ape ek?”.
“Ko Google je How To bla bla bla bla bla. Mesti dapat jawapan macam mana caranya!”.
“Alaa. Aku malas la, dah la nak Google tu panjang-panjang, dalam bahasa Inggeris pulak tu”.
Apa yang menjadi masalah, kalau sekali itulah dia bertanya, tidak mengapa. Ini tidak, setiap kali berjumpa, soalan itulah yang terpacul dari bibir.
Der.. kalau malas-malas macam ni, kita tak akan ke mana. ‘Di situ’ sahajalah tahap ilmu kita. Jangan terpengaruh dengan cakap orang seperti ‘Berkiblatkan Google‘ dan sebagainya. Itu semua kata-kata syaitan bertopengkan manusia. Apa yang penting, anda perlu mula melangkah dari sekarang sebelum terlambat, dan jangan malas!
Salah satu contoh cara memanfaatkan Google berserta dengan pautan-pautan rujukan (ekstra):
2. Lemah penguasaan bahasa Inggeris, sedangkan ia penting!
Ya, ini satu lagi ‘demam’ yang kebanyakannya melanda orang-orang kita. Saya kagum dengan jiran-jiran di sekitar rumah saya di sini yang mempraktikkan pertuturan bahasa Inggeris dengan anak-anaknya sedari kecil. Begitulah yang sepatutnya! Saya yakin, meskipun ramai antara kita yang ‘educated’, tetapi ramai juga yang gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
Anda perlu tahu, memang boleh tukar bahasa pada komputer anda kepada bahasa Melayu, tetapi ‘majoriti’ perkara yang kita perlu lakukan padanya adalah dalam bahasa Inggeris. Apapun, cuba ikuti kaedah mudah belajar bahasa Inggeris berikut, mudah-mudahan bermanfaat:
3. Gagal menyelenggara PC dengan baik.
Melainkan anda pengguna Linux, anda perlu menyelenggara PC anda selepas beberapa minggu atau bulan mengikut kekerapan anda menggunakannya. Apa guna ada ‘Disk Cleanup’ dan ‘Defragmentation’ kalau anda tidak gunakannya? Kalau anda benar-benar jenis pelupa, sila gunakan Task Scheduler. Kerja anda pasti jadi lebih mudah, ibarat ada orang gaji secara berkala di rumah (ada ke?).
PC perlukan penyelenggaraan yang baik, teliti, dan cermat. Kalau anda mengabaikannya, jangan pula menyumpah seranah PC anda apabila ia mula lembab, lemau, tak bermaya. Saya tidak pernah lagi menggunakan antivirus, dan mana-mana perisian ‘speed booster’ atau ‘registry booster’. Cukup sekadar Task Scheduler, dan bersihkan komputer dari sampah-sampah yang tidak digunakan seperti perisian dan fail, PC melonjak laju, henshin!
Sebenarnya banyak dan panjang lagi yang saya hendak tuliskan di sini. Tetapi, faham-faham sajalah bulan puasa ni, jari lemah la. Hahah! See you next round Hollywood! Ollleeeyyyyy!
Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img