Percayakah anda bahawa kita sedang diperhatikan oleh kerajaan semasa kita sedang menggunakan internet? di negara lain seperti barat mengikut pendapat orang yang pakar dalam dunia internet menyatakan bahawa kerajaan sedang memerhatikan rakyatnya dalam menggunakan internet. setiap tingkah laku, segala benda yang anda klik dan taip akan diperhatikan oleh kerajaan…
Jadi, adakah anda yakin kerajaan kita juga sedang memerhatikan apa yang sedang kita lakukan di internet? dalam 80% bagi pendapat saya bahawa kerajaan sedang memerhatikan kita. saya tahu kerajaan sedang mengaknalisis aktiviti online kita walaupun rakyat malaysia mempunyai berjuta-juta pengguna internet…
Sedangkan hackers yang hanya belajar dari sumber blog dan video yang ada di internet mampu mengodam maklumat di dalam laptop anda, apalagi dengan kecanggihan yang ada pada kerajaan yang terdiri daripada ethical hackers yang mempunyai pengiktirafan…
Bukan sahaja kerajaan, Google sendiri juga pasti ada menyimpan segala data tentang kita semasa online. jika anda sedang menaip sesuatu di enjin pencarian google, setiap patah perkataan yang anda taip akan disimpan di database google sendiri. tidak pasti samada mereka menggunakan packet Sniffer ataupun teknik yang lain untuk merekod segala aktiviti anda…
Segala maklumat anda seperti gambar yang anda klik, apa yang anda taip, laman web apa yang terakhir anda lawati, no ip Address anda dan sebagainya, saya yakin they watching what are we doing. saya sendiri tahu dimana kedudukan anda dengan tepat hanya melalui no ip address anda sahaja. jika saya sudah tahu apakah no IP Address laptop atau komputer anda, saya akan mencari menggunakan perkhidmatan komputer untuk mengetahui dengan tepat kedudukan latitude tempat anda. kemungkinan dalam 10 atau 15 meter tepatnya jarak dari tempat tinggal anda…
Jadi, adakah anda tidak mahu berkongsi maklumat anda dengan orang lain yang tidak kenali seperti hacker, google dan kerajaan? mungkin perkara ini lebih sesuai untuk orang yang bergelar hackers. mereka adalah jenis orang yang tidak mahu dikenali dan diketahui di internet dan perkara seperti kerajaan atau google sedang memerhatikan mereka adalah sesuatu yang hendak dielakkan oleh hackers…
Bagi kita, ia perkara biasa sahaja. tetapi, jika anda ingin berasa selamat sudah pastinya anda tidak mahu kelihatan semasa online. orang yang mengaku tidak ada memiliki akaun facebook juga saya dapat detect dengan ilmu yang saya pelajari selama ini. jadi, anda pasti tidak mahu orang yang bergelar hackers tahu tentang anda dan mungkin anda juga tidak mahu berkongsi maklumat dengan kerajaan dan google? =)
Saya sendiri juga tidak selalu menyorokkan aktiviti saya selama ini. saya online menggunakan google seperti biasa, buka facebook dan pelbagai email dalam satu browser sahaja. ada dua antivirus yang saya percaya walaupun saya tahu antivirus tersebut akan membaca maklumat di dalam komputer saya tetapi saya yakin kerana antivirus tersebut adalah milik developer yang sah. tetapi, semenjak saya mula belajar dan memasuki alam hackers, saya mula berfikir dan terbuka minda bahawa bertapa mudahnya hackers ataupun kerajaan dan google untuk mendapatkan maklumat kita…
Jika kita tidak alert dengan warning yang ada pada internet dan kurangnya ilmu internet dalam keselamatan menggunakan internet, saya yakin bahawa anda mudah menjadi mangsa hackers. jadi, mungkin bagi segilintir anda belajar ilmu hacking ini amat penting dan tidak penting. bagi saya, ilmu internet ini amat penting jika anda masih separuh jagung menggunakan internet samada untuk mencari ilmu ataupun internet marketing. bukan bererti anda belajar hacking untuk membuat jahat tetapi sekurang-kurangnya anda tahu bagaimana hacking dilakukan dan pada masa akan datang anda akan tahu bagaimana hendak menjaga diri semasa online…
Bagaimanakah cara untuk menyorokkan aktiviti saya dari kerajaan, google dan hackers?
Jika menyorokkan aktiviti dari Google mungkin agak sukar kerana dalam kehidupan seharian kita menggunakan google untuk mencari maklumat. sedangkan anda menggunakan facebook data anda juga ada pada mereka. bukan hendak menakutkan anda, tetapi ia adalah kebenaran. tetapi anda tidak perlu takut kerana mereka adalah white hackers yang boleh dipercayai dan diiktiraf dunia…
Saya hanya menggunakan proxy untuk menyorokkan IP address saya. anda juga boleh menggunakan VPN ataupun apa-apa sahaja software yang menukarkan ip address anda ke ip address yang lain. tetapi anda perlu berhati-hati memilih ip address yang ada, ada kemungkinan no ip address tersebut milik hackers yang memiliki server sendiri di rumahnya. dengan menyorokkan no ip address anda mungkin 60% penggunaan internet adalah selamat. sebab, anda masih belum tentu selamat menukar ip address anda ke ip address yang lain walaupun anda yakin anda sudah memeriksa di laman web Whatismyip ataupun yang lain bahawa anda sudah berada di tempat lain kononnya.
Saya telah membuat kajian menggunakan google tentang menyorokkan no ip address saya adakah berkesan ataupun tidak. saya gunakan satu software untuk menyorokkan no ip address saya dengan menggunakan ip address dari china. untuk kepastikan saya periksa di whatismyip. tahu apakah keputusannya? memang tepat! no ip address saya telah ditukar ke china. tetapi, sebaik sahaja saya menggunakan satu teknik ini, mendapati saya masih tidak selamat kerana dengan menukarkan ip address, tempat tinggal saya dapat dikesan dengan mudah sekali walaupun saya tidak memberikan arahan secara bertulis ataupun lisan dan no ip address saya juga sudah ditukar. semenjak dari itu saya tahu bahawa saya masih boleh dikesan walaupun sudah menukar no ip address. tetapi menukar ip address ini mungkin anda masih selamat dari serangan hackers yang biasa sahaja iaitu hackers yang belajar cara mengodam dari blog ataupun video. jika yang lebih pakar anda amat mudah dikesan walaupun menukar ip address.
Jadi apakah kesimpulannya di sini,gunakan internet dengan sebaiknya, sehebat manapun anda menggunakan internet ini untuk menghina seseorang ataupun anda adalah penjenayah yang dikehendaki dan sedang menggunakan internet untuk berhubung, anda perlu tahu bahawa mereka sedang memerhatikan anda…
Sumber yang hebat datang dari sini http://younginternetmaster.blogspot.com