Dahulu saya pernah menjadi kipas-susah-mati untuk sistem operasi Linux Mint, dan saya juga pernah menulis mengenainya ketika mula-mula menggunakan ia. Dari Linux Mint Katya, kepada Lisa, Maya, dan terkini Nadia pula menyusul menyusun langkah. Macam berganti kekasih pula!
Kalau hendak katakan ‘tiada yang baru’ pada Nadia, eh, itu mustahil! Tapi dari paparan skrin berikut, User Interface atau paparan antaramuka penggunanya kelihatan saling tak tumpah dengan versi Katya, kerana ia menggunakan persekitaran desktop MATE 1.4 secara lalai:
Selain itu, beberapa pembaharuan lain yang boleh dikatakan menarik ialah seperti Software Manager, yang dijalankan secara root dari mula, oleh itu anda tidak perlu lagi menaip nama pengguna dan kata laluan anda setiap kali anda klik pada ‘Install’ untuk memasang sesuatu perisian/aplikasi.
Di bawah ini ialah paparan skrin ketika saya cuba memasang BleachBit ketika sedang boot dalam Linux Mint Nadia melalui USB:
Ya, BleachBit versi 0.9.3 berjaya dipasang:
Tak lupa juga, Linux Mint meneruskan kesinambungan mudah gunanya apabila telah sedia memasang codec, perisian-perisian berguna seperti GIMP 2.8, pemain video Totem, klien e-mel Thunderbird, pemain flash untuk laman-laman seperti Youtube, dan bermacam-macam lagi. Anda tinggal pasang dan guna sahaja.
Suka juga untuk saya nyatakan yang Linux Mint Nadia telah menyediakan beberapa set wallpaper baru yang sangat menarik perhatian mata memandang.
Tak payah cerita banyaklah ya? Kalau anda hendak tahu dengan lebih lanjut, sila ke blog rasmi Linux Mint : Linux Mint 14 “Nadia” released!
Kalau dah cuba tu jangan lupa berikan komentar anda. Komen saya? Nadia ni memang cantik. Hmmm.. macam lain je bunyinya tu..