Salam semua..
Pasang Tema Mac OS X Pada Arch Linux:
1. Terlebih dahulu, pasangkan tema:
sudo packer -S mac-os-lion-theme
2. Kemudian, pasangkan pula ikon tema serta ikon cursor:
sudo packer -S mac-os-lion-icons
sudo packer -S mac-os-lion-cursors
3. Tema ini memerlukan gtk-engine-murrine, jadi pasangkan ia:
sudo pacman -S gtk-engine-murrine
sudo packer -S gtk-engine-murrine-git
Iklan Google
4. Ok, siap sudah semua keperluan. Sekarang, klik kanan pada desktop, pilih ‘Change Desktop Background’.
5. Pergi kepada Theme – Customize… – Controls – Pilih ‘mac-os-lion-theme’.
6. Pergi pula kepada tab Window Border dan pilih ‘mac-os-lion-theme’.
7. Pergi kepada tab Icons, pilih ‘Lion By MB0SS’.
8. Diakhiri dengan tab Pointer, pilih ‘mac-os-lion-cursors’.
Siap sudah. Eh? Senang je? Yeahhh.. siapa pula yang kata susah?
Buat mereka yang teringin hendak mencuba Arch Linux, apa kata anda lihat kembali kaedah pemasangannya. Jika anda rasa pemasangan Arch Linux memeningkan kepala anda, apa kata cuba Arch Linux yang sudah ‘separa siap’ iaitu berserta dengan persekitaran dekstop seperti Manjaro Linux (XFCE), ArchBang (Openbox WM), Cinnarch (Cinnamon), Bridge Linux (XFCE, Gnome, KDE, LXDE) ataupun Chakra Linux (KDE – Plasma Desktop).
– Ok Mungkin Chakra Linux sudah mula mengorak langkah sendiri, tetapi ‘bapanya’ tetap Arch Linux.
Buat mereka yang sudah siap pemasangannya, apa kata lihat pula perkara yang perlu dilakukan selepas selesai pemasangan Arch Linux.
Oh ya, masih terlalu sedikit mereka yang menyertai Giveaway dari Aomei. Silakan komen beserta dengan e-mel kalau nak menang! Tarikh tutup dah nak dekat ni!