[Tutorial] Cara-Cara Menggunakan Patch Stardock Start8

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

   Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua cara-cara menggunakan patch untuk Stardock Start8. Pasti ada segelintir daripada anda yang telah menggunakan patch tersebut tetapi produk Start8 mereka masih lagi dalam percubaan (trial) termasuk saya. Setelah melakukan Google serba sedikit, saya mendapat caranya lalu ingin berkongsi dengan anda semua.

   Sebelum ini saudara kita iaitu Angelezo telah membuat artikel tentang “Pokki Start Button” yang merupakan perisian percuma. Saya juga telah menggunakan Pokki. Tetapi adakalanya bila saya boot up Windows 8, screen saya hitam tanpa dapat masuk ke desktop. Hendak restart PC pun susah. Mujurlah saya telah tetapkan butang “On” dan “Off” pada PC untuk fungsi shut-down. Mungkin ini bug (ralat) yang terdapat pada Pokki ini. Saya cuba pasang di PC lain pun mengalami masalah yang sama. Jadi saya beralih kepada Start8 pula.

1. Ok, kita mula dengan tujuan kita. Mula-mula sekali kita download Stardock : Start8

Iklan Google

2. Setelah pasang Start8, akan ada pilihan untuk aktifkan produk atau pilihan untuk percubaan. Tekan sahaja butang pangkah tanpa memilih mana-mana pilihan.

3. Buka tetingkap “Task Manager” dengan klik kanan pada taskbar dan pilih task manager.

4. Pilih tab “Services” dan cari Start8. Klik kanan pada Start8 dan klik “Stop”.

Iklan Google

5. Pergi pada tab “Process” pula dan “End Task” pada program Start8 dan Start8 Services.

6. Cari pula “Windows Explorer”, klik kanan padanya dan pilih “Restart”.

7. Salin fail patch yang ada dalam RAR file tadi ke dalam “C:Program FilesStardockStart8“. Sila pastikan anda nyah-aktifkan (disable) antivirus anda terlebih dahulu kerana ia akan menggangu proses patch file.

8. Jika tiada sebarang masalah, maka tiada sebarang ralat (error) yang akan keluar. Bermakna anda telah berjaya patch Start8 anda.

9. Ulangi langkah 4, klik kanan pada Start8 dan pilih “restart”. Sila restart PC anda.

Iklan Google

p/s: Jika ada sebarang error yang keluar semasa proses patch file, sila salin folder Start8 anda ke desktop terlebih dahulu, kemudian patch file tersebut, ikuti langkah  2 hingga 6, kemudian salin semula folder Start8 ke dalam program files.

Sekian, dan selamat mencuba..

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img