Pada masa kini, di mana setiap tweet atau siaran Facebook diteliti dan diperbesarkan, apa yang dilakukan oleh orang terkenal pasti akan menimbulkan spekulasi dan ‘misteri’.
Hal ini berlaku kepada Jin Fan, yang dikenali oleh industri sebagai pemimpin inovatif Xiaomi dalam pembangunan perisian, terutamanya MIUI – antara muka pengguna tersuai yang telah digunakan oleh peranti Xiaomi selama ini dan kini berkembang menjadi HyperOS.
Siapa Jin Fan?
Doktor? Majistret?
.. Apa dia? Ahli muzik?
Salah seorang individu penting di sebalik kehebatan perisian Xiaomi ialah Jin Fan, Naib Presiden Jabatan Telefon Pintar di Kumpulan Xiaomi dan ketua MIUI (kini HyperOS). Beliau menyertai Xiaomi pada tahun 2011 dan profil dirinya menaik dengan cepat, setelah memimpin beberapa modul utama dan reka bentuk ciri dalam pengoptimuman MIUI.
Menjelang tahun 2019, beliau memegang jawatan pengurus besar Jabatan Internet 1 Xiaomi dan menjadi ahli penting projek AIOT untuk merancang strategi bagi merealisasikan pengalaman pengguna pelbagai senario yang lancar.
Sumbangannya begitu besar sehingga pada tahun 2020 beliau dianugerahkan sebagai salah seorang penyumbang cemerlang sepanjang dekad yang lalu.
TETAPI..
Baru-baru ini, satu tindakan menarik perhatian di akaun Weibo Jin Fan ialah penghapusan besar-besaran semua kandunganya yang bersejarah.
Ini sesuatu yang agak dramatik, memandangkan jawatan-jawatannya seperti ‘Pengarah Produk Xiaomi’ dan ‘Pengurus Pengalaman MIUI (MIUI Experience)’ tidak kelihatan pula seperti mengalami nasib yang sama.
Ramai peminat teknologi dan pengkritik Xiaomi telah mula membuat spekulasi mengenai perkembangan ini.
Mengapa seseorang yang penting dalam strategi awam dan produk Xiaomi menghapuskan jejak digitalnya?
Sesetengah pihak mengandaikan ia mungkin petanda kepada perubahan strategik atau pengumuman produk baharu, manakala yang lain tertanya-tanya jika ia mungkin keputusan peribadi untuk memulakan semula profil dirinya di media sosial.
Menurut laman Smartphone Magazine, eksekutif Xiaomi itu akan kekal menerajui HyperOS. Pengurus PR Xiaomi, Wang Hua, menggunakan media sosial untuk menepis khabar angin itu – meyakinkan pengikut bahawa Jin Fan hanya berehat.
Oleh itu, dengan Jin Fan mengekalkan kehadirannya dalam struktur organisasi Xiaomi, kepimpinan berterusannya akan terus membentuk masa depan HyperOS dan menyumbang kepada trajektori pertumbuhan syarikat.