Reviu Permainan Metro: Last Light

Renung sejenak apa kaitan Metro dengan kemalangan kapal terbang, satu babak dramatik yang pernah anda tonton dalam filem? Mungkin ada kisah tersendiri di sebalik insiden yang berlaku seperti ini.

Jika anda yang menghempaskan pesawat itu, sudah tentu banyak cerita mengenai anda atau dalam erti kata lain, anda menjadi main point dalam sesebuah keratan tulisan. Namun, tragedi pesawat malang dalam Last Light sekadar kisah sedih, sedangkan perubahan cahaya dan cuacanya lebih dramatik berbanding senario jet penumpang yang jatuh dari langit.

Iklan Google

Aksi Tembak Menembak

Seperti tajuk sebelum ini, Last Light bertemakan kemurungan kecil yang tiada paksaan malah bukan juga mengenai kemusnahan dan cinta. Jika dalam permainan video Fallout dasarnya adalah fantasi pencarian dan pembinaan watak, inventori permainan yang rumit, selain sarat dengan dialog antara watak. Berbeza keadaan sekeliling dalam Last Light, tampil suasana muram akibat kemusnahan serta kesedihan.

Iklan Google

Biarpun permainan ini menampilkan sedikit aksi tembak menembak yang hampir sama dengan Call Of Duty dari segi senjata api namun memberi anda lebih keseronokan dengan tampilan gaya suara unik.

Penuh Dengan Babak Mencabar


Haa kebiasaannya, pengemar permainan video akan menghayati bahagian ini kerana setengah peratus keseronokan sesebuah permainan bergantung pada bahagian ini.

Aksi tembak menembak yang gempak katakoo pasti diharapkan dalam keluaran terbaru ini. Apabila bermain pada tahap kesusahan biasa (Normal/Regular) tentunya berbeza dengan bermain di tahap yang lebih sukar kerana anda perlu lebih berani, membuat pilihan yang lebih sukar mengenai peluru dan naik taraf senjata serta memilih taktik yang bijak. Ini adalah permainan yang boleh mencabar seperti yang diinginkan dan anda perlu membayar untuk memuat turun mod renjer yang lebih hebat.

Enjin permainan ini agak memuaskan untuk menghidangkan kadar paparan grafik di tahap yang lebih baik selain agak pantas. Malah paparan grafiknya boleh menampilkan perincian yang tinggi juga. Jika anda hanya melihat komponen sampingannya, tajuk ini ada beberapa persamaan. Apa-apa pun, permainan ini mampu membuat anda terpesona dengan kepermainan senjata dan ciri grafik.

Suasana yang menarik serta menakutkan. Jalan cerita yang menyentuh perasaan. Kadar kelajuan permainan yang menarik sebelum aksi meningkat. Banyak pilihan senjata yang berkuasa. 

Skrin Layar
http://imagexsotic.com/wp-content/uploads/2013/05/Game-Metro-Last-Light-HD-Wallpaper.jpg
Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img