Assalamualaikum buat pembaca OMG! Hackers? sekalian. Rasanya cukup lama selepas kali terakhir menulis disini.
Kini saya kembali lagi untuk berkongsi dengan anda semua, bagaimana untuk menonton siaran televisyen dari pelbagai negara. Tanpa membuang masa, kita terus kepada langkah-langkah yang sepatutnya.
Tutorial kali ini sangat asas, sekadar untuk pembaca semua belajar bagaimana untuk applikasi IPTV berfungsi.
Antara item yang diperlukan adalah seperti berikut :
1. Aplikasi IPTV
Aplikasi yang saya akan gunakan tentu saja IPTV yang dicipta oleh Alexander Sofronov ini kerana senang untuk dioperasikan dan didatangkan dengan dua versi; percuma dan PRO (RM8.19)
2. Fail m3u atau anda juga boleh menggunakan pautan (http / udp dan sebagainya)
Semua item dah ada? Apa tunggu lagi? Ayuh kita mulakan.
Muat turun applikasi yang diperlukan dan buka applikasi tersebut (saya menggunakan IPTV Pro)
Setelah selesai, anda diberi pilihan sama ada memasukkan URL atau memuat naik fail m3u. Pada langkah ini, saya memilih memasukkan URL.
URL yang saya akan gunakan adalah <http://bbts.thewiz.info/PVR/bbtspvr.m3u>. Kemudian tekan butang OK.
NB:Anda juga boleh memuat turun fail m3u dengan menekan URL yang disediakan.
Tunggu beberapa saat untuk penyambungan, dan selesai.
NB: Bukan semua channel dapat diakses. Ada pautan yang akan mati dan diganti dengan pautan yang baru. Sekian terima kasih. Oh, dan jangan lupa pastikan sambungan internet anda berkelajuan sekurang-kurangnya 2MB/s untuk menikmati streaming tanpa buffering.
Selamat menonton!
Saya yang gembira membantu,
MiM Jawi. Signing Out.
Iklan Google