Iklan Newspaper Top

KUALA LUMPUR, 7 Februari 2024 – HONOR Malaysia telah memuat naik surat kedua kepada Samsung di Facebook semalam, mengusik telefon pintar jenama Korea Selatan itu dengan ucapan ‘cas semula diri anda tetapi jangan terlalu kerap’. Surat dari Siri HONOR Magic6 ini dikongsi menjelang pelancaran flagship baharu tersebut di Kongres Mudah Alih (MWC) 2024 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada 25 Februari ini.

Siri HONOR Magic6 didatangi dengan beberapa teknologi canggih dan antara ciri baharu hebat peranti ini adalah inovasi bateri karbon silikon yang turut digunakan dalam kenderaan elektrik Tesla. HONOR Magic6 Pro hadir dengan bateri karbon silikon generasi kedua 5600mAh, kapasiti yang cukup besar untuk bertahan sepanjang hari selain menyokong pengecasan pantas 88W. Malah, bateri ini mampu menahan persekitaran suhu yang rendah. Buat masa ini, HONOR Magic6 Pro satu-satunya telefon pintar flagship dari jenama aliran utama di pasaran dengan kapasiti bateri melebihi 5500mAh.

Ujian bateri melampau di suhu -20°C – Cip Dipertingkat Kuasa HONOR E1

Bateri karbon silikon generasi kedua ini disertakan dengan cipset baharu Cip Dipertingkat Kuasa HONOR E1 untuk mengoptimumkan kecekapan pengecasan dan memastikan bateri bertahan lama walaupun dalam keadaan cuaca melampau termasuk suhu serendah -20 °C.

Iklan Newspaper Inline
Iklan Google

 Gambar: HONOR

Bagi menjamin keselamatan dan ketahanan bateri, HONOR telah menjalankan beberapa siri ujian menyeluruh terhadap bateri karbon silikon generasi kedua tersebut. Salah satu ujian adalah melepaskan HONOR Magic6 Pro ke angkasa untuk menguji keupayaan bateri menahan pelbagai keadaan iklim. Ujian tersebut telah dirakam dan dimuatnaik di saluran YouTube HONOR. Video berjudul ‘Discover the Galaxy by Magic’ itu memaparkan HONOR Magic6 Pro yang dicas penuh terbang tinggi di atmosfera sebelum memasuki ke angkasa.  Selepas tiga jam terdedah dengan suhu melampau di altitud tinggi, peranti itu berjaya kembali ke bumi dan baki bateri masih banyak iaitu 86%.

Gambar: PhoneBuff

Penggiat YouTube terkenal PhoneBuff turut menjalankan ujian bateri ekstrem terhadap HONOR Magic6 Pro dengan menyimpan peranti tersebut di dalam sebuah peti sejuk beku pada suhu -20 °C. Selepas 13 jam main balik video, prestasi peranti itu masih kukuh dan ini membuktikan bateri karbon silikon generasi kedua mampu menahan suhu yang sangat rendah berbanding jenis ion litium biasa.

Iklan Google

Bateri karbon silikon generasi kedua yang dibangunkan HONOR telah menerima pensijilan ternama dari UKCA, CE, GB Standards, CNAS dan UN38.3, sekaligus memenuhi piawaian industri yang ketat.

HONOR Magic6 Pro menyokong pengecasan pantas 80W, naik taraf daripada generasi sebelumnya yang menggunakan 66W. Pengecasan sangat pantas ini menjimatkan masa pengguna tanpa perlu menunggu lama untuk bateri peranti mereka penuh.

Dalam perkembangan lain, strim langsung pelancaran global Siri HONOR Magic6 dan Magic V2 RSR boleh disaksikan di laman web HONOR pada 25 Febuari, jam 9 malam.

Strim langsung pelancaran global Siri HONOR Magic6 dan Magic V2 RSR: https://www.hihonor.com/my/events/honor-mwc/

Iklan Google

Video YouTube Ujian Bateri HONOR Magic6 Pro:  https://www.youtube.com/watch?v=aPK7YNVTet0

Video YouTube PhoneBuff, Ujian Bateri Ekstrem HONOR Magic6 Pro: https://www.youtube.com/watch?v=F1kLEGyo3X0

Tanda pagar untuk siaran media sosial: #DiscoverTheMagic #HONORMagic6 #HONORMWC2024 #MWC24

Iklan Google
Iklan Bottom

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini