Iklan Newspaper Top

Kuala Lumpur, Malaysia, September 27, 2023 – realme, jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang di dunia, hari ini memperkenalkan realme C51. Menepati janji realme tentang ‘No Leap No Launch’, realme C51, kesinambungan siri realme Champion, bertujuan untuk mentakrifkan semula pasaran peringkat-permulaan dengan menawarkan peningkatan ciri dalam empat perkara yang di luar jangkaan pengguna. 

Digelar peranti hebat peringkat permulaan, realme C51 memfokuskan pada perkara yang paling penting kepada pengguna. Storan besarnya sehingga 128GB ROM memberikan pengguna lebih banyak ruang untuk menyimpan aplikasi kegemaran mereka, imej dan banyak lagi. Ia juga menyokong penambahan storan luaran sehingga 2TB. RAM Dinamik 8GB-nya, yang dijayakan dengan teknologi Pengembangan RAM Dinamik, memberikan pengalaman pengguna yang lancar. 

Di bahagian belakangnya, realme C51 memuatkan kamera utama 50MP yang menampilkan apertur f/1.8, membolehkan pengguna merakam detik yang berharga dengan kualiti definisi tinggi dan butiran jelas walaupun pada peringkat-permulaan. Bahagian hadapan menempatkan kamera swafoto 5MP sesuai untuk mengekspresikan diri. Selain itu, Mod Malam terbina di dalam dan penapisnya memberikan pengguna pengalaman yang serba boleh.

Iklan Newspaper Inline

Menjuarai Era Pengecasan Pantas

Iklan Google

Telefon pintar yang padat nilai ini menyokong pengecasan SUPERVOOC 33W, memerlukan 28 minit sahaja untuk mengecas daripada 0% hingga 50%. Berbanding dengan pendahulunya, C51, dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, telah ditingkatkan kelajuan pengecasannya sebanyak 100%. realme C51 juga datang dengan sistem perlindungan lima-teras pintar untuk membantu melindungi hayat bateri. 

Tersedia dalam warna Mint Green dan Carbon Black, realme C51 menawarkan pengalaman genggaman yang selesa dengan bezel sudut kanan dan badan ultra-nipis seberat 7.99mm. Ia dibina untuk menjadi penarik perhatian dengan reka bentuk Gemerlapan Bergaya, yang meraikan gabungan dinamik antara dua tekstur. Panel belakang atasnya dibuat dengan proses Stylish Glittering, yang pertama seumpamanya dalam kelas telefon pintar peringkat permulaan, mempersembahkan pancaran cahaya terang menyinar di bawah cahaya. Panel bawah mempunyai tekstur matte yang menghalang kesan cap jari. Melalui pertembungan dua tekstur unik, realme C51 meneroka bahasa reka bentuk yang elegan dan muda belia. 

Iklan Google

C51 menawarkan pengalaman menonton yang mengasyikkan dan selesa melalui paparan skrin 6.74-inci 90Hz dengan kecerahan puncak 560 nits. Pengguna juga boleh merasai sendiri Mini Kapsul Android yang pertama pada C51, yang membantu pengguna mengetahui status bateri telefon, penggunaan data dan langkah dikira dengan mudah. 

Enam Standard Jaminan Kualiti, Dibina untuk Tahan Lama

Dengan enam jaminan kualiti standard, realme C51 dibina untuk bertahan lama. Daripada hayat bateri dan kualiti hentakan serta hayat struktur, ia telah menjalani lebih 320 ujian ketat untuk membuktikan ketahanannya. Selain itu, C51 didatangkan dengan pembesar suara UltraBoom untuk tahap bunyi 150%, pengimbas cap jari sisi pantas dan NFC pelbagai fungsi. 

Cabutan Bertuah Menarik Menanti di Kedai Jenama 3.0 Dinaik Taraf di Paradigm Mall

realme Malaysia juga bersedia untuk mengalu-alukan Kedai Jenama 3.0-nya yang dinaik taraf di Paradigm Mall, Petaling Jaya pada 30 September 2023. Sempena pembukaan besar itu, realme menganjurkan promosi sehari dengan cenderahati eksklusif dan tawaran jualan kilat. Pelanggan juga berpeluang membawa pulang hadiah cabutan bertuah yang menarik bernilai sehingga RM6,000.

Telefon pintar serba baharu itu dijual pada harga RM549. Bagaimanapun, sempena penghujung bulan ini, realme Malaysia memberikan Pay Day Limited Offer dari 27 September hingga 8 Oktober 2023, di mana rakyat Malaysia boleh membawa pulang realme C51 dengan harga RM529.

Iklan Google

Semak ketersediaan di sini: 

Produk Warna Harga Runcit Platform Jualan Tempoh Promosi Faedah Eksklusif
realme C51 Mint Green, Carbon Black RM549 Kedai rasmi Lazada, Shopee dan TikTok 27 September – 8 Oktober Dapat C51 dengan harga RM529 dengan PayDay Limited Offer
realme Brand Stores dan stor yang dibenarkan 28 September – 8 Oktober
realme Buds T300 Stylish Black, Youth White RM199 realme Brand Stores dan stor yang dibenarkan; Kedai rasmi Lazada, Shopee dan TikTok N/A N/A

 

Iklan Google
Iklan Bottom

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini