Walaubagaimanapun, kita kena ambil tahu juga, kalau tak mendalam sekalipun, kena tahu sedikit agar dapat menjaga privasi dari dicerobohi oleh pembuli-pembuli siber yang kurang akalnya itu.
Apa Itu DNSCrypt?
DNSCrypt bukanlah termasuk dalam golongan adik-beradik dengan Durian Crepe. Lain wei.
Dari laman rasmi projek ini, ia diterangkan sebagai:
DNSCrypt is a protocol that authenticates communications between a DNS client and a DNS resolver. It prevents DNS spoofing. It uses cryptographic signatures to verify that responses originate from the chosen DNS resolver and haven’t been tampered with.
Iklan Google
Harus diingatkan, DNSCrypt bukan satu penyelesaian yang sama seperti VPN. Ia hanya mengesahkan laluan trafik DNS sahaja dan tidak pula dapat mencegah kebocoran DNS. Jadi langkah berjaga-jaga tambahan dari anda sendiri adalah perlu dan disarankan untuk menggunakan OpenVPN sebagai perlindungan dari anasir-anasir tidak bagus (penggodam dan lain-lain adik-beradik mereka itulah).
Bagaimana Cara Menggunakan DNSCrypt?
Untuk Linux khususnya Ubuntu saya perlukan artikel berasingan kerana ianya agak panjang juga. Jadi kita mulakan dengan Windows. Dalam tutorial ini saya gunakan Windows 10 sebagai contoh.
Pertama sekali muat turun Net Framework 3.5 dan pasangkan ia.
Muat turun Net Framework 3.5 di sini : Microsoft .NET Framework 3.5
Kalau inginkan pemasang versi offline, ia ada di sini : Microsoft .NET Framework 3.5 Service pack 1 (Full Package)
Kemudian, muat turun pula fail-fail di bawah.
Pautan Muat Turun:
Muat turun seperti yang telah dimerahkan. Pada ketika artikel ini ditulis versi terkini ialah 1.6.0.
Kalau anda kurang berkeyakinan untuk menggunakan baris perintah maka bolehlah muat turun fail klien dalam bentuk GUI melalui pautan berikut:
Windows client for managing the DNSCrypt Proxy
Klik pada ‘Download ZIP‘.
Optional:
Ini adalah versi lain klien GUI untuk DNSCrypt. Anda boleh cuba gunakan ia sebagai alternatif. Saya tak suka yang ini sebab walaupun nampak lebih ‘cool’ tapi pada laptop saya ia tidak berkesan. Entah apa la ‘settings’ yang saya usik, DNS masih bocor. Betul DNSCrypt tidak mencegah kebocoran DNS tetapi sekurang-kurangnya ia tidak perlulah menjadi penyebab pula. Ahahaha!
Ok lah pautan muat turun adalah seperti di bawah:
SIMON CLAUSEN DNSCRYPT WINDOWS SERVICE MANAGER
Langkah Seterusnya:
Ekstrak dua fail yang telah anda muat turun di atas dan anda akan dapat dua folder iaitu
dnscrypt-proxy-win32 dan dnscrypt-winclient-master.
Buka folder dnscrypt-proxy-win32, salin kesemua fail di dalamnya.
Kemudian buka pula folder dnscrypt-winclient-master > binaries > Release, dan tampal (paste) fail-fail tersebut di sini.
Jalankan klien iaitu fail yang bernama dnscrypt-winclient (extension .exe). Berikut adalah paparan antaramuka klien DNSCrypt:
Ia akan memaparkan peranti rangkaian yang berhubung dengan peranti anda. Di sini anda boleh tandakan pada mana-mana peranti rangkaian yang anda rasa mahu digunakan bersama DNSCrypt.
Kemudian, klik pada tab ‘Config‘. Di sini pula anda boleh memilih penyedia DNS yang anda minati. Saya pilih ‘Cisco OpenDNS‘ kerana ianya sudah ‘established’ dan dikenali di serata dunia. Seterusnya tekan butang ‘Install’ dan butang ‘Start’ akan berfungsi secara automatik lalu bertukar kepada ‘Stop’. Anda sudah boleh klik butang pangkah, kerana klien ini akan berfungsi di balik tabir sistem operasi.
Anda boleh periksa sama ada ia benar-benar berfungsi atau tidak dengan membuka laman DNS Leak Test (sebagai contoh).
Pada peringkat permulaan sebelum godek-godek, ini yang saya dapat:
Ia memaparkan data IP servis VPN yang sedang saya gunakan. Kemudian, setelah ‘centang itu centang ini’, ini pula hasilnya:
Ok lah. Saya berharap anda seronok dan gembira (ehhh, bukan sama ke seronok dan gembira tu?) dengan tutorial kali ini. Silakan mencuba kepada sesiapa yang berminat. Semoga entri ini dapat membuka mata anda tentang privasi.
Pautan Rujukan:
Using the DNSCrypt client on Windows
Anda juga boleh membaca panduan untuk mencegah kebocoran DNS di sini: What Is A DNS Leak
And How To Fix It