Bekas Pekerja Mendakwa Aplikasi Facebook Secara Sengaja Boleh Mengurangi Bateri Telefon Anda

Jika anda pernah perasan bateri peranti cepat habis semasa menggunakan aplikasi Facebook atau Messenger pada telefon anda, ini mungkin bukanlah satu kebetulan.

Menurut bekas saintis data Meta, syarikat itu mempunyai keupayaan untuk mengurangi bateri Android dan iPhone pengguna secara rahsia sebagai sebahagian daripada ujian aplikasi dalamannya.

Dalam temu bual dengan The New York Post, George Hayward mendakwa dia dipecat November lalu kerana enggan mengambil bahagian dalam ‘ujian negatif’ semasa sedang menguji aplikasi Messenger.

Iklan Google

Menurut QASource, ujian negatif membolehkan pembangun membandingkan output yang dijangkakan dengan output yang salah, dengan mendedahkan cara aplikasi bertindak balas kepada data yang tidak sah.

Iklan Google

Dalam kes Facebook, ujian negatif boleh digunakan untuk melihat cara ciri tertentu berfungsi atau seberapa cepat mesej dapat dimuatkan apabila bateri habis lebih cepat daripada yang dijangka.

Hayward yang memfailkan saman – tetapi kemudian menarik balik kerana keperluan timbang tara, berkata amalan itu boleh membahayakan seseorang dengan menghabiskan bateri mereka tanpa amaran. Hayward tidak menyatakan berapa ramai pengguna yang mungkin telah terjejas oleh ujian negatif tersebut.

Dia mendakwa dipecat selepas tiga tahun dengan syarikat itu kerana enggan mengambil bahagian dalam ujian yang dijalankan. Aplikasi Facebook dan Messenger telah lama dikatakan sebagai penyebab kehabisan bateri peranti. Adakalanya ia menghabiskan bateri lebih cepat daripada permainan seperti PUBG Mobile.

Rujukan:

https://nypost.com/2023/01/28/facebook-fires-worker-who-refused-to-do-negative-testing-awsuit/

https://blog.qasource.com/a-complete-guide-to-negative-testing-in-software-testing

Iklan Google

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img