McDonald’s telah menutup operasinya di Rusia baru-baru ini seiring dengan protes terhadap tindakan Rusia dalam menceroboh Ukrain. Ini menimbulkan perasaan marah dan kecewa para penggemar makanan segera itu di Rusia.
McDonald mempunyai kira-kira 850 cawangan di Rusia dan telah berada di negara tersebut selama lebih 30 tahun. Dalam langkah penutupan berkenaan, McDonald’s tidak pula menyatakan ia adalah langkah kekal. McDonald’s juga berazam untuk terus membayar gaji pekerja mereka di Rusia.
Parlimen Rusia beberapa hari yang lalu telah cuba untuk menggubal undang-undang hak cipta supaya kerajaan boleh mengambil alih perusahaan yang dilihat cuba untuk mengganggu gugat ekonomi dan keamanan negara mereka.
Namun begitu, nampaknya parlimen Rusia berpendapat penjenamaan semula adalah lebih baik daripada terus “merampas” perusahaan terlibat. Mungkin juga parlimen Rusia menimbang tara untuk meminimakan impak undang-undang hakcipta antarabangsa sekiranya mereka kembali diterima oleh ekonomi dunia kelak.
McDonald’s versi Rusia itu dilihat cuma mengubah sedikit logo daripada logo asal. Simbol seperti huruf B itu sebenarnya huruf dengan bunyi seperti huruf V dalam abjad Cyrillic yang digunakan Rusia.
Unce Vanya berjanji, segala resipi dan proses operasi akan mengekalkan sehingga 90% sama dengan McDonald’s. Perbezaannya, sumber bahan mentah kini akan disumberkan daripada sumber tempatan.
Masih tiada lagi perkongsian dan berita rasmi tentang Uncle Vanya, McDonald’s Rusia ini. Tak sabar juga melihat perkongsian daripada warga Rusia yang berkunjung ke Uncle Vanya kelak.