Bitdefender: Antivirus Terbaik Masa Kini, Alternatif Kaspersky

“Bam, antivirus apa nak guna sekarang ni? Nak pakai Kaspersky, takut pulak rasa. Maklum la, produk dari Rusia. Kot si Putin arahkan ‘nuke’ komputer kita, tak ke naya tu?”

Nuke? Tak mungkinlah sampai begitu sekali. Tapi itulah, zaman sekarang ni kita dah tak boleh nak jangka apa yang boleh atau bakal berlaku.

Kaspersky juga kini sedang disiasat sebuah badan pemerhati data Itali kerana didakwa melancarkan serangan siber:

Syarikat Perisian Antivirus Kaspersky Dalam Penyiasatan Itali

Iklan Google

Antivirus apa nak guna? Pada abam, kalau dalam keadaan tak beberapa nak ada modal, pakai saja Windows Security dulu, iaitu antivirus terbina dalaman Windows. Paling penting berhati-hati sewaktu mengklik sesuatu, dan gunakan ‘common sense’ sebaiknya.

Tapi kalau ada modal, abam cadangkan pakailah Bitdefender. Abam sendiri dah gunakan Bitdefender selama beberapa tahun, dan boleh dikatakan amat berpuas hati dengan perkhidmatannya.

Bitdefender Antivirus

Jika nak diikutkan, prestasi, kualiti pengesanan, dan ciri ditawarkan hampir menyamai Kaspersky. Anda boleh tonton pelbagai video ulasan di YouTube. Antara ujian terbaik boleh ditonton ialah pada The PC Security Channel:

(Ini ujian tahun lepas. Pastinya, kedua antivirus sudah semakin bertambah baik.)

Seperti yang abam pesan sebelum ini, sekarang ialah zaman ransomware, dan pelbagai lagi jenis ancaman dalam web. Terkadang meskipun kita sudah gunakan ‘common sense’ dengan sebaiknya, terdapat berbagai serangan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, seperti serangan Browser In The Browser:

Browser In The Browser Attack

Disebabkan itu, pemasangan antivirus boleh dikatakan amat penting dalam mengawasi sudut dan ruang yang tidak dapat dikesan oleh mata kita, ataupun sebarang kecuaian yang tidak disengajakan.

Setelah melanggan menggunakan emel anda sendiri, anda akan mempunyai satu akaun. Akaun Bitdefender boleh diuruskan di pautan Bitdefender Central:

Iklan Google
Iklan Google

Bitdefender Central

Dashboard laman akan menunjukkan tempoh langganan, dan ia juga menyediakan fail pemasang (installer) yang dipaut pada langganan. Jika anda format komputer/laptop, anda boleh gunakan semula Bitdefender tanpa perlu membeli langganan baharu, dengan memuat turun fail pemasang dalam Bitdefender Central ini.

Bitdefender mempunyai kedai sendiri dalam Shopee. Anda bolehlah melanggan akaun di:

Bitdefender Malaysia [Official]

Iklan Google

Kalau setakat nak pasang pada satu komputer selama setahun, abam boleh syorkan akaun ini, RM28 sahaja:

BitDefender Internet Security – 1 Device – 1 Year

Selamat mencuba.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img