Semalam, Chris Campbell dari tim Adobe Flash Player dan Adobe AIR development mengumumkan bahawa sokongan terhadap sistem operasi Linux bagi pemain flash akan kembali.
Setelah 4 tahun mengabaikan dan meninggalkan Linux, terkini versi beta bagi pemain flash dilepaskan.
Jika anda menggunakan pelayar web berasaskan Chromium seperti Google Chrome, anda pasti tidak akan pernah terfikir lagi tentang pemain flash kerana ia didatangkan dengan versi terbaru secara terbina dalaman.
Namun buat pengguna tegar pelayar web lain seperti Firefox, berita ini mungkin sedikit melegakan meskipun pada saya, pemain flash adalah sesuatu yang sudah ketinggalan zaman di era HTML5 ini.
Apapun, jika anda tetap mahu menggunakan versi terbaru (beta) ini, silakan muat turun ia bagi sistem operasi yang anda gunakan.