13 Aplikasi Alternatif Kepada Kodi: Jom Layan Movie Online

Setelah kita puas berkenalan dengan aplikasi Kodi, pasti ada yang tertanya-tanya, “Takkan Kodi je yang ada?”. Ya, ada beberapa lagi aplikasi lain yang berbaloi untuk dicuba sekiranya anda memang ‘kaki streaming’.

Jom kita berkenalan pula dengan aplikasi-aplikasi lain yang boleh digunakan untuk strim kandungan media seperti video dan audio secara percuma ataupun berbayar. Dengan aplikasi-aplikasi ini, saya yakin Android Box anda akan lebih ‘meriah’, pelbagai pilihan video boleh distrim sampailah anda berjaya ‘muntah hijau’.

Sebenarnya aplikasi alternatif ada banyak. Cuma dalam artikel ini saya senaraikan yang benar-benar ‘legit’ dan masih dalam pembangunan, bukan yang ditinggalkan oleh pembangunnya. Kalau ada pun mungkin Showbox sahaja (tak pasti sama ada ia masih aktif dibangunkan atau sebaliknya).


Senarai Aplikasi Alternatif Kepada Kodi

1. Showbox

Iklan Google

Showbox ni boleh dikatakan antara aplikasi paling popular sebagai alternatif kepada Kodi. Ramai yang dah sedia tahu pun mengenainya, tetapi saya senaraikan juga sebagai info kepada mereka yang masih belum tahu. Asalkan ada sambungan internet tanpa had data, Showbox boleh buat anda leka dengan senarai pilihan filem-filem yang ada.

Muat turun : Showbox apk

2. Megabox HD

Sesuai dengan namanya, Megabox HD membolehkan pengguna untuk strim dari senarai drama bersiri dan filem-filem terbaru yang dikemaskini setiap hari. Pengguna juga boleh memuat turun video-video tersebut.

 

Muat turun Megabox HD di sini : Megabox HD

3. Cinema Box

Anda boleh baca perincian reviu Cinema Box di sini : Cinema Box

4. Movie Box

Iklan Google

Aplikasi ini juga adalah lebih kurang sama dengan Showbox, Megabox HD, dan Cinema Box. Paparan antaramuka sahaja yang sedikit berbeza, dengan ‘hamburger’ menu di sebelah kiri. Ianya serasi dengan sistem operasi Android dan iOS. Tak perlu kepada sebarang pendaftaran, cuma perlu muat turun, pasang dan jalankan ia.

Muat turun : Movie Box

5. PlayBox HD

Aplikasi seterusnya ialah PlayBox HD. Ianya bukan dari senarai aplikasi kegemaran saya, kerana sumbernya agak meragukan, dari segi siapa pembangunnya, dan adakah ianya masih lagi dibangunkan terus-menerus, dua perkara ini membuatkan saya tidak beberapa gemar untuk memasangnya. Namun jika aplikasi yang lain ‘gagal’, mungkin ia adalah pilihan terakhir yang ‘terbaik’. Maklum lah, percuma.

Iklan Google

Muat turun : PlayBox HD

6. Popcorn Time (Time4Popcorn)

Baca reviu Popcorn Time (for Android) di sini : Popcorn Time (Time4Popcorn)

Popcorn Time juga ada versi untuk PC.

Iklan Google

Pautan di artikel reviu tersebut sudah pun tidak lagi aktif. Ini adalah sumber muat turun yang baharu:

Muat turun : Time4Popcorn

7. iflix

iflix pernah digelarkan sebagai ‘Netflix Malaysia. Ia menawarkan pelbagai senarai dari katalog-katalog drama bersiri, dan juga filem-filem. Boleh dilanggan semurah RM10 sebulan, iflix menjadi pilihan nombor 1 setelah habis langganan percubaan Netflix. Hehe.

Baca reviu iflix di sini : iflix

8. Netflix

Baca reviu Netflix di sini : Neflix

Tips dan trik Netflix.

9. Cartoon HD

Maaf, aplikasi ini juga saya tidak dapat pastikan sumber asalnya. Laman yang mengehoskan fail apk bagi aplikasi ini bukan sumber asli, bererti ia bukan dari pembangunnya yang asal. Tetapi tidak mengapa, selagi ianya dikemaskini (mungkin), selagi ia ada di situ untuk dimuat turun dengan percuma, kita gunakan sahaja. Kalau anda ragu, anda boleh imbas ia dengan mana-mana antivirus (kalau mahu).

Muat turun : Cartoon HD

10. BoxTV

Baru sebentar tadi saya mencuba aplikasi BoxTV ini. Tak sangka juga ia ada dalam Google Play Store, kerana kalau Kodi itu mungkin juga agak sukar untuk dinyahaktifkan oleh pihak Google atas dasar melanggar akta hak cipta, kerana di ‘dalamnya’ bukan hanya ada sekadar filem cetak rompak. Ia ‘ada belaka’. Tetapi BoxTV ini, haih. Anda tengoklah sendiri. Ahahah.

Muat turun : BoxTV

11. Popcorn Time (Projek Asal)

Ya, mohon jangan tanya banyak. Hahahah. Saya pun pening mana satu sebenarnya projek asal, tetapi kalau mengikut kepada Andrew dari WebUpd8, Popcorn Time adalah projek asal dan Time4Popcorn adalah versi ‘fork’ kepadanya. Em, lantaklah situ.

Muat turun : Popcorn Time

12. Terrarium TV

Ahah! Ini satu-satunya aplikasi yang pada saya agak kemas, meskipun ada iklan terpapar, tetapi ia ‘ringan’ dan tidak membebankan pemproses telefon pintar anda. Pautan yang diberikan juga dinamakan dengan kemas (saya suka sangat apa yang mereka lakukan ini! Heheh), dan terdapat pilihan dari 1080p hinggalah kepada versi ‘biasa’.

Muat turun : Terrarium TV

Iklan Google

13. Movie HD

Aplikasi terakhir ini juga adalah alternatif terakhir jika kesemua aplikasi-aplikasi lain yang di atas tidak lagi dibangunkan, gagal, tidak berkesan, atau apa juga ralat yang mungkin akan timbul nanti. Saya memang kurang gemar dengan aplikasi yang tidak jelas sumbernya, namun sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik ia dimasukkan ke dalam senarai kerana tidak mustahil suatu hari nanti pembangun asalnya akan mengambil alih kembali.

Muat turun : Movie HD

Sebutan Terhormat (Honorable Mention)

Mobdro, merupakan aplikasi yang membolehkan anda untuk strim pelbagai saluran televisyen di seluruh dunia. Dari berita, hinggalah kepada Video-On-Demand (VOD), anda boleh pilih dan tonton terus tanpa perlu mendaftar.

Baca reviu Mobdro di sini : Mobdro

Selesai sudah senarai 13 aplikasi alternatif kepada Kodi ini. Jika anda suka artikel seperti ini ditulis lagi pada waktu akan datang, jangan segan silu untuk menekan butang ‘share’ di bawah ini ya.

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

2 KOMEN

Ruangan komen telah ditutup.

spot_imgspot_img