Kita semua sudah sedia maklum bahawa dua laman carian terbesar torrent iaitu KickAss Torrents dan Torrentz.eu sudah pun ditutup. Kickass ditutup selepas pengasasnya ditangkap oleh pihak berkuasa, manakala Torrentz.eu pula mengambil langkah yang sama lebih kurang sebulan selepas itu.
Ini bererti sudah lengkap 3 laman carian torrent ditutup berturut-turut, bermula bulan Julai, Ogos, dan kini September. Ianya berlaku sebaik sahaja Artem Vaulin ditangkap, dan ini memberitahu bahawa keadaan yang berlaku bukan secara kebetulan sahaja.
Namun menurut pengasas TorrentHound melalui TorrentFreak, laman tersebut ditutup disebabkan oleh kurangnya trafik, kurang pendapatan, dan perlu membayar komitmen kepada bil-bil yang mendatang. Juga seringkali diburu oleh ejen-ejen anti-lanun, menyebabkan mereka mengambil langkah drastik itu.