Pengguna internet memang tak akan pernah puas. Semua perkara ingin dicuba. Setakat muat turun video di YouTube, dari cara paling ringkas dengan menggunakan ‘khidmat’ dari laman web seperti ‘Save From Net’, dan hinggalah kepada menggunakan IDM, tidak ada apa lagi yang tertinggal.
Netflix ada peminatnya yang tersendiri. Termasuk saya, yang sememangnya meminati pelbagai siri ekslusif di Netflix, terkadang ingin juga hendak muat turun.
Kalau bukan atas sebab hendak menonton, dapat muat turun sekadar untuk ‘kepuasan’ muat turun itu pun sudah cukup. Begitulah ‘peliknya’ kemahuan pengguna internet di waktu ini.
Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlukan satu akaun Netflix (berbayar) yang sah. Kemudian, pasangkan aplikasi ini, dan log masuk menggunakan akaun tersebut.
Paparan aplikasi setelah siap dipasang
Log masuk ke akaun anda
Demo muat turun video menggunakan aplikasi
Buat sementara waktu ini, hanya terdapat satu sahaja kekurangannya iaitu kualiti video yang dimuat turun adalah sederhana sahaja. Namun pembangun aplikasi ini berkata kualitinya akan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.
Selain muat turun secara terus, aplikasi ini juga memberikan pilihan untuk menukar format video untuk disesuaikan dengan beberapa platform.
Jika anda berminat hendak menggunakannya, sila ke laman rasmi DVDVideoSoft: Free Netflix Downloader
Kalau nak muat turun dari iflix ada tak cara dia? Kalau ada mohon share ?
Buat masa ni takde. Hehe.