Kalau anda masih lagi tidak mengenali ‘perangai’ saya, anda patut tahu bahawa ketika saya mula-mula mengenali dunia IT adalah disebabkan ‘ketaksuban’ saya kepada ‘bypass’.
Ceritanya, disebabkan saya tidak beberapa suka dengan konsep pemantauan dari ISP terhadap aktiviti internet (1) dan sekatan terhadap laman-laman yang tidak sepatutnya (2), juga sekatan terhadap kelajuan internet (3), maka saya mula menjadi ‘kaki bypass’.
Apa juga perkara berkaitan dengannya dari TOR (sistem proksi TOR), SSH Tunneling, proksi, hinggalah kepada VPN menjadi agenda setiap hari.
Dipendekkan cerita, itulah juga antara sebab mengapa blog ini dibuka. Untuk berkongsi apa juga info berkaitan dengan IT, tambahan lagi jika ia berkaitan dengan melepasi sekatan-sekatan internet. Selagi tidak berjumpa dengan solusi terbaik, selagi itulah saya akan mencari,
Baru-baru ini saya didekati oleh Denish Nathan, pengasas kepada servis VPN – DenBuilder VPN. Setelah mencuba VPN ini selama beberapa hari, maka ini adalah apa yang saya mampu titipkan buat masa ini.
Aplikasi Windows
Melihat kepada aplikasi Windows-nya, membuatkan saya teringatkan VyprVPN (sort of). Memang saya sedikit rindukan VyprVPN dengan Chameleon Mode kerana pada saya itu adalah antara implementasi Anti-DPI paling baik yang pernah saya cuba. Cuma saya tidak sanggup hendak bayar RM80+ untuk akaun premiumnya (premier).
Baca juga : Apa Itu Deep Packet Inspection?
Apa yang boleh dikatakan, meskipun baru versi 1.0, aplikasinya kelihatan ‘bersih’ dan kemas. Tidak pasti sejauh mana originalitinya namun setakat ini pada saya jika ditambahkan kekemasan sepertimana yang boleh dilihat pada aplikasi VyprVPN, tambah sedikit pula warna-warni kehidupan padanya, maka ia akan menjadi aplikasi yang… cun beb.
Aplikasi Android
Ini juga satu lagi perkara yang boleh dipuji. Aplikasi untuk Android tampak seakan aplikasi versi Windows-nya. Meskipun tiada warna-warna fancy, seperti kasut di bawah, namun seperti yang saya katakan di atas, ia kelihatan ‘bersih’. Saya suka aplikasi yang seperti ini, nampak clean dan ‘siap‘.
Protokol
Ahhh, buat masa ini DenBuilder VPN masih belum ada Anti-DPI, akan tetapi ia akan ditambah dalam tempoh terdekat. Namun protokol standard seperti TCP, UDP, dan L2TP ada dalam aplikasi. Tetapi apa yang menarik, dalam aplikasi Windows serta Android – terdapat sokongan bagi memasukkan proksi bersama custom header, sesuatu yang selalu dimimpikan oleh kaki bypass bukan?
Perkara ini menurut Denish, mampu membantu sedikit-sebanyak keinginan kaki bypass untuk cuba melepasi apa-apa sekatan terhadap kelajuan internet. Well, abam tidaklah menyokong penuh perkara ini, tetapi untuk education purpose, apa salahnya.
Tak lupa juga terdapat fail config khusus untuk ‘bypass’ bagi setiap telco yang ada (unofficial lah). Bab ini anda boleh dapatkan khidmat nasihat dari Denish sendiri.
Konklusi Akhir
Pro:
Langganan DenBuilder adalah amat murah, sesuai bagi yang mencari servis VPN bajet. Hanya RM20 sahaja sebulan, RM100 untuk 6 bulan, dan RM220 untuk satu tahun. Amat-amat patut dan mampu dilanggan oleh pelbagai golongan terutama mereka yang banyak potong gaji.
Selain itu aplikasinya juga hanya menggunakan jumlah RAM yang kecil. Tidak membebankan PC-PC lama yang menghitung menunggu mati hari.
DenBuilder juga mampu memenuhi hasrat kaki-kaki ayam bypass yang sudah lama inginkan sebuah aplikasi VPN dengan sokongan custom header.
Kon:
Servis ini juga tidak lari dari kontranya. Buat yang mempunyai operasi dengan persekitara kerja penuh sekatan internet di sini-sana, maka anda perlu bersabar menanti hingga Anti-DPI mode membuat debut.
Tidak lupa juga pelayan atau server yang ada adalah sedikit. Hanya 4 sahaja jumlahnya, juga buat masa ini. Saya berharap Denish akan menambah lagi jumlah pelayan supaya pengguna akan dapat menggunakan VPN ini tanpa gangguan iblis dari segi kelajuan.
Saya dapati bahawa pelayan dari Singapura adalah paling laju setakat ini, ‘mengalahkan’ pelayan dari Malaysia. Hmmm.
Jika anda berminat untuk melanggan, anda boleh hala ke laman web rasminya iaitu DenBuilder VPN atau hubungi admin di Facebook Page mereka di sini: DenBuilder.