Huawei dan Leica ibarat Rumi dan Juli, pasangan merpati sejoli yang serasi bersama.
Kerjasama antara kedua syarikat ini membuahkan hasil cemerlang, dan bukan hanya sekadar meletakkan nama Leica untuk tujuan bermegah.
Kamera telefon pintar Huawei dapat bertahan untuk 2 hingga 3 generasi, tak terkalah. Tetapi seperti semua perkara baik, ia pasti akan berakhir.
Begitulah halnya dengan kerjasama antara Huawei dan Leica, yang dikhabarkan tidak akan diperbaharui lagi. Kontrak antara dua syarikat dilaporkan sudah tamat, dan tidak diteruskan.
Kelangsungan hayat Huawei kini bergantung kepada bagaimana mereka dapat memberi nafas baharu kepada telefon pintar keluaran akan datang.
Leica berkemungkinan akan beralih kepada syarikat lain, yang antaranya merupakan
Sharp, Gionee, dan Xiaomi.
Sharp sebagai contoh, mungkin akan melancarkan model Aquos R6 dengan jenama Leica pada kameranya. Sejauhmana kebenaran hal ini belum dapat dipastikan kerana reka bentuk kameranya sedikit aneh, dengan hanya menampilkan dua kamera sahaja.
Sumber:
シャープがライカ監修のカメラを搭載した「AQUOS R6」を発表しました。#ニュースhttps://t.co/sqMDmZkJvr
— 軒下デジカメ情報局 (@nokishita_c) May 17, 2021