KnightVPN: VPN Terbaik Dari Anak Tempatan Malaysia

Selepas menulis 10 Ciri Penting Pada Sesebuah Perkhidmatan VPN, saya tidak lagi ingin menggunakan servis lain setelah terpaku pada TorGuard, yang pada saya adalah servis VPN terbaik buat masa ini.

Tetapi versatiliti adalah sesuatu yang saya pegang dari dulu sampai sekarang. Maka atas sebab itu saya mencuba sebuah servis VPN dari anak tempatan, iaitu KnightVPN.

Perlu saya ingatkan, saya amat-amat-amat cerewet dalam memilih VPN yang akan saya gunakan, jadi setiap reviu yang saya coretkan adalah terbit dari hati saya sendiri. Tiada istilah ampu apatah lagi menipu.

Jadi, apakah pandangan saya tentang VPN ini?

Iklan Google

Oh well, jom kita tengok sikit macam mana rupanya klien KnightVPN ni.

Sedikit latar belakang, KnightVPN pada asalnya adalah syarikat yang telah dijenamakan semula dari TheLanVPN, yang juga telah dijenamakan semula dari DelanVPN.

Ini bererti ia telah masuk kali ke dua penjenamaan semula dengan nama, klien, staf, serta matlamat yang baru.

Oleh itu, adakah ia kini kembali dengan lebih baik lagi? Mari kita lihat apa yang ada dalam tetapan klien KnightVPN serta apa yang ditawarkan.

Gambar yang anda lihat diatas ialah klien versi terkini KnightVPN. Sekali lihat rekabentuknya, ia tampak tidak ubah seperti aplikasi TheLanVPN (dengan beberapa penambahbaikan semestinya). Adakah itu perkara yang buruk? Oh tidak, ia jauh dari ‘buruk’, cuma ia boleh jadi lebih baik lagi. Contohnya dari segi pemilihan font, saiz aplikasi, dan pemilihan warna (mungkin lebih gelap sedikit, lebih ok).

Mari kita telusuri pula ciri-cirinya. Adakah ia menepati 10 ciri yang telah saya gariskan sebelum ini?

Saya telah semak satu demi satu senarai semak (checklist) yang ada, dan nampaknya ia hampir memenuhi spesifikasi-spesifikasi yang dikehendaki. Ia mempunyai Live Chat, sesuatu yang sangat kritikal perlu ada pada sesebuah perkhidmatan seperti ini.

Selain itu, KnightVPN juga nampaknya mempunyai protokol Anti-DPI yang dinamakan sebagai Cloak™ Anti-DPI Mode.

Iklan Google

Apakah ertinya? Ertinya jika anda ‘terperangkap’ dengan corporate firewall seperti Websense dan Barracuda, anda boleh cuba lepasi sekatan-sekatan dari firewall tersebut dengan menggunakan Cloak™ Mode.

Satu lagi ciri penting yang telah berjaya dipenuhi ialah sokongan terhadap Netflix dan beberapa lagi laman penstriman lain yang hanya boleh diakses dan distrim dengan IP dari Amerika Syarikat (contohnya Hulu) – dengan adanya KnightVPN SmartDNS™.

Menarik? Bagus jika anda fikir begitu. Sebelum saya menutup artikel ini, eloklah jika kita lihat beberapa pro dan kontra yang ada bagi melengkapkan pertimbangan.


Pro KnightVPN:

1. Cloak™ Anti-DPI Mode, yang akan dapat membantu pengguna melepasi sekatan firewall terhadap laman-laman web tertentu.

Iklan Google

2. KnightVPN SmartDNS™, membantu pengguna untuk strim kandungan video dari Netflix, Hulu, dan sebagainya lagi.

3. Klien yang mempunyai pelbagai ciri penting seperti ‘Block Outside DNS’ yang akan mencegah kebocoran atau ketirisan DNS sekaligus menyelamatkan identiti anda dari terdedah.

4. Beberapa pelayan yang terdiri dari negara Amerika Syarikat, Singapura, Netherlands dan United Kingdom. Jumlah pelayan akan ditambah dari semasa ke semasa.

5. Menawarkan akaun percuma, sesuai buat mereka yang sedang dalam keadaan ‘tight budget‘.

Iklan Google

Kon KnightVPN:

1. Buat masa ini hanya ada aplikasi untuk Windows sahaja, manakala sistem operasi lain hanya mempunyai placeholder. Bererti tiada aplikasi natif untuk Linux, Android, macOS, dan iOS.

Iklan Google

2. Kelajuan boleh jadi sedikit menurun, lebih banyak ‘loading‘ pada Chrome, namun tiada isu buffering pada Netflix. Ini dapat saya lihat terjadi pada pelayan yang mempunyai SmartDNS. Tidak pasti sama ada SmartDNS tersebut yang menyebabkan ia terjadi seperti itu.

3. Tidak pasti sama ada harga bayaran bulanan tersebut sudah ditetapkan atau juga masih lagi hanya placeholder. Namun jika benar harganya seperti itu, bayaran untuk akaun ‘Basic’ serta ‘Premium’ agak tinggi juga jika hendak dibandingkan dengan VPN lain.

5.99USD setiap bulan untuk akaun Basic (lebih kurang RM25) dan 11.99USD untuk akaun Premium (lebih kurang RM52). Ouch ouch ouch.

Konklusi

KnightVPN memberi harapan baru kepada kaki-kaki streaming dan muat turun tegar yang inginkan perlindungan serta privasi dari telco serta ISP, juga dari pelbagai penjejak dengan ciri KnightVPN Anti-Ads™ mereka.

Tidak pasti lagi Anti-Ads™ tersebut sudah diimplementasi atau belum, tetapi ia adalah ciri tambah yang baik, cuma jika ada ruang untuk meletakkan senarai putih bagi laman yang ingin pengguna sokong, contohnya omghackers.com, itu adalah lebih bagus.

Setakat ini sahaja perkongsian saya. Jika anda berminat hendak mencuba, anda boleh ke laman web rasmi mereka di sini: KnightVPN

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img