Firefox telah menjadi pilihan bagi kebanyakan distro Linux disebabkan ia bersumber terbuka dan disokong oleh syarikat yang dikatakan tidak mempunyai kepentingan untuk menggali data pengguna (saya sedang melihat anda, Google).
Namun hanya dengan menjadi aplikasi sumber terbuka belum menjamin ianya adalah yang terbaik. Dari dulu sampai sekarang ada sebab kenapa saya masih menggunakan Google Chrome walaupun ia bukan bersumber terbuka serta mempunyai pelbagai isu yang melibatkan privasi.
Salah satunya ialah enjin Blink yang lancar, akaun Google yang diselaraskan sentiasa, serta prestasinya ketika melayari laman-laman sesawang. Bab penggunaan memori tu, kita boleh fikirkan kemudian kerana paling penting sekali asalkan ia memberikan kelancaran dan kelajuan yang signifikan kepada kerja, itu adalah lebih utama. Asal saja ada jumlah RAM lebih dari 2GB, maka ianya mencukupi.
Kini Firefox mula mendakap perubahan dengan mengimplementasikan proses berbilang, sama seperti Google Chrome.
Ia memisahkan tab kepada proses yang berasingan, tidak lagi seperti dahulu, yang mana menurut Mozilla akan dapat membantu dari segi pengurusan memori, penambahbaikan kepada stabiliti serta kepantasan maksimum.
Cuma ia masih menggunakan enjin Gecko, yakni enjin lama yang menguasa kepada Firefox. Sayang sekali, andai ia menggunakan Blink sudah tentu hasilnya lebih baik sekali.
Jika anda berminat, anda boleh terus muat turun melalui laman sesawang mereka di sini. Jika anda menggunakan Ubuntu, hanya perlu gunakan Updater atau terminal:
sudo apt update