Slimjet: Pengganti Terunggul Kepada Google Chrome?

Sepertimana yang anda tahu (atau mungkin baru tahu), saya memang peminat Google Chrome. Firefox telah lama mengecewakan dengan isu micro freeze dan sebagainya lagi. Pelayar-pelayar lain seperti Opera, Maxthon, Vivaldi, adalah amat bagus tetapi tidak mencapai ekspektasi yang diharapkan.

Baru ini saya mencuba pula pelayar web Slimjet yang dikatakan oleh rakan-rakan saya sebagai pelayar yang mampu menggantikan Chrome. Ini sememangnya berita baik, kerana pada saya variasi dan pilihan adalah rencah kehidupan. Heh.

Perkara yang menarik tentang Slimjet ialah ia berasaskan Chromium, yang mana juga merupakan ‘tapak’ kepada Google Chrome. Bezanya dengan Chrome ialah ia tidak menghantar maklumat peribadi anda kepada Google, dan mempunyai tetapan yang dapat menjaga privasi pengguna. Woah!

Nampak gambar di atas? Slimjet telah mengimplementasikan penyekat iklan secara lalai. Jadi, untuk pengguna baru (newbie) yang baru hendak bertukar cita rasa kepada Slimjet, barangkali tidak perlu fikir panjang akan penyekat iklan mana yang perlu dipasang.

Iklan Google

Cuma untuk saya sendiri, saya lebih menggemar uBlock Origin, jadi saya telah nyahaktif penyekat iklan tersebut melalui tetapannya, dan menggantikan ia dengan uBlock Origin.

Namun, ciri yang paling saya suka pada Slimjet ini ialah pengurus muat turunnya. Ia digelar sebagai ‘Turbocharged download manager’.

Apa yang menarik? Saya rasa, dengan adanya pengurus muat turun terbina dalam seperti ini, anda tidak lagi perlukan IDM. Kerana apa? Kerana ia sendiri tidak ubah seperti IDM. Anda boleh lihat dahulu tangkap-tangkap layar di bawah.

Ujikaji dilakukan pada laman YouTube. Disebabkan saya sudah menggunakan susun atur (layout) YouTube yang baharu, didapati fungsi muat turun video pada Slimjet tidak ‘menjadi’. Oleh itu saya menukar semula paparan kepada classic YouTube, dan sebaik sahaja butang ‘Download video in this page’ ditekan, tetingkap seperti gambar di atas ini terbuka.

Kemudian saya tekan pula pada pilihan 720p yang ada, lalu memilih butang ‘Download video’. Tetingkap seperti berikut pula muncul.

Heh, boleh tahan. Seakan sengaja mereka ‘meniru’ sedikit paparan antaramuka IDM. Anda boleh ubah jumlah sambungan maksimum yang ditetapkan kepada… oh ya bab berapa bilangan nombor maksimum ini pun rasanya anda boleh ‘tiru’ IDM iaitu 32. Tapi setakat percubaan ini, saya hanya memaksimumkan ia kepada 8 sahaja.

Iklan Google

Woha! Laju!

Ia juga memberitahu pengguna akan fail yang sedang dimuat turun di sudut bawah sebelah kanan pelayar web.

Iklan Google

Jika anda klik kanan pada fail yang sedang dimuat turun, akan keluar beberapa pilihan. Ya, saya enggan mengulas lebih lanjut, anda sendiri boleh lihat, memang mirip IDM. Hahah.

Saya akan cuba teruskan percubaan selama beberapa hari lagi, dan sekiranya pemuat turun ini cukup bagus, saya akan menggantikan Google Chrome serta IDM, hanya dengan satu aplikasi ini sahaja – Slimjet.

Selain itu, pelayar web ini boleh dikatakan agak banyak pilihan untuk pengubahsuaian (customization).

Suka saya sentuh mengenai new tab page, yang mana anda boleh ubahsuai ia mengikut kemahuan anda, dan ia juga mempunyai paparan keadaan cuaca mengikut lokasi anda.

Iklan Google

Jika anda berminat, anda boleh muat turun Slimjet di sini: Slimjet

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img