Tidak dapat dinafikan, untuk mendapatkan kualiti audio terbaik dari telefon pintar yang digunakan, saya tetap root peranti semata-mata untuk memasang Viper4Android (V4A).
V4A amat-amat membantu untuk ‘boost’ kualiti audio pada telefon pintar, tambah lagi jika sememangnya telefon tersebut bukan beroreantasikan muzik atau jatuh ke kategori low end.
Tetapi ini tidak bererti telefon tanpa root tidak boleh atau tidak akan dapat menikmati kualiti audio yang bagus. Ada caranya, cuma perlu bersedia keluarkan duitnya-lah. Heheh. Berikut adalah panduan untuk anda yang baru hendak berjinak dengan dunia audiophiles ini.
1. Dapatkan (beli, jangan curi) Headphones Berkualiti
Bahasa mudahnya, dapatkan headphones yang memang dicipta khusus buat para pencinta audio a.k.a audiophiles.
Kebiasaannya headphones high-fidelity ini rupanya tidak begitu cantik, namun audio yang terbit dari pemacunya adalah sangat-sangat-sangat sedap sekali.
Antara jenama yang boleh dikaji oleh anda (kalau bercadang nak beli) ialah Sennheiser, Audio Technica, Beyerdynamic, Grado, Shure, Bowers & Wilkins dan sebagainya lagi.
2. Dapatkan DAC Luaran
DAC adalah amat-amat penting dalam mendapatkan kualiti audio terbaik kerana ia memberi kesan secara langsung kepada audio yang dihasilkan.
Jika anda pentingkan bunyi, maka carilah DAC yang mampu memberikan anda pengalaman audio yang memuaskan. DAC Fiio, WooAudio, Audioengine, adalah antara contohnya.
3. Beli Telefon Pintar Yang Menyokong DAC Dalaman Terbaik, Serta Lain-Lain Ciri
Untuk poin ketiga ini, selain DAC dalaman yang bagus disertakan, ciri lain yang membantu penghasilan audio paling baik contohnya adalah seperti sokongan Dolby Atmos, BeatsAudio (biasanya ada pada HTC), dan lain sebagainya adalah ciri tambah yang memberi manfaat.
Antara telefon pintar khusus buat audiophiles ialah ZTE Axon 7, HTC 10, LG V10, dan beberapa lagi yang lain, yang mana kebanyakan dari telefon ini menyokong high end internal DAC, dan Dolby Atmos (ZTE Axon 7).
4. Gunakan Aplikasi Terbaik
Sekiranya anda memainkan audio secara luar talian, pastikan anda guna aplikasi paling bagus untuk fungsi main semula, dan bagi poin nombor 4 ini secara peribadi saya sendiri menggunakan aplikasi Neutron Music Player untuk memainkan MP3/Ogg/FLAC/dll, manakala MX Player Pro pula untuk main semula video.
Aplikasi-aplikasi ini menyokong pelbagai ciri yang lebih terarah/tercipta untuk para audiophiles.
5. Strim Kualiti Audio Paling Tinggi
Rasanya untuk poin ke 5 ini, ianya lebih terarah kepada common sense, iaitu semakin tinggi kualiti yang anda strim, semakin baiklah bunyi yang dihasilkan.
Spotify contohnya, mempunyai beberapa tingkatan kualiti audio yang diberikan melalui pilihan dalam tetapan. Jika anda melanggan, maka anda boleh pilih ‘High quality streaming‘ yang akan memainkan muzik dengan audio berformat Ogg Vorbis, 320kbit/s.
6. Gunakan Audio Berkualiti Tinggi
Yup, ini juga adalah common sense, kalau anda ‘true audiophile‘, biasanya anda tidak akan cari lagi format lain untuk main semula secara luar talian, iaitu format FLAC.
Setakat ini Spotify masih belum menawarkan audio berkualiti Hi-Fi ini (FLAC) seperti pesaingnya iaitu TIDAL, kerana sekiranya ada, rasanya tidak perlu lagi anda mencari dan memuat turun audio-audio di forum-forum luar sana tu. Hehe. Tetapi berkemungkinan sekiranya ia ditawarkan, bayaran langganan bulanan sudah pasti berubah lebih mahal sedikit berbanding sekarang.
7. Equalizer
Akhir sekali, mungkin anda tidak perlukan ia, namun jika anda masih belum dapat ‘tuning‘ yang memuaskan, maka anda bolehlah cuba mana-mana aplikasi equalizer yang ada dalam Google Play Store.
Anda perlu ‘bermain’ atau ‘tweak‘ sendiri tetapan equalizer tersebut sehinggalah anda dapat kualiti bunyi yang anda mahukan. Tidak semestinya equalizer membantu menyedapkan bunyi, kerana boleh jadi bunyi akan bertukar menjadi lebih teruk lagi. Ia bergantung juga dengan aplikasi apa yang anda gunakan, serasi atau tidak dengan telefon, dan sebagainya lagi.