Sedikit pengenalan kepada Tor/Tor Project, ia adalah perisian percuma dan rangkaian terbuka yang membantu pengguna untuk melindungi diri dari penganalisa trafik, sekatan terhadap laman-laman web, dan pelbagai lagi isu sekuriti data sulit.
Bagi mana-mana orang yang inginkan lebih privasi dan bebas dari pemantauan pihak penyedia servis internet (ISP), Tor adalah pilihan yang ideal jika anda kekurangan bajet untuk melanggan servis VPN premium yang lebih baik, contohnya TorGuard.
SelekTOR ialah aplikasi paparan antaramuka pengguna bagi Tor, dan ianya percuma untuk Windows serta Linux. Ia bertindak sebagai pelancar bagi Tor dan pemilih ‘exit nodes‘, untuk semua pelayar web yang menyokong proksi sistem.
Sebenarnya banyak kelebihan SelekTOR, antaranya ialah,
1. Ia menjadikan penggunaan dan konfigurasi Tor lebih mudah.
2. Pengguna boleh memilih sendiri exit nodes pada mana-mana negara yang disukai, seakan VPN.
3. SelekTOR akan memantau dan mengekalkan sambungan kepada exit node dengan masa respons terbaik, dengan waktu downtime paling rendah.
4. Selain ia boleh menghalakan keseluruhan trafik melalui proksi Tor, SelekTOR juga boleh melakukan saluran trafik terpilih melalui Tor node berasaskan kepada pola URL.
5. Pelayar web yang menyokong proksi sistem dapat memanfaatkan penyaluran trafik melalui rangkaian Tor.
Kaedah menggunakannya juga adalah sangat mudah. Anda hanya perlu memilih exit nodes yang anda mahu, mode proksi, dan kemudian buka sahaja mana-mana pelayar web yang anda mahu. Ini termasuklah Google Chrome. Chromium, Opera, dan Firefox. Namun adalah disaran agar anda gunakan pelayar web Tor.
Untuk pengguna Windows, anda boleh muat turun SelekTOR di sini: SelekTOR For Windows
Jika anda menggunakan Ubuntu/Linux Mint, anda boleh salin perintah berikut ke dalam Terminal:
sudo sh -c ‘echo “deb http://deb.torproject.org/torproject.org/ $(lsb_release -cs) main” >> /etc/apt/sources.list.d/tor.list’
sudo apt-key adv –keyserver hkp://keyserver.ubuntu.com:80 –recv-keys 886DDD89
sudo apt update
sudo apt install tor tor-geoipdb
Bagi pengguna Arch Linux pula:
gpg –keyserver pool.sks-keyservers.net –recv-keys D1483FA6C3C07136
pacaur -S tor-browser selektor
Jika anda henda tahu bagaimana cara memasang pacaur, anda boleh rujuk post ini: AUR Helpers: Pemasangan Pakej AUR Secara Automatik
Untuk Google Chrome, banyak sikit kerjanya jika anda hendak gunakan SelekTOR. Pertama, anda harus memasang Proxy SwitchyOmega.
Setelah itu, anda perlu dapatkan konfigurasi dari fail PAC. Saya boleh terus beri ia kepada anda, tetapi apa gunanya kalau anda tidak tahu bagaimana cara saya mendapatkan ia bukan?
Saya menggunakan Arch Linux dengan MATE Desktop. Jadi perkara pertama yang dilakukan ialah mencari terlebih dahulu lokasi fail PAC. Dalam MATE Desktop, ianya boleh anda lihat di Control Center – Network Proxy.
Jika anda lihat pada ‘Network Proxy Preferences’ ini, lokasinya adalah di /home/aryaputra/SelekTOR/3xx/xxxxxxx.pac
Kemudian, saya terus buka Network Connections – Wired connection 1 – Proxy – Import script from a file… – navigasi ke lokasi fail PAC yang telah kita dapatkan tadi.
Apabila dah jumpa fail tersebut, klik padanya.
Untuk pelayar web lain, anda sudah boleh klik ‘Save’. Tetapi bagi Chrome, kita perlu lakukan lagi beberapa langkah tambahan.
Salin skrip yang terpapar.
Pergi kepada tetapan Proxy SwitchyOmega, klik pada New profile, namakan ia kepada apa-apa nama yang anda mahu. Dalam contoh ini saya namakan ia kepada SelekTOR-Arch. Kemudian tampal skrip tersebut pada ruang tetapan Proxy SwitchyOmega dan simpan.
Klik pada butang Proxy SwitchyOmega dan aktifkan profil yang telah anda simpan itu tadi. Kemudian, anda boleh cuba periksa alamat IP anda di whatismyipaddress.com. Sekiranya ia berubah kepada alamat IP Tor, maka anda telah berjaya mengikuti tutorial ini.
Sumber: SelekTOR For Linux.