ADATA Dilaporkan Menukar Komponen SSD Kepada Yang Lebih Buruk

SSD menjadi pilihan pengguna komputer di masa kini. Jika dahulunya dianggap sebagai komponen bangsawan, kini ia boleh dianggap sebagai keperluan dan kemestian dalam memastikan sistem anda berfungsi di tahap yang optimum.

Iklan Google

Lebih dikenali sebagai komponen memori yang boleh memberikan anda masa boot yang sangat pantas dan memuatkan permainan video dengan lebih cepat, SSD kini turut dijadikan sebagai pilihan storan untuk kerja-kerja seharian dengan penawaran saiz memori yang lebih besar dengan harga yang lebih kompetitif di antara pengeluar.

Anda telah menghabiskan masa berbulan-bulan menyimpan bajet setelah menonton dan membaca pelbagai ulasan SSD di internet. Hanya kerana ingin membuat pembelian yang terbaik untuk sistem anda bertepatan dengan bajet dan prestasi yang diidamkan. Tetapi apabila anda membeli SSD yang diidamkan, prestasinya jauh lebih buruk daripada jangkaan anda. Apakah perasaan anda?

Sumber: Tom’s Hardware

Ini yang berlaku kepada sebilangan pembeli dan pengguna SSD yang dikeluarkan oleh ADATA. SSD keluaran mereka, XPG SX8200 kini mempunyai 5 varian berbeza di pasaran yang menggunakan 5 komponen berbeza di bawah nama model yang sama. Harga bagi setiap varian ini adalah sama tetapi berfungsi pada prestasi yang jauh berbeza.

Iklan Google

Penurunan prestasi adalah sehingga 41% lebih buruk daripada varian asal yang telah mendapat ulasan yang sangat baik dan pernah dinobatkan sebagai SSD terbaik di pasaran oleh beberapa pengulas teknologi. Komponen yang telah ditukar adalah NAND flash yang memberi kesan besar kepada prestasi SSD. Lebih buruk lagi, mereka juga telah menukar unit pengawal SSD dalam satu varian yang lain yang memberi kesan yang besar kepada SSD.

Penukaran komponen secara senyap pada SSD bukanlah amalan baru oleh pengeluar SSD. Samsung pernah menukar komponen pada SSD Samsung 850 EVO kepada komponen yang lebih baik dan menambah baik prestasi SSD mereka. Menukar komponen kepada komponen yang lebih buruk juga pernah berlaku. Tetapi, ia tidaklah sekerap yang berlaku pada ADATA XPG SX8200 dengan lima varian berbeza di pasaran.

Linus dalam videonya juga menawarkan untuk membeli SSD ADATA XPG SX8200 dengan harga 3 kali ganda daripada pasaran bagi sesiapa yang berminat.

Sumber:

  1. Tom’s Hardware
  2. Adata Switches to Slower Controller, NAND on SX8200 Pro
Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img