Dulu waktu zaman-zaman bermain dengan Ps1, saya amat menyukai permainan Crash Bandicoot dan amat merinduinya hinggalah saya ‘berkenalan’ dengan permainan SuperTuxKart yang ada dalam Linux.
Kemudian, setelah beberapa tahun ia dibangunkan, akhirnya versi untuk Android kini muncul mengisi kekosongan.
Disebabkan permainan ini amat menyerupai Crash Bandicoot, maka penyesuai diri terhadapnya menjadi begitu mudah dan cepat. Apatah lagi versi untuk Android ini tidak ubah seperti versi untuk desktopnya, maka tidak perlu lagi hidupkan PC semata-mata untuk bermain.
Cara kawalan kart adalah mudah dan jelas. Di sebelah kirinya ada kemudi kereta, dan di sebelah kanan berbentuk roda itu pula adalah pendikit/pemecut. Tekan sahaja roda tersebut dan kart anda akan bergerak ke hadapan. Ada juga cermin pandang belakang yang akan anda tekan, akan memaparkan apa yang ada di belakang anda. Well..
Apabila anda berlumba, akan ada ‘hadiah’ di tepi/tengah jalan yang berbentuk senjata. Anda boleh lancarkan senjata tersebut dengan menekan butang di sebelah kanan apabila ia muncul.
Setakat yang saya cuba, ianya dapat dimainkan pada peranti yang mempunyai spesifikasi agak rendah. Grafik masih boleh ditetapkan kepada yang lebih tinggi/baik.
Muat Turun
Anda boleh muat turun SuperTuxKart di Google Play Store: SuperTuxKart