Data 21 Juta Pengguna VPN Percuma Bocor

Tiada istilah ‘best free VPN‘ kerana setiap perkhidmatan percuma akan dibayar dengan privasi. Paling teruk sekali, apabila ‘privasi’ itu bocor lalu dapat ke tangan-tangan yang bahaya.

Iklan Google

SuperVPN, GeckoVPN, dan ChatVPN ialah antara perkhidmatan VPN percuma yang boleh dimuat turun di Google Play Store.

Tetapi disebalik polisi ‘tanpa log’ mereka, aplikasi dipasang akan mengumpul sejumlah besar maklumat pengguna seperti alamat e-mel, rentetan kata laluan yang dihasilkan secara rawak, maklumat pembayaran, dan ID peranti milik pengguna.

Mengikut kiraan Google Play, ChatVPN telah memperoleh lebih daripada 50,000 pemasangan, GeckoVPN pula lebih daripada 10 juta pemasangan, dan SuperVPN dianggap sebagai salah satu aplikasi VPN percuma paling popular untuk Android, dengan lebih dari 100 juta pemasangan.

Iklan Google

Menurut individu yang mencuri maklumat dari SuperVPN, GeckoVPN, dan ChatVPN, data yang dijual merangkumi alamat e-mel, nama pengguna, nama penuh, nama negara, rentetan kata laluan yang dihasilkan secara rawak, data berkaitan pembayaran, status ‘Premium‘ pengguna dan tarikh akhir langganan.

Mengikuti post di forum tersebut, laman teknologi CyberNews juga mendapati bahawa data yang dicuri termasuk nombor siri peranti, jenis telefon beserta maklumat pengeluar, ID peranti, dan nombor IMSI peranti.

Data berkenaan diambil dari pangkalan data yang tersedia secara umum, dibiarkan rentan oleh penyedia VPN selepas pembangun meninggalkan pangkalan data dengan log masuk lalai.

Sumber: https://cutt.ly/nzwusfC

Iklan Google
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di mm@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img